Formula Satu atau F1 adalah antara sukan yang paling mendebarkan dan mendapat perhatian ramai.
Dan bagi anda yang meminati sukan ini, sudah tentunya anda tahu bahawa satu ketika dahulu kereta F1 perlu mengisi minyak semasa perlumbaan.
Malah, kali pertama kereta F1 berhenti dalam perlumbaan untuk mengisi semula minyak adalah pada Grand Prix Austria 1982, apabila pasukan Brabham beranggapan bahawa memulakan perlumbaan dengan tangki separuh penuh adalah lebih baik dan pantas.
BESARKAN TEKS A- A+
Perkara ini berlanjutan sehingga tahun 2010 apabila Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memutuskan bahawa pasukan F1 hanya dibenarkan untuk menukar tayar dan melakukan pembaikan di pit stop.
Ketika zaman mengisi semula minyak dibenarkan, pasukan yang bertanding berhadapan dengan "perang" strategi di pit stop.
Setiap pasukan cuba untuk meneka berapa jumlah minyak yang diisi oleh pasukan lain ke dalam kereta mereka dan ini mewujudkan perlawanan meneka antara satu sama lain.
Bagi peminat tegar F1, menonton situasi ini adalah sangat menarik dan menambahkan debaran serta dimensi tambahan kepada perlumbaan.
Jadi, mengapa mengisi semula minyak di pit stop diharamkan oleh FIA?
Ini membabitkan dua faktor utama iaitu kos dan keselamatan.
Pada tahun 2009, berjimat cermat dalam perlumbaan adalah sesuatu yang sangat penting bagi membolehkan F1 terus hidup.
BBC melaporkan bahawa kos untuk mengisi semula minyak dalam F1 adalah sekitar RM5 juta bagi setiap pasukan.
Ia ditambah pula dengan kakitangan yang diperlukan untuk menjaga peralatan, memindahkannya dan sebagainya, menjadikan kos mengisi semula minyak dalam perlumbaan adalah tersangat tinggi.
Ini belum mengambil kira apa yang diperlukan untuk mengisi semula minyak pada zaman ini untuk menghasilkan rig pengisian bahan bakar yang memenuhi semua jenis keperluan keselamatan tambahan F1.
Pasukan-pasukan gergasi F1 seperti Mercedes dan Red Bull mungkin tidak begitu terkesan dengan kos ini namun bagi pasukan-pasukan kecil yang lain, setiap sen adalah sangat berharga.
Faktor kedua adalah keselamatan.
Salah satu gambar yang paling ikonik dan sangat menakutkan dalam F1 adalah ketika Grand Prix Jerman 1994 apabila kereta Jos Verstappen terbakar akibat berlakunya tumpahan bahan bakar.
Nasib baik semua kru dan Jos sendiri memakai pakaian kalis api seperti yang dipakai oleh anggota bomba.
Insiden tunggal ini bukan satu-satunya alasan FIA mengharamkan pengisian semula minyak, namun ia terus berulang disebabkan oleh pasukan dan pemandu cuba untuk mengisi minyak secepat yang mungkin.
Dalam sesetengah situasi, kereta F1 meninggalkan pit box terlalu awal dan bergerak dengan hos minyak masih terpasang pada kereta yang mana membahayakan semua pihak yang terlibat.
Antara salah satu insiden popular adalah oleh Felipe Massa pada tahun 2008 di Singapura.
Sudah tentunya perkara ini menambahkan debaran dan drama dalam perlumbaan F1, seperti yang berlaku pada dalam Grand Prix Perancis pada tahun 2004 apabila Michael Schumacher memenangi perlumbaan menggunakan strategi 4 kali berhenti.
Namun, risiko keselematan membuatkan ia tidak berbaloi.
Malah, perkara ini tidak begitu mempengaruhi keputusan bagi banyak perlumbaan dan jika mengisi semula minyak dibenarkan pada hari ini, ia tidaklah memberikan kesan yang drastik kepada strategi seperti satu ketika dahulu.
Dengan tangki minyak yang boleh menanggung 100 kilogram bahan bakar (dahulunya 180 kilogram), ini membuatkan perbezaan antara kereta yang penuh dengan bahan bakar dan kereta yang tidak, adalah sangat sedikit.
Sudah tentu peminat tegar dan juga pemandu akan berhujah ini masih boleh memberikan kesan kepada masa perlumbaan, namun realitinya adalah pengisian bahan bakar sebenarnya bukanlah masalah dengan kereta F1 moden sekarang.
Namun, peraturan baru akan diumumkan pada tahun 2022 dan FIA akan memberikan tumpuan kepada aspek yang benar-benar mempengaruhi perlumbaan.
Rujukan:
2. WTF1
3.