Oleh pada 05 Jul 2018 kategori

Ramai di antara kita berangan-angan ingin menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO atas beberapa sebab dan salah satunya adalah gaji yang lumayan.

CEO adalah pangkat paling tinggi di dalam syarikat kerana mereka bertanggungjawab dalam menentukan semua keputusan utama, seperti menguruskan operasi, melaksanakan rancangan dan menghasilkan idea baru, menangani isu-isu dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebabkan ini, mereka dianggap sebagai layak untuk menerima gaji yang sangat tinggi. Kali ini iluminasi.com ingin kongsikan 5 CEO dengan pendapatan paling tinggi dunia.

5. Gregory Maffei - Liberty Media & Liberty Interactive

gregory maffei 5 ceo dengan gaji tertinggi di dunia

Gaji tahunan: RM299.4 juta setahun

Gaji bulanan: RM24.95 juta sebulan

Gregory Maffei adalah CEO dan Presiden syarikat Liberty Media Corporation. Gregory dilahirkan pada tahun 1960 di New York, Amerika Syarikat. 

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni dari Dartmouth College dan juga Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Harvard Business School.

Syarikat ini memiliki perniagaan hiburan, media dan komunikasi, termasuk anak syarikat Atlanta Braves, Formula 1 dan Sirius XM. Ketika ini beliau merupakan salah seorang CEO paling berjaya dan berpendapatan paling tinggi.

4. Tan Hock Eng - Broadcom Inc 

tan hock eng 5 ceo dengan gaji tertinggi di dunia

Gaji tahunan: RM418.7 juta setahun

Gaji bulanan: RM34.9 juta sebulan

Agak membanggakan kerana individu yang berada di tangga ke-4 senarai CEO dengan gaji paling tinggi di dunia ini adalah anak kelahiran Malaysia. 

Tan Hock Eng lahir pada tahun 1953 di Pulau Pinang. Beliau merupakan graduan dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Harvard Business School.

Beliau telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden di Brocade Communications Systems, Inc. sejak 17 November 2017. 

Hock Tan juga telah menjadi CEO, Presiden dan Pengarah Eksekutif Broadcom Inc dan Broadcom Cayman L.P. sejak Mac 2006.

Broadcom Inc adalah sebuah syarikat semikonduktor yang sebelum ini berpangkalan di Singapura namun dipindahkan ke California, Amerika Syarikat. Pada tahun 2017, keuntungan syarikat ini adalah sebanyak RM71.57 bilion.

3. Michael Fries - Liberty Global

michael fries 5 ceo dengan gaji tertinggi di dunia

Gaji tahunan: RM454 juta setahun

Gaji bulanan: RM37.8 juta sebulan

Walaupun namanya mengingatkan anda kepada kentang goreng, namun Michael Fries adalah CEO yang bergaji ketiga tertinggi di dunia, iaitu sebanyak RM454 juta setahun atau purata RM37.8 juta sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan juga naib presiden Liberty Global, syarikat telekomunikasi dan televisyen antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini lahir pada 6 Februari 1963.

Beliau menamatkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Wesleyan dan menerima Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Columbia Business School.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2005 dan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif bersama dengan John C. Malone, iaitu pengerusi syarikat tersebut.

Michael Fries juga adalah Pengerusi Eksekutif Liberty Latin America dan berkhidmat dalam lembaga korporat Grupo Televisa dan Lionsgate Entertainment.

2. Sundar Pichai - Google Inc

sundar pichai 5 ceo dengan gaji tertinggi di dunia

Gaji tahunan: RM608.6 juta setahun

Gaji bulanan: RM50.7 juta sebulan

Pichai Sundararaja lebih dikenali sebagai Sundar Pichai. Merupakan CEO termuda dalam senarai ini, beliau dilahirkan pada 12 Julai 1972 di Madurai, Tamil Nadu, India.

Sunder merupakan CEO Google Inc pada ketika ini yang mana diumumkan oleh Google pada 10 Ogos 2015. Beliau menamatkan persekolahan di Jawahar Vidyalay di Ashok Nagar, Chennai.

Sunder menyambungkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan Metalurgi di Institut Teknologi India Khagpur dan kemudiannya meneruskan ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Wharton School di Universiti Pennsylvania.

Sunder juga mempunyai Ijazah Sains dari Universiti Oxford dan menduduki tempat kedua senarai CEO tertinggi di dunia.

1. David Zaslav - Discovery Inc

david zaslav 5 ceo dengan gaji tertinggi di dunia

Gaji tahunan: RM633 juta setahun

Gaji bulanan: RM52.8 juta sebulan

Ketikaa ini, David Zaslav adalah salah seorang CEO yang paling berjaya, terkemuka dan dengan gaji tertinggi di dunia, iaitu sebanyak RM633 juta setahun.

David M. Zaslav adalah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap presden syarikat komunikasi Discovery Inc. Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1960 di Rockland County, New York, Amerika Syarikat.

David mempunyai ijazah dalam bidang sains dari Universiti Birmingham dan kemudiannya menjadi graduan jurusan undang-undang dari Universiti Boston. Beliau juga berkhidmat sebagai eksekutif di NBC universal.

David Zaslav adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan dan melancarkan MSNBC dan CNBC. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)