Memandangkan kamera membenarkan tangan dan mata bertindak secara serentak, gambar tersebut menjadi karya seni pertama yang semata-mata bergantung kepada teknologi yang merealisasikan kewujudannya.

Hasilnya, fotografi tidak diiktiraf oleh dunia seni secara serta merta, tetapi menjadi berharga setelah berdekad-dekad berlalu menjadikannya antara salah satu pelaburan yang menguntungkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin ramai yang tak berasakan gambar-gambar di bawah ini mempunyai nilai yang tinggi, namun itulah hakikatnya. iluminasi.com ingin kongsikan 5 gambar yang paling mahal pernah dijual setakat ini.

5. 99 Cent II Diptychon - Andreas Gursky (2001)

99 cent ii diptychon gambar paling mahal pernah dijual

Gambar ke-5 paling mahal yang pernah dijual iaitu dengan harga RM13.1 juta adalah antara hasil karya paling terkenal oleh jurugambar Jerman, Andreas Gursky. Diberi nama 99 Cent II Diptychon, gambar ini diambil pada tahun 2001 dan dijual pada February 2007.

Imej ini adalah jenis diptych, yang merujuk kepada mana-mana imej atau objek dalam dua bahagian berukuran hampir 3 x 7 kaki. Ia diambil di dalam sebuah pasaraya 99 Cents Only di Amerika Syarikat menggambarkan beberapa lorong beli belah, namun Andreas memanipulasikan warnanya untuk memberikan warna merah dan jingga yang sangat menonjol.

4. Dead Troops Talk - Jeff Wall (1992)

dead troops talk gambar paling mahal pernah dijual

Sekali pandang, gambar yang diambil oleh Jeff Wall ini kelihatan seperti suasana di medan perang, namun ia telah dipentaskan di studio. Ia menggambarkan askar Soviet bangkit semula selepas diserang hendap semasa pencerobohan Soviet 1988 ke Afghanistan, yang mana kelihatan beberapa di antara mereka ketawa dan bermain dengan luka sendiri.

Idea di sebalik imej ini adalah untuk menggabungkan imej-imej perang dan filem seram, dengan lukisan-lukisan sejarah dari zaman dahulu. Ia diambil pada tahun 1992 dan dijual 20 tahun kemudian pada 2012 dengan harga RM14.54 juta.

3. For Her Majesty - Gilbert & George (1973)

for her majesty gambar paling mahal pernah dijual

Gambar ke-3 paling mahal pernah dijual diberi nama For Her Majesty yang diambil pada tahun 1973 dan dijual pada 30 Jun 2008 dengan harga RM14.94 juta. Ia diambil oleh Gilbert Prousch dari Italy dan George Passmore dari United Kingdom. Mereka sangat jarang kelihatan di tempat awam bersendirian tanpa satu sama lain dan memakai pakaian seragam.

Gambar ini adalah sebahagian daripada siri Drinking Sculptures yang diambil oleh mereka dan terdiri daripada 37 gambar menunjukkan mereka dalam keadaan mabuk, atau baru mula minum.

2. Untitled #96 - Cindy Sherman (1981)

untitled 96 gambar paling mahal pernah dijual

Cindy Sherman mengambil gambar dirinya sendiri ini pada tahun 1981, dan akhirnya menjual kepada seorang pengedar di New York dengan harga RM15.44 juta pada Mei 2011. Gambar ini adalah sebahagian daripada siri gambar diambil Cindy, menggambarkan beliau dalam beberapa bentuk stereotaip pada masa itu iaitu sentiasa memandang jauh dari lensa dan keluar dari bingkai.

CIndy bertanggungjawab dalam kesemua aspek gambar ini termasuklah solekan, rambut, pencahayaan, pengarahan, pemodelan dan pempotretan. Gambar ini dijual semula pada Mei 2012 dengan harga RM11.47 juta.

1. Rhein II - Andreas Gursky (1999)

rhein ii gambar paling mahal pernah dijual

Sekali lagi memaparkan gambar hasil karya Andreas Gursky, yang diiktiraf sebagai gambar paling mahal di dunia dijual dengan harga mencecah RM17 juta pada November 2011.

Gambar yang diberi nama Rhein II itu diambil pada tahun 1999, merupakan gambar kedua dan yang terbesar dari satu set gambar yang terdiri daripada 6 kesemuanya. Ia menggambarkan satu bahagian daripada Sungai Rhine, di luar Dusseldorf, Jerman.

Andreas telah menyunting keluar bangunan-bangunan di sekitar sungai tersebut secara digital, menjadikannya unik dan anda tak akan dapat melihat pemandangan yang sama jika melawati sungai ini. Gambar termahal di dunia ini dijual kepada individu yang tidak dikenali.

Rujukan:

1. Pocket Lint

2. Peta Pixel




Hakcipta iluminasi.com (2017)