Pernahkah anda melihat gambar di atas? Gambar ikonik ini diambil menggunakan kamera Hasselblad, jenama yang sangat jarang diperkatakan namun terkenal dalam kalangan jurugambar dan juruvideo.

Walaupun ada di antara kita yang pertama kali mendengar jenama ini, namun harga untuk memiliki kamera ini mampu membeli sebuah Honda Civic secara tunai, sekitar RM127,125.

BESARKAN TEKS     A-  A+

hasselblad h6d 400c

Dan harga ini tidak termasuk lensa kamera.

Bagi sebuah kamera, harga ini adalah tidak masuk akal bagi kebanyakan orang dan pastinya ramai tertanya-tanya mengapa ada yang membayar harga semahal ini.

Untuk memahami mengapa ramai yang meminati kamera Hasselblad, lihat gambar di bawah.

mengapa kamera hasselblad tersangat mahal

Lihat betapa jelas dan terperincinya segala butiran yang dapat dilihat apabila gambar ini di-zoom.

Namun, ini bukanlah satu-satunya sebab mengapa kamera Hasselblad tersangat mahal.

Jenama biasa satu ketika dahulu

kamera pertama hasselblad

Hasselblad telah menghasilkan kamera selama 80 tahun, namun harganya tidaklah begitu mahal satu ketika dahulu.

Pada tahun 1984, kamera Hasselblad yang pertama dijual dengan harga sekitar $500 atau RM25,000 hari ini dan mengambil kira inflasi, kamera filem Hasselblad dari tahun 70-an berharga sekitar RM22,458.

Namun sebaik sahaja syarikat ini beralih kepada digital, harganya melonjak naik dengan sangat ketara.

Pada tahun 2004, kamera digital Hasselblad yang pertama dijual pada harga RM101,700, bermaksud kenaikan harga lebih dari 200% dari model sebelumnya yang menggunakan filem.

bahagian kamera hasselblad

Ya kamera ini tersangat mahal, tetapi apa sebenarnya yang membuatkannya berbeza dari kamera lain?

Kamera mewah Hasselblad terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bahagian belakang digital, badan dan lensa.

Bahagian belakang digital Hasselblad yang mana merangkumi sensor sahaja berharga lebih RM110,175.

Sensor Hasselblad adalah sangat unik dengan luasnya jauh lebih besar, bermakna piksel individu lebih besar yang memberikan bunyi yang lebih perlahan dan julat dinamik yang lebih luas.

bahagian belakang kamera hasselblad

(Bahagian belakang digital)

Sensor yang lebih besar mampu mengambil gambar dengan lebih terperinci, dan apa yang ditawarkan Hasselblad adalah salah satu yang terbesar yang ada pada ketika ini.

Kamera Hasselblad adalah apa yang dipanggil sebagai format sederhana.

Pada dasarnya, ini bermaksud sensor kamera ini besar dan inilah yang membuatkan kamera ini tersangat mahal.

Sebagai perbandingan, rujuk gambar di bawah.

Sensor pada kamera telefon pintar anda sudah mampu mengambil gambar yang sangat cantik, namun ia jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan sensor pada kamera profesional popular seperti Sony A7R.

perbandingan saiz sensor kamera hasselblad dan telefon pintar

(Perbandingan saiz sensor kamera)

Malah, sensor Sony A7R pun kelihatan kerdil jika dibandingkan dengan sensor Hasselblad.

Apabila teknologi format sederhana beralih dari analog ke digital, sensor format sederhana menjadi sangat mahal membuatkan sistem kamera ini tersangat istimewa.

Walaupun sensor dalam kamera ini sebenarnya dibuat oleh Sony, tetapi Hasselblad mempunyai proses penentukuran sendiri untuk mencapai warna dan kualiti gambar yang diinginkannya.

Ia sangat berguna untuk fotografi produk, fesyen, tona kulit atau pembuatan semula karya seni, di mana warna dalam kehidupan sebenar perlu sama dengan warna yang akan muncul dalam gambar.

penghasilan semula karya seni

Jurugambar yang memerlukan teknologi khusus jenis ini tidak boleh menggunakan kamera pengguna yang biasa.

Dan proses mengambil gambar untuk tujuan ini biasanya dilakukan di studio, jadi saiz kamera Hasselblad yang besar bukanlah satu masalah. 

Tetapi ada faktor lain yang membuatkan kamera Hasselblad lebih unik.

Tidak seperti syarikat lain, Hasselblad tidak menghasilkan kameranya dalam kuantiti besar-besaran. Kamera Hasselblad dihasilkan dalam jumlah yang agak kecil dan setiap satunya dipasang dengan tangan. 

Hasselblad tidak mendedahkan berapa jumlah kamera yang dihasilkannya, tetapi pada tahun 2018 The Verge melaporkan bahawa pengeluaran tahunan Hasselblad adalah kurang dari 10,000 unit sahaja.

kamera hasselblad dipasang dengan tangan

Sebagai perbandingan, pengeluar-pengeluar kamera popular lain menghasilkan produk dalam jumlah jauh lebih tinggi dengan Canon melebihi 4 juta unit setahun, sementara Nikon dan Sony hampir 2 juta unit setahun.

Ini bermakna Nikon dan Sony menghasilkan 200 kali ganda manakala Canon menghasilkan 400 kali ganda jumlah kamera yang dihasilkan Hasselblad.

Pengeluaran dalam jumlah yang rendah ini juga memastikan bahawa setiap kamera memenuhi standard kualiti yang dimahukan Hasselblad.

Dari segi pengeluaran, Hasselblad mempunyai kakitangan yang telah berkhidmat lebih dari 30 tahun untuk mereka dan bagi tugasan khas, mereka mempunyai pakar tersendiri yang mana tidak boleh dilakukan oleh individu lain.

Malah, kamera Hasselblad dipasang di Gothenburg, Sweden di mana kemudahannya lebih kelihatan seperti makmal dan bukannya seperti kilangan pemasangan.

kamera hasselblad dipasang dengan tangan 2

Di sinilah setiap komponen diuji, disambungkan, dan dipateri.

Proses pemasangan kamera Hasselblad bukanlah mudah di mana pemasang bergantung kepada instrumen yang tepat dan bunyi serta rasa setiap komponen untuk mengetahui sama ada ia berfungsi dengan baik.

Jika anda menjual kamera dengan harga RM127,125, pastinya kawalan kualiti adalah satu keutamaan dan pemasang melakukan tugas mereka dengan sangat serius.

Seluruh proses memerlukan banyak kesabaran di mana ia mengajar para pekerja untuk berhati-hati semasa memasang bahagian-bahagian kecil.

Biasanya, proses pemasangan sebuah kamera Hasselblad menggunakan tangan mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam, dan kalibrasi sahaja merangkumi sepertiga tempoh pemasangan ini.

kamera hasselblad

Menurut Pengurus Pemasaran Global Hasselblad iaitu Bronius Rudnickas, apa yang menambahkan keunikan kamera Hasselblad adalah sensornya dikalibrasikan secara individu dan diuji sehingga ke piksel tunggal.

Proses ini mengambil masa yang sangat lama dan agak unik dalam industri ini.

Kerana harga yang sangat mahal, tekanan yang dirasakan Hasselblad untuk menghasilkan kamera yang lebih fokus kepada pengguna semakin bertambah.

kamera hasselblad sangat mahal

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hasselblad telah mengeluarkan kamera yang lebih "berpatutan" sekitar RM25,425 di mana kamera-kamera ini dilengkapi dengan sensor yang lebih kecil berbanding dengan model lain yang lebih mahal.

Hasselblad memberitahu bahawa mereka sedang berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak kamera format sederhana bagi entry-level dan dalam masa yang sama akan terus menjaga pelanggan kelas atasan.

Dan bagi ramai jurugambar yang memerlukan kualiti gambar tanpa kompromi, Hasselblad tetap menjadi pilihan dan harga tinggi yang dibayar dianggap sebagai berbaloi.

Kamera Hasselblad yang terkenal dalam misi Apollo 15 pada tahun 1971 telah dijual dalam acara lelongan pada tahun 2020 dengan harga RM3.82 juta.

Rujukan:

1. Peta Pixel

2. Business Insider

3. DIY Photography




Hakcipta iluminasi.com (2017)