Oleh pada 02 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram PASKAL The Movie

Filem PASKAL The Movie terus mencatat kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM7.5 juta hanya dalam empat hari tayangan sahaja!

Perkara itu didedahkan pelakon utamanya, Hairul Azreen menerusi kiriman Instagram. 

“Terima kasih kerana percayakan kami pelakon dan team @paskal_themovie,” tulisnya.

Sementara itu, Adrian Teh mengakui kejayaan filem aksi ini memberikan kegembiraan kepadanya selaku sutradara.

“Saya rasa sangat gembira dan bersyukur. Terima kasih di atas sokongan ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

ini kutipan mengejutkan paskal the movie selepas 4 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram PASKAL The Movie

Diterbitkan Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw, filem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Seawal tayangan rasminya pada 27 September lalu telah mendapat perhatian penonton yang menyifatkannya bukan sahaja berkualiti, malah setaraf dengan karya Hollywood.

Naskhah yang menelan kos pembikinan RM10 juta tersebut menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Maghribi.

Menampilkan lakonan mantap Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin, Theeban G, Henley Hii dan ramai lagi.

Menerusi media sosial, netizen meluahkan mahu menonton filem ini sekali lagi, dan ada juga yang sudah ke pawagam beberapa kali. 

"Tahniah. Akan ulang tengok lagi sebab tersangat best.

"Harap jadi filem pertama dengan kutipan terbanyak.

"Hebat sangat cerita ni. Tak boleh 'move on'.

"Ada sambungan Paskal 2 ke?

"Ya betul-betul kami tengah mahu repeat kali ketiga ni," komen beberapa pengikut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)