Oleh pada 19 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Drama "Lelaki Itu" yang diterbitkan Rumah Karya Citra merupakan kandungan terbaharu di TV3, menampilkan Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

        

drama lelaki itu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

"Lelaki Itu" akan mengambil alih tempat siri "Rindu Kasih 2" dalam slot Samarinda mulai 19 Mac 2024.

        

Sinopsis

Dalam drama ini, diketengahkan betapa pentingnya peranan seorang suami sebagai khalifah dalam rumah tangga.

Lelaki Itu mengisahkan tentang Syed Mirza (Datuk Adi Putra) berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita berpengaruh dan kaya. Syed Mirza dan Sharifah Qaidah, hidup mewah sebagai usahawan yang berjaya, yang mempunyai syarikat pembangunan dan hotel.

Mereka mempunyai tiga anak perempuan. Meskipun kaya, kehidupan mereka tidak seindah yang diharapkan. Sharifah Qaidah berperilaku seolah-olah dia yang memerintah, menekan Syed Mirza yang sepatutnya menjadi ketua keluarga. Ini disebabkan status Sharifah Qaidah yang lebih tinggi daripada Syed Mirza.

Ketidakseimbangan dalam hubungan mereka menimbulkan konflik. Disebabkan Sharifah Qaidah terlalu dominan, menyebabkan Syed Mirza berasa terpinggir dan menjadi 'lelaki' di luar rumahnya.

        

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Lelaki Itu (TV3 & Tonton) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga (Slot Akasia TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Iskandar Chempaka (Slot Lestary TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu (TV3 & Tonton)

         

lelaki itu tv3

Tarikh mula tayang Lelaki Itu pada 19 Mac 2024. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Pelakon / Cast

Drama ini menampilkan gabungan pelakon-pelakon ternama sebagai wajah utama, iaitu Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura dan Nabila Huda.

        

lelaki itu sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Tambahan pula, siri ini turut mempersembahkan pelakon-pelakon berbakat seperti Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Fadlan Hazim, Nadia Brian, Ameerul Asyraf dan Nina KSC.

        

Watak Pelakon

Datuk Adi Putra sebagai Syed Mirza

Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Syarifah Qaidah

Nur Fazura Sharifuddin sebagai Irsa Imani

Nabila Huda sebagai Sarina

Aedy Ashraf sebagai Khairullah

Hannah Delisha sebagai Syarifah Batrisya

Nadia Brian sebagai Syarifah Baiyinah

Sophia AlBarakbah sebagai Syarifah Bahiya

Fadlan Hazim sebagai Amin

Ameerul Asyraf sebagai Imran

Nina KSC sebagai Christine

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

"Lelaki Itu" adalah hasil terbitan Rumah Karya Citra, diterajui oleh pengarah Along Kamaludin dan Nur Ain Sharif, dan skripnya digarap oleh Erma Fatima (Eirma Fatima).

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: MARSHA MILAN - DULU, KINI DAN AKHIRNYA (LYRIC VIDEO)

        

Tajuk: Dulu, Kini Dan Akhirnya

Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

        

Waktu Siaran

Drama yang tidak diadaptasi daripada novel ini, akan mengisi waktu siaran di kaca TV bermula 19 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

        

lelaki itu episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Penayangan siri ini juga terus kepada pengguna menerusi langganan aplikasi Tonton, memudahkan penonton untuk menyaksikannya pada bila-bila masa tanpa melibatkan saluran langsung.

       

Tajuk cerita? Lelaki Itu

Berapa episod? 30 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)