Kredit foto: Instagram Afifah Nasir
Kehilangan aktres Afifah Nasir masih menjadi tanda tanya sehingga kini - selepas terpalit dengan spekulasi yang mendakwanya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.
Dek kerana itu netizen beranggapan aktres itu sedang cuba melarikan diri apatah lagi selepas Aliff mengakui kecurangannya dalam sebuah majlis sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
Enggan pelbagai andaian terus diperkatakan, akhirnya Afifah tampil menjawab punca kehilangannya selama isu itu didebatkan.
Menurut Afifah, dia kini sebenarnya sedang sibuk, bagaimanapun bersedia untuk buka mulut apabila menemui kelapangan.
Kredit foto: Instagram Afifah Nasir
Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat.
Sumber: Mstar
Meskipun hanyalah kenyataan yang ringkas, namun sedikit sebanyak merungkai persoalan ramai perihal misteri kehilangannya.
Sebelum ini Afifah juga ada membuat kenyataan yang sama tentang keterbukaannya untuk berkongsi jawapan tentang kontroversi tersebut, namun sehingga kini masih berdiam diri dan meminta sedikit masa.
Apapun, sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Afifah apabila beliau sudah bersedia nanti.