Kalau ditanya siapakah pemerintah yang paling kejam di dunia, nama Adolf Hitler dan Joseph Stalin pastinya bermain di fikiran. Dengan jumlah angka korban yang ramai dan pelbagai siksaan yang dilakukan terhadap musuh, kedua-duanya sangat digeruni oleh pihak musuh.
Berkenaan dengan Adolf Hitler, percaya atau tidak parti Nazi yang dipimpinnya berjaya menguasai kuasa tampuk pemerintahan di Jerman melalui cara yang terhormat. Benar, parti Nazi dan Adolf Hitler dipilih oleh rakyat Jerman pada ketika itu dan mereka bukanlah merampas kuasa daripada pemerintah sedia ada.
BESARKAN TEKS A- A+
Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah Adolf Hitler dan partinya Nazi berjaya menguasasi Jerman suatu ketika dahulu? Apakah rakyat Jerman sememangnya gemarkan seorang pemerintah yang kejam seperti Adolf Hitler? Tidak.
Maka, pada kali ini pihak Iluminasi akan kongsikan beberapa faktor politik, dalaman ataupun luaran yang membawa kepada pemilihan Adolf Hitler ke tampuk pemerintahan di Jerman.
1. Usaha mengingkari Perjanjian Versailles
Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, pihak Jerman telah dipaksa menandatangani Treaty of Versailles yang berupa satu perjanjian damai. Dalam perjanjian ini, pihak Jerman telah dipaksa untuk mengisytiharkan bahawa merekalah punca segala peperangan yang berlaku dan semua kesalahan ini adalah kesalahan mereka sahaja.
Akibatnya, banyak sekatan dan tekanan yang telah dikenaka terhadap mereka. Malah, mereka juga telah dipaksa membayar ganti rugi berjumlah $132 bilion, jumlah yang menyamai 10% pendapatan tahunan negara. Askar mereka juga terhad kepada 100,000 orang sahaja dan pasukan tentera udara juga telah diharamkan pengwujudannya.
Ketika semua negara lain melihat ini merupakan satu usaha keamanan, negara Jerman menganggap ini satu bentuk penindasan kepada mereka. Maka, parti berhaluan kanan seperti Nazi lah yang telah memperjuangkan idea untuk mengingkari perjanjian ini agar negara Jerman boleh bergerak bebas.
2. Penguasaan bandar Ruhr oleh Perancis
Negara Jerman didapati mereka tidak dapat membayar ganti rugi seperti yang diperintahkan. Menjelang 1923, mereka telah beberapa kali gagal membayar hutang mengikut jadual yang sepatutnya. Akibatnya, Perancis dan Belgium telah bertindak merampas bandar Ruhr daripada Jerman.
Ruhr merupakan nadi ekonomi utama Jerman. Di sinilah sumber ekonomi Jerman kerana terdapatnya pusat perlombongan arang dan besi serta kilang-kilang pembuatan keluli. Tanpa kawasan ini, Jerman sememangnya mengalami kejatuhan ekonomi kerana hilangnya sumber pendapatan utama mereka.
Apabila Jerman berjaya melunaskan bayaran seperti yang diperintahkan menjelang 1925, maka Ruhr telah dipulangkan semula. Peristiwa ini membuka mata mereka bahawa perjanjian Treaty of Versailles mesti diingkari agar mereka tidak terus ditekan. Maka, matlamat inilah yang menjadi perjuangan Nazi dan manifesto mereka pada ketika itu.
3. Hiperinflasi
Penguasaan kawasan Ruhr menyebabkan ekonomi Jerman terganggu dan kadar inflasi tidak terkawal. Keadaan ini juga menyebabkan matawang Jerman ketika itu jatuh menjunam teruk.
Akibat keadaan ini, rakyat mengalami kebuluran. Ramai yang bertindak melarikan diri ke luar negara. Malah, matawang Jerman pada ketika itu dikatakan langsung tidak mempunyai nilai. Akibatnya, rakyat meminta agar gaji mereka dibayar dalam bentuk makanan berbanding wang.
Pada tahun 1923, kadar penghijrahan keluar rakyat Jerman meningkat 3 kali ganda. Malah, kadar bunuh diri juga sangat tinggi kerana tekanan hidup. Ketika saat zaman gelap Jerman inilah, Adolf Hitler muncul sebagai seorang pemuda lantang yang bersemangat tinggi untuk memperjuangkan Jerman agar keluar dari zaman kegelapan tersebut.
4. Peningkatan pengaruh komunis di Jerman
Pada zaman tersebut, parti Nazi bukanlah satu-satunya parti politik yang meningkat naik. Malah, fahama Komunis juga semakin kuat tersebar. Parti Komunis Jerman pada ketika itu dikatakan parti Komunis terbesar di luar wilayah Kesatuan Soviet.
