Kredit foto: rojakdaily.com & Instagram Didi Astillah
Mengakui berasa terkesan dengan insiden yang menimpa kakaknya, Bella Astillah, penyanyi Didi Astillah berasa sedih hingga turut sama menangis.
Didi terpaksa berendam air mata beberapa malam sehingga mengganggu waktu tidurnya.
Kredit foto: Instagram Didi Astillah
Saya sendiri menangis dan tak cukup tidur hampir setiap malam apabila isu yang menimpa kakak saya hangat diperkatakan. Saya sendiri bersama dengan Bella pada waktu tersebut. Tipu jika saya katakan saya tidak rasa apa-apa. Sebagai adik kepada Bella, sudah semestinya saya merasakan kesakitan yang ditempuhi oleh Bella. Kini, semuanya sudah selesai dan saya berharap agar semua belajar dari kesilapan masing-masing.
Sumber: Astro Gempak
Dalam masa yang sama, Didi memberitahu dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang isu itu hangat kerana ingin bersifat profesional.
Kredit foto: Instagram Didi Astillah
Saya tak mahu memberikan komen lanjut dan tak mahu menuding jari salah sesiapa. Memang saya masih muda, saya baru berusia 20 tahun tetapi jika saya masuk campur urusan Bella dan Aliff Aziz, saya rasa saya akan jadi orang yang tak bersikap profesional. Sebab itu saya enggan mengeluarkan kenyataan sepanjang kontroversi berlangsung. Kalau boleh, saya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih baik saya berdiam sahaja.
Sumber: Astro Gempak
Dalam perkembangan lain, bekas peserta Idola Kecil Musim Pertama itu bakal muncul dengan buah tangan terbaru tidak lama lagi.
Kredit foto: Instagram Didi Astillah
Saya masih aktif menyanyi tetapi saya turut membahagikan masa juga antara bidang nyanyian dengan bidang lakonan dan menjadi seorang 'social media influencer'. Sepatutnya, single baru saya bakal dikeluarkan dalam masa terdekat tetapi saya terpaksa menangguhkannya kerana saya terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri dengan RTM. Kini, penggambaran sudah selesai dan saya akan kembali fokus dalam proses penghasilan single terbaru yang berjudul Teka Teki ciptaan Audi Mok.
Sumber: Astro Gempak
Sebelum ini, Didi dikenali sebagai penyanyi menerusi single Percaya dan Fikirkan Kamu. Bakatnya dicungkil dalam pertandingan Kamilah Bintang terbitan Astro Ceria. Ketika kecil Didi pernah merakamkan album kanak-kanak bersama Bella yang mengandungi lagu-lagu popular seperti Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak dan Air Pasang Dalam.