Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah merupakan tontonan terkini slot Akasia setelah 'I Love You, Stupid'.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Karya adaptasi daripada novel "Aku Cinta Dia" nukilan Sharifah Abu Salem ini diangkat secara eksklusif dalam bentuk visual televisyen, bersama-sama penyertaan dan lakonan istimewa oleh Aniq Suhair, Rita Nadira, Aidit Noh, Zamarul Hisham dan Serene Claire.
Sinopsis
Pada saat diri alpa dan terhimpit dengan dosa, cahaya datang membawa kasih yang didamba...
Pelakon Rita Nadira memainkan watak Dania, seorang gadis kota yang liar, yang hamil anak tanpa ikatan nikah.
Selepas terlanjurnya Dania dengan teman lelakinya, Qabil (Aidit Noh), lelaki itu menghilangkan diri apabila dipersoalkan untuk bertanggungjawab, kerana Qabil menganggap Dania hanya bergurau.
Bapanya, Datuk Safuan (Zamarul Hisham) tidak dapat menyembunyikan kemarahan terhadap perbuatan memalukan Dania dan menggesa agar kandungan itu segera digugurkan.
Apatah lagi, kehamilan Dania mungkin menggugat impian Datuk Safuan untuk menjadi seorang presiden persatuan peniaga.
Demi mengelakkan dosa, Datin Kay (Mas Anizan) melakukan segala yang mungkin untuk menyelamatkan Dania. Oleh itu, Dania dihantar ke Pusat Perlindungan Wadi Safiyyah, di mana tempat ini berperanan sebagai perlindungan dan pendidikan untuk gadis-gadis yang mempunyai masalah sosial dengan matlamat pemulihan.
Tanpa disangka, pusat itu dimiliki oleh ibu dan bