Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
"Wanita Syurga" merupakan drama terbaru yang ditayangkan dalam slot Akasia, hasil karya terkini dari Zamriez Golden Pictures untuk saluran TV3.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Drama bukan adaptasi novel ini akan menyertai senarai tontonan TV3 mulai 15 Mac 2024, menggantikan siri My Lovely Driver bersempena Ramadan.
Sinopsis
Wanita Syurga mengisahkan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim), seorang wanita yang berkahwin dengan Amar (Redza Rosli), pelajar lelaki terkenal di universitinya. Ardini telah menghentikan kerjayanya sebagai pereka dalaman sepenuh masa untuk memberi fokus yang lebih kepada keluarganya itu.
Meskipun mempunyai dua anak, Wanna dan Warith, kehidupan Ardini terasa tidak lengkap. Farah (Riena Diana), orang ketiga, tiba tanpa diundang, mengubah landskap hubungan antara dia dan Amar.
Tanpa pengetahuan keluarga, Amar dan Farah mengikat tali perkahwinan di luar negara. Sejak itu, Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar memberikan lebih perhatian kepada Farah kerana dia seorang yang berkerjaya.
Ardini terpaksa melepaskan Wanna dan Warith demi membebaskan diri daripada perkahwinan yang dicurangi oleh suaminya. Namun, kasih sayang membuatkannya menyedari bahawa dia tidak mampu kehilangan anak-anak.
Pengorbanan itu menguatkan tekad Ardini untuk mendapatkan haknya kembali. Kehadiran Luqman (Nazim Othman), seorang peguam syarie dan kawan Ardini, memberi harapan baru. Ardini berazam untuk merebut semula haknya yang dirampas.
Menghadapi masalah rumah tangga itu, Ardini turut mendapat sokongan kuat daripada Puan Faizah, yang merupakan ibu mentuanya.
Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Pelakon Siti Khadijah Halim!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Iskandar Chempaka (Slot Lestary TV3)
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pelakon / Cast
Siti Khadijah Halim beraksi sebagai pasangan bersama aktor berpengalaman, Redza Rosli.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pada ketika yang sama, membabitkan diri dalam watak tambahan adalah kumpulan pelakon berpengalaman yang sinonim dengan drama-drama Melayu seperti Riena Diana, Nazim Othman, Shah Iskandar, Zamarul Hisham, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Marissa Yasmin, Amyza Aznan, Puteri Khareeza, Syamim Farid, Arieana Mikayla dan Annie Mosha.
Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Ardini Zahira
Redza Rosli sebagai Amar Ilhami
Riena Diana sebagai Farah Mokhtar
Nazim Othman sebagai Luqman
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Dihasilkan oleh Zamriez Golden Pictures, karya arahan Muhamad Riza Baharudin ini adalah hasil penulisan skrip oleh Sophilea dan Shaza Talib.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Masihkah Ada Rasa Itu? (From "Wanita Syurga")
Tajuk: Masihkah Ada Rasa Itu?
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul
Penulis lirik: Sharon Paul, Que Afiq
Waktu Siaran
Wanita Syurga, terdiri daripada 35 episod, akan menghiburkan penonton sebagai kandungan baharu di slot Akasia TV3. Tayangan ini akan bermula pada 15 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.
Tarikh mula tayang Wanita Syurga pada 15 Mac 2024. Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
Drama yang bakal menjadi pilihan ramai ini juga akan disajikan di platform penstriman video popular, iQIYI.
Bagi pelanggan VIP, tontonan akan dapat diakses hanya dalam masa 1 jam selepas tayangan perdana di TV3, sementara pengguna percuma boleh menikmatinya selepas 48 jam dari tayangan di televisyen.
Tajuk cerita? Wanita Syurga
Berapa episod? 35 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila tayang? Pukul 7 petang
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, iQIYI
Kredit video: Cantik, manis! | Wanita Syurga Episod 1 - 2 | iQIYI Malaysia