Oleh pada 14 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Selepas drama Biarkan Ia Pergi melabuhkan tirainya, saluran TV3 membawakan satu lagi siri baru untuk slot Samarinda, berjudul Aku Tanpa Cintamu (naskhah bukan adaptasi novel) untuk tontonan peminat drama di Malaysia.

    

sinopsis aku tanpa cintamu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

“Aku Tanpa Cintamu” merupakan siri arahan Emi Suffian yang menampilkan pelakon popular seperti Zamarul Hisham, Bella Astillah, Malek Mccrone, Shah Iskandar dan Julia Farhana.

Sinopsis

Bagi menebus talak, Nuha (Bella Astillah) memulangkan wang dan hantaran yang diberikan Adam (Zamarul Hisham) seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam.

Walaupun hamil, Nuha tidak dapat meneruskan perkahwinan mereka.

Ini kerana bahtera perkahwinan yang dilayarinya sentiasa bergolak apabila setiap pergerakannya diatur dan diawasi oleh Adam.

Hubungan mereka bermula apabila Nuha, seorang aktres yang bercita-cita tinggi ini terpikat dengan Adam, seorang pengarah popular yang kemudiannya memberi Adam kuasa untuk mengawal hidupnya. Adakah dia berjaya melarikan diri?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Adakah Engkau Menungguku (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Sekali Lagi Cinta Kembali (Slot Akasia TV3)

    

aku tanpa cintamu episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Drama ini diiringi dengan penampilan utama, gandingan serasi Zamarul Hisham dan Bella Astillah sebagai watak utama hero dan heroin, dan turut disokong oleh barisan pelakon hebat seperti Malek Mccrone, Shah Iskandar, Julia Farhana, Jihaa Sham, Datuk Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian dan Mas Anizan.

Watak Pelakon

Zamarul Hisham sebagai Adam

Bella Astillah sebagai Nuha

Malek Mccrone sebagai Hadi

Jihaa Sham sebagai Lydia

aku tanpa cintamu drama

Kredit foto: Instagram Shah Iskandar

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Satu lagi karya terbaru pengarah Emi Suffian terbitan Wira Nusa Production Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Menahan Luka

Penyanyi: Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

pelakon aku tanpa cintamu

Kredit foto: Instagram Adam Hamid FDAM

Waktu Siaran

Drama 15 episod ‘Aku Tanpa Cintamu’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 15 September 2022 secara eksklusif di slot Samarinda, saluran TV3, selain tersedia untuk tontonan online di platform 'OTT' yang popular, Disney+ Hotstar.

Kredit video: Nantikan Aku Tanpa Cintamu, Tonton Episod 1 Pada 15 Sept Di Slot Samarinda TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)