Hanya minoriti rakyat Jerman pada ketika itu yang menyokong perjuangan komunis yang mahukan Jerman menjadi sebahagian wilayah Soviet. Bagi selebihnya pula, mereka melihat peningkatan pengaruh Komunis di Jerman ini sebagai satu perkara yang membimbangkan.
Ketika inilah Nazi bijak mengambil kesempatan. Apabila pengaruh Komunis semakin membimbangkan, maka Nazi telah mempermainkan sentimen mereka bagi menggambarkan merekalah sebenarnya parti yang mesti diundi oleh rakyat Jerman bagi memperjuangkan nasib mereka dan membendung pengaruh Komunis. Strategi ini ternyata berhasil.
5. Skandal Barmat
Pengaruh Komunis bukanlah satu-satunya faktor yang membantu kepada peningkatan kuasa Nazi dan Adolf Hitler, sebaliknya terdapat juga masalah dalaman negara yang mendorong berlakunya perkara ini. Pada tahun 1924, kerajaan Jerman yang diketuai oleh Parti Demokratik Sosial telah didapati bersalah melakukan rasuah.
Kerajaan pimpinan Gustav Bauer pada ketika itu telah "memberikan" 2 juta dollar kepada 2 orang pelabur dari Belanda yang dikelali sebagai Barmat Brothers. Mereka awalnya menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda melalui pelaburan yang dilakukan. Namun, ianya gagal dan mengakibatkan Jerman kerugian jutaan dollar.
Rakyat mula mempersoalkan tindakan tersebut sebelum akhirnya terbukti bahawa kerajaan sebenarnya sudah bertahun-tahun menerima rasuh daripada syarikat tersebut. Maka, skandal ini telah dijadikan sebagai bahan utama bagi propaganda Nazi bagi mendesak rakyat menolak kerajaan sedia ada dalam pilihan raya berikutnya. Strategi ini nampaknya berjaya dan mereka telah menang denga majoriti besar dalam pilihan raya.
6. Peningkatan kempen anti-semetik
Fahaman anti-semetik telah wujud lama sebenarnya sebelum parti Nazi menguasai negara tersebut. Pada awal 1900-an lagi, terdapat beberapa buah parti yang sudah memperjuangkan slogan anti-semetik. Selepas Revolusi Russia, hiperinflasi dan Skandal Bermat telah berlaku dalam tempoh 2 tahun dan keadaan ini memperkuatkan lagi fahaman anti-semitik ini.
Ketika kebanyakan rakyat Jerman pada ketika itu hidup dalam kesusahan, orang Yahudi dilihat seolah-olah memiliki darjat yang tinggi kerana kaya. Walaupun hanya 1% rakyat Jerman adalah Yahudi, tetapi 10% doktor, 16% peguam dan 5% penulis ketika itu adalah berbangsa Yahudi.
Pada masa yang sama, revolusi yang berlaku di Russia pada ketika itu juga didakwa disebabkan oleh bangsa Yahudi. Sebahagian besar orang Jerman menganggap orang Yahudi merupakan dalang disebalik fahaman Komunis yang sedang merebak dan oleh itu mereka dianggap sebagai ancaman terhadap negara.
Dalam banyak parti yang wujud memperjuangkan anti-semitik, parti Nazi lebih terkehadapan. Mereka telah berjanji untuk mengambil alih kedai-kedai milik orang Yahudi agar mereka tidak lagi boleh mengawal harga makanan. Mereka turut menubuhkan organisasi pekerjaan yang berusaha untuk menggantikan segala pekerjaan yang dikuasi oleh orang Yahudi dengan orang Jerman sendiri.
7. Kejatuhan pasaran saham pada 1929
Pada 29 Oktober 1929 telah menyaksikan kejatuhan pasara di Amerika Syarikat. Perkara inilah yang menjadi permulaan kepada zaman Great Depression dan negara Jerman turut mendapat tempiasnya.
Ekonomi merudum dengen teruk, industri pembuatan menurun sebanyak 58% dan ramai rakyatnya hilang sumber pendapatan. Menjelang akhir tahun 1929, 1.5 juta orang Jerman tidak bekerja. Menjelang tahun 1933, jumlah itu meningkat kepada enam juta orang.
Rakyat mula hilang percaya kepada parti pemerintah pada waktu itu. Mereka tidak percaya kerajaan mampu mengubah nasib mereka. Ketika inilah Adolf Hitler mula sebagai seorang pemuda yang bercita-cita mengubah perkara tersebut dan mengubah nasib negara Jerman menjadi sebuah negara hebat.
Kredit: