Zaman peperangan satu ketika dahulu telah menyaksikan penggunaan senjata-senjata kimia oleh beberapa buah pihak akibat "terdesak" untuk menewaskan musuh. Senjata kimia biasanya menjadi pilihan kerana kesannya yang lebih dahsyat terhadap musuh.

Pada 1 September 1939, Adolf Hitler telah mencetuskan Perang Dunia Kedua apabila dia memulakan serangan terhadap negara Poland. Jerman telah menyerang dari barat dan 16 hari kemudian diktator Kesatuan Soviet iaitu Joseph Stalin yang telah membuat perjanjian rahsia dengan Hitler, telah menyerbu dari timur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas kejatuhan Poland, pihak Nazi Jerman semakin rakus meluaskan empayarnya dengan menyerang negara-negara Barat antaranya Denmark, Norway, Belgium, Luzembourg, Belanda dan Perancis.

Serangan Nazi terhadap wilayah kekuasaan British

operasi sea lion 939

Gerakan Operasi Sea Lion

Menjelang Julai 1940, Hitler dan pasukannya telah memulakan serangan terhadap England. Serangan itu merupakan sebahagian daripada perancangannya melalui Operasi Sea Lion untuk menguasai wilayah kekuasaan British.

Serangan dan penguasaan Jerman terhadap negara-negara Eropah Barat terlebih dahulu sebelum itu menyebabkan pihak British terpaksa menghadapi ancaman daripada Jerman ini secara bersendirian.

Kebanyakan negara Eropah pada ketika itu telah menjalinkan kerjasama atau mengambil keputusan berkecuali apabila Jerman menyerang British kerana mahu mengelakkan persengketaan dengan Jerman yang pada ketika itu sangat digeruni.

Pihak Amerika Syarikat juga tidak dapat menghulurkan bantuan yang sangat ditagih dengan bertindak menjadi pihak berkecuali dalam hal ini. Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu,  Franklin D. Roosevelt menghadapi tekanan hebat daripada musuh politiknya bagi memastikan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam kancah peperangan ini.

Kelahiran Operasi Vegetarian

bakteria anthrax

Bakteria Anthrax

Keadaan sangat genting pada ketika itu sehingga memaksa Perdana Menteri Winston Churchill mengarahkan makmal rahsia tentera British untuk mengkaji penggunaan gas beracun dalam medan perang. Makmal rahsia ini diwujudkan selepas pihak Jerman telah menggunakan gas klorin pada tahun 1915.

Maka, lahirlah sebuah projek rahsia yang diberi nama Operasi Vegetarian (Operation Vegetarian). Operasi ini dianggap lebih kejam dimana pihak British merancang penggunaan Anthrax di  medah perang. Penggunaan bahan Anthrax ini dikatakan cukup "efektif" untuk menyebabkan begitu banyak kematian dalam masa yang singkat.

Anthrax merupakan nama sebuah penyakit yang disebabkan oleh bakteria bacterium Bacillus anthracis yang hidup dalam tanah. Apabila bakteria ini memasuki tubuh manusia melalui torehan atau luka pada badan manusia, ia akan menghasilkan jangkitan serius dan menyebabkan anggota badan tersebut bertukar kepada warna hitam seperti arang.

senjata biologi 38 700

Daripada ciri-ciri penyakit inilah bagaimana penyakit ini mendapat namanya. Perkataan Anthrax berasal daripada perkataan Yunani "anthrakis" yang membawa maksud arang. Sekiranya dibiarkan dan tidak dirawat segera, ianya akan menyebabkan kematian pada kadar 20%.

Walau bagaimanapun, sekiranya bakteria ini masuk ke dalam badan manusia (melalui pemakanan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran), maka kesannya lebih dahsyat - "gastrointestinal anthrax" mempunyai kadar kematian 60% sementara "inhalational anthrax" (anthrax pada saluran pernafasan) pula mempunyai kadar kematian 95%.

Bagaimanakah Operasi Anthrax dijalankan?

lokasi percubaan senjata anthrax

Gruinard Island, lokasi yang menjadi kawasan percubaan senjata Anthrax British

Apabila spora Anthrax ini dimakan oleh haiwan-haiwan yang meragut rumput, sekiranya haiwan-haiwan ini tidak mati sekalipun, daging haiwan-haiwan ini tidak boleh dimakan memandangkan ianya masih berupaya untuk menyebarkan penyakit yang dibawa ini kepada sesiapa yang memakan dagingnya.

Melalui Operasi Vegetarian ini, para saintis British telah merancang untuk "mengganggu" stok daging di Jerman dengan menyebarkan makanan kepada haiwan-haiwan ternakan di Jerman dengan makanan yang mengandungi Anthrax. Tugas ini akan dilakukan oleh pesawat Royal Air Force dengan melepaskan bertan-tan makanan tercemar ini di ladang-ladang penternakan di Jerman.

Setiap kambing atau lembu yang makan makanan ini kebiasaannya akan mati dalam masa beberapa hari. Keadaan ini akan mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat Jerman bahawa kesemua haiwan ternakan dan daging yang terdapat di pasaran adalah tercemar dan sangat tidak selamat untuk dimakan.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan negara Jerman mengalami gangguan bekalan mekanan yang dahsyat.

Rancangan yang tidak direalisasikan

penyakit anthrax

Segala persediaan makanan haiwan ternakan yang mengandungi  Anthrax ini telah dilakukan mengikut perancangan. Maka, hanya arahan daripada Perdana Menteri, Winston Churchill yang diperlukan untuk operasi ini dilaksanakan. Walau bagaimana, arahan tersebut tidak pernah dikeluarkan sama sekali.

Jerman yang ketika itu sangat agresif menyerang negara lain sedikit demi sedikit telah semakin lumpuh. Operasi Sea Lion yang dilancakan oleh Hitler untuk menguasaai wilayah kekuasaan British telah gagal kerana banyak pesawat pejuang Jerman telah berjaya dimusnahkan oleh tentera British.

Malah, tindakan Jerman mengkhinati rakan sekutunya sebelum itu, Kesatuan Soviet (Russia) juga nampaknya memakan diri. Serangan dan rancangan Jerman untuk menakluk Moscow gagal sama sekali dan antara punca utamanya adalah suhu musim sejuk di Russia yang terlalu ekstrim buat tentera mereka.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Atlas Osbcura
  3. The Telegraph



Hakcipta iluminasi.com (2017)