Oleh pada 24 Jul 2018 kategori

Prestasi pasukan bola sepak kebangsaan Jerman yang mengecewakan telah menghantar mereka pulang seawal peringkat kumpulan. 

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah keputusan pemain bintang Arsenal, Mesut Ozil untuk tidak lagi menyarung jersi Die Mannschaft.

Apa yang berlaku adalah sangat peribadi dan berkenaan dengan perkauman yang mana sangat tidak patut terjadi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mesut Ozil telah berkongsi kepada umum melalui laman Facebook beliau tentang beberapa faktor yang mendorong beliau berbuat demikian.

Manipulasi media Jerman berkenaan gambarnya dengan Presiden Turki

mesut ozil bersara dari skuad kebangsaan jerman atas sebab peribadi

Tempoh beberapa minggu yang lalu telah memberikan masa saya untuk berfikir mengenai beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini.

Oleh itu, saya ingin kongsikan pendapat dan perasaan saya mengenai apa yang telah berlaku.

Seperti orang lain, susur galur keturunan saya berasal dari sebuah negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya berasal dari Turki.

Saya mempunya dua hati, satu Jerman dan satu lagi Turki. Ketika zaman kanak-kanak saya, ibu saya mengajar saya untuk sentiasa menghormati dan jangan pernah lupakan asal-usul. Nilai-nilai ini masih teguh saya pegang sehingga kini.

Pada Mei 2018, saya bertemu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dalam satu majlis amal dan pendidikan.

Kami mula-mula bertemu pada tahun 2010 selepas beliau dan Angela Merkel (Canselor Jerman) menonton perlawanan di antara Jerman menentang Turki bersama-sama di Berlin.

gambar mesut ozil dan presiden turki recep tayyip erdo an yang menjadi kontroversi

Sejak itu, kami bertemu beberapa kali di serata dunia. Saya sedar gambar kami berdua telah mencetuskan respon yang besar di media Jerman dan walaupun ramai yang menuduh saya sebagai penipu, namun gambar yang kami ambil langsung tiada tujuan politik.

Bagi saya, mengambil gambar dengan Presiden Erdogan bukanlah kerana politik dan pilihanraya, ia kerana menghormati pegawai tertinggi negara asal keluarga saya.

Saya adalah seorang pemain bola sepak dan bukan ahli politik, dan pertemuan kami bukanlah sebagai pengesahan mana-mana dasar.

Malah kami berbual mengenai topik yang sama kami bualkan setiap kali bertemu, iaitu bola sepak, kerana beliau juga merupakan pemain bola sepak di usia mudanya.

Walaupun media Jerman telah menggambarkan sesuatu yang sangat berbeza, kebenarannya adalah tidak bertemu dengan Presiden Erdogan seolah-olah tidak menghormati asal-usul saya, yang mana saya berbangga sehingga ke hari ini.

Bagi saya, tak kisah siapa Presiden itu, yang penting adalah beliau Presiden. Sama ada ia berkenaan dengan Presiden Turki atau Jerman, saya akan melakukan perkara yang sama.

Dipergunakan oleh media Jerman

mesut ozil memenangi piala dunia bersama skuad jerman pada tahun 2014

Ramai orang bercakap mengenai prestasi saya, ada yang memuji dan ada juga yang mengkritik. Jika akhbar atau pakar bola sepak melihat kesalahan saya dalam permainan, saya boleh terima kerana saya bukan pemain yang sempurna. 

Tapi apa yang saya tak boleh terima adalah media Jerman berulang kali menyalahkan prestasi buruk Piala Dunia bagi pihak keseluruhan skuad disebabkan oleh saya mempunyai dua keturunan (Turki dan Jerman) dan sekeping gambar kontroversi.

Sesetengah akhbar Jerman menggunakan latar belakang dan gambar saya bersama Presiden Jerman sebagai propaganda sayap kanan untuk melebarkan agenda politik mereka.

Apa sebab lain untuk mereka menggunakan sekeping gambar dan nama saya untuk menjelaskan kekalahan di Rusia?

Mereka tidak menyalahkan prestasi saya atau pasukan, tetapi mereka mengkritik keturunan Turki saya dan rasa hormat saya terhadap cara saya dibesarkan. 

mesut ozil pemain bintang arsenal dan jerman

Ini telah menyentuh aspek peribadi yang mana tak sepatutnya berlaku, di mana media Jerman cuba untuk membuatkan rakyat Jerman bermusuhan dengan saya.

Apa yang lebih mengecewakan adalah pilih kasih oleh pihak media. Beberapa hari lalu bekas kapten Jerman, Lothar Matthäus telah bertemu dengan seorang pemimpin dunia dan langsung tidak menerima kritikan media.

Media tidak meminta beliau untuk menjelaskan tindakannya. Adakah keturunan Turki saya membuatkan saya menjadi sasaran?

Krisis dengan penaja

mesut ozil kecewa dengan sifat perkauman pegawai tertinggi persekutuan bola sepak jerman

Baru-baru ini merancang untuk melawat sekolah lama saya bersama dua lagi rakan kongsi amal saya.

Saya membiayai satu projek untuk tempoh setahun di mana kanak-kanak migran, kanak dari keluarga miskin dan kanak-kanak yang lain boleh bermain bola sepak bersama-sama serta mempelajari peraturan sosial dalam kehidupan.

Namun beberapa hari sebelum melawat ke sekolah, rakan kongsi saya memberitahu dia tidak lagi mahu bekerjasama dengan saya.

Malah, pihak sekolah juga memberitahu pihak pengurusan saya bahawa mereka tidak lagi berminat untuk saya hadir, kerana mereka bimbangkan pihak media di atas kontroversi gambar saya.

Jujurnya, ini sangat menyakitkan. Walaupun saya pernah bersekolah di situ, mereka membuatkan saya seperti tidak diingini dan tak berbaloi untuk mereka luangkan masa.

gambar mesut ozil ketika sekolah rendah

Bukan itu sahaja, saya juga telah dilepaskan oleh satu lagi rakan kongsi. Disebabkan mereka juga menaja Persatuan Bola Sepak Jerman, jadi saya diarahkan untuk mengambil bahagian dalam video promosi Piala Dunia. 

Namun, selepas gambar tersebut tersebar, mereka mengeluarkan saya daripada video dan membatalkan semua yang telah dijadualkan. Bagi mereka, adalah tidak elok untuk mereka dilihat bersama saya dan melabelkan perkara ini sebagai krisis pengurusan.

Ini adalah sangat ironi kerana Kementerian Jerman telah mengisytiharkan produk mereka mengandungi perisian haram di dalamnya yang boleh membahayakan pengguna.

Rakan kongsi sepatutnya bersama-sama dengan saya walaupun apa jua keadaan. Adidas, Beats dan BigShoe sangat setia dan senang untuk bekerjasama. 

Mereka tidak mudah terpedaya dengan media Jerman yang mengarut dan segalanya dilakukan dengan profesional.

mesut ozil bekerjasama dengan bigshoe 563

Ketika Piala Dunia berlangsung, saya telah bekerjasama dengan BigShoe dan membantu 23 orang kanak-kanak menjalani pembedahan di Rusia yang telah mengubah hidup mereka. 

Saya juga melakukan perkara yang sama ketika Piala Dunia di Brazil dan Afrika.

Bagi saya ini adalah perkara yang paling penting saya pernah lakukan sebagai seorang pemain bola sepak, namun akhbar Jerman tidak tidak menghiraukan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perkara ini.

Bagi mereka, melihat saya di-boo peminat atau mengambil gambar dengan Presiden Erdogan lebih penting daripada membantu kanak-kanak menjalani pembedahan di seluruh dunia. 

Krisis dengan Persatuan Bola Sepak Jerman

persekutuan bola sepak jerman

Boleh dikatakan isu yang paling mengecewakan saya adalah penganiayaan daripada Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), lebih-lebih lagi oleh Presiden DFB iaitu Reinhard Grindel.

Gambar saya bersama Presiden Erdogan menyebabkan Joachim Low memotong cuti saya dan mengarahkan saya pulang ke Berlin bagi memberikan kenyataan, agar isu ini tidak lagi diperkatakan.

Ketika saya cuba untuk menjelaskan kepada Reinhard berkenaan keturunan saya sebagai sebab kepada gambar tersebut, Reinhard lebih berminat bercakap mengenai pandangan politiknya dan merendahkan pendapat saya.

reinhard grindel presiden perseketuan bola sepak jerman

Walaupun tindakannya merendahkan saya, namun kami akhirnya bersetuju bahawa adalah lebih baik untuk memberi tumpuan kepada bola sepak dan Piala Dunia yang bakal menjelang.

Sebab itu saya tak hadir pada sidang media DFB kerana wartawan yang membincangkan politik dan bukannya bola sepak akan menyerang saya.

Dalam ketika ini saya juga bertemu dengan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier.

Tak seperti Reinhard Grindel, Presiden Frank sangat profesional dan berminat untuk mendengar apa yang saya ingin katakan berkenaan keturunan saya dan keputusan saya.

mesut ozil dan ilkay gundogan bertemu presiden jerman

Presiden Frank bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara tersebut untuk menghentikan spekulasi.

Tetapi Reinhard berang kerana dia tidak dapat mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu dan tidak senang ia diambil alih oleh pejabat Presiden Jerman.

Dan sejak Piala Dunia berakhir, Reinhard Grindel sangat tertekan berkenaan keputusannya sebelum kejohanan itu bermula.

Baru-baru ini, Rienhard telah menyatakan secara umum bahawa saya perlu menjelaskan sekali lagi tindakan saya dan menyalahkan saya di atas prestasi buruk di Rusia, walaupun dia sudah bersetuju untuk tidak membangkitknya lagi pada pertemuan sebelumnya.

Saya bercakap sekarang bukan kerana Rienhard tetapi kerana saya mahu. Saya tidak akan lagi menjadi kambing hitam kerana ketidakcekapan dan ketidakupayaannya dalam melakukan tugas sebagai Presiden DFB.

perbincangan antara mesut ozil dan reinhard grindel

Saya tahu dia mahu saya digugurkan daripada skuad selepas kontroversi gambar tersebut, tetapi Joachim Low dan Oliver Bierhoff mempertahankan saya.

Di mata Reinhard Grindel dan penyokongnya, saya adalah rakyat Jerman jika kami menang dan saya adalah migran jika kami kalah.

Walaupun saya membayar cukai di Jerman, menderma kepada sekolah-sekolah di Jerman dan memenangi Piala Dunia 2014, saya masih tidak diterima oleh masyarakat. Saya masih dilayan seperti orang asing.

Saya menerima "Anugerah Bambi" pada tahun 2010 sebagai contoh integrasi yang berjaya kepada masyarakat Jerman.

Saya menerima "Silver Laurel Leaf" pada tahun 2014 daripada Republik Jerman dan saya adalah "Duta Bola Sepak Jerman" pada tahun 2015. 

Namun, jelas sekali, saya bukanlah rakyat Jerman. Adakah ada kriteria untuk menjadi rakyat Jerman yang saya masih belum capai?

lukas podolski dan miroslav klose

Rakan saya Lukas Podolski dan Miroslav Klose tidak pernah dirujuk sebagai orang Jerman-Poland, tetapi kenapa saya dirujuk sebagai orang Jerman-Turki?

Adakah sebab keturunan Turki saya? Atau adakah kerana saya seorang Islam? Saya rasa di sini terdapat isu yang sangat penting.

Dirujuk sebagai orang Jerman-Turki sudah cukup untuk membezakan orang yang mempunyai keluarga dari lebih daripada satu negara. Saya dilahirkan dan menerima pendidikan di Jerman, jadi mengapa orang tidak menerima saya sebagai rakyat Jerman?

Bukan itu sahaja, Bernd Holzhauer (ahli politik Jerman) memanggil saya sebagai "goat-f*cker" kerana gambar tersebut dan keturunan Turki saya.

Werner Steer (Ketua Teater Jerman) pula menyuruh saya berambus ke Anatolia, tempat di Turki di mana ramai migran berpangkalan.

mesut ozil di mekah

Seperti yang saya katakan, mengkritik dan mencaci saya kerana keturunan keluarga saya adalah perkara yang sangat jijik dan menggunakan diskriminasi sebagai alat propaganda politik adalah sesuatu yang harus segera mengakibatkan peletakan jawatan orang-orang yang tidak menghormati orang lain.

Mereka ini menggunakan gambar saya bersama Presiden Erdogan sebagai peluang untuk meluahkan kecenderungan perkauman mereka dan ini sangat bahaya kepada masyarakat.

Tak ada bukti yang lebih baik melainkan apabila peminat Jerman memberitahu saya selepas perlawanan menentang Sweden:

"Ozil, verpiss Dich Du schelss Türkensau. Türkenschwein hau ab" yang bermaksud "Ozil, pergi mampus kau orang Turki. Pergi mampus kau khinzir Turki".

Saya tak mahu menceritakan tentang surat layang, panggilan telefon dan ancaman di media sosial yang saya dan keluarga terima.

mesut ozil sedih dipersalahkan

Mereka ini mewakili Jerman zaman dahulu yang tidak terbuka terhadap budaya baru dan Jerman yang saya kecewa. Saya pasti ramai orang Jerman yang menerima masyarakat terbuka akan setuju dengan saya.

Kepada Reinhard Grindel, saya kecewa tetapi tidak terkejut dengan tindakan anda.

Pada tahun 2004 ketika anda menjadi Ahli Parlimen Jerman, anda mendakwa bahawa "kepelbagaian budaya sebenarnya adalah tanah mitos dan kebohongan sepanjang hayat" sementara anda mengundi terhadap undang-undang untuk dwibahasa dan hukuman untuk rasuah.

Anda juga mengatakan bahawa budaya Islamik telah menjadi terlalu berakar di banyak bandar Jerman. Ini tidak boleh dimaafkan dan tidak dapat dilupakan.

Persaraan daripada skuad kebangsaan Jerman

tiada lagi mesut ozil dalam skuad kebangsaan jerman

Layanan yang saya terima oleh DFB dan ramai lagi membuatkan saya tidak lagi ingin menyarungkan jersi kebangsaan Jerman. 

Saya rasa tidak dihargai dan berasakan apa yang saya capai sejak kemunculan pertama kebangsaan pada tahun 2009 telah dilupakan.

Orang yang mempunyai latar belakang diskriminasi terhadap perkauman sepatutnya tidak dibenarkan berkhidmat untuk persekutuan bola sepak terbesar di dunia yang mana ramai pemain mempunyai keturunan daripada dua negara.

Dengan berat hati dan selepas pertimbangan serius yang dibuat di atas peristiwa-peristiwa ini, saya tidak lagi akan bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa selagi isu perkauman berterusan dan tidak dihormati.

Dahulunya saya menyarung jersi Jerman dengan bangga dan gembira tetapi tidak lagi kini. Keputusan ini sangat sukar untuk diputuskan kerana saya sentiasa memberikan segala yang terbaik kepada rakan sepasukan, kakitangan jurulatih dan semua rakyat Jerman.

mesut ozil menjadi mangsa perkauman di jerman

Tetapi apabila pihak atasan DFB melayan sebagaimana yang mereka lakukan, menghina asal-usul Turki saya dan menjadikan saya propaganda politik mereka, cukuplah setakat itu.

Ini bukan sebab saya bermain bola sepak dan saya tak akan hanya duduk diam. Perkauman sepatutnya tidak boleh diterima.

-Mesut Ozil-




Hakcipta iluminasi.com (2017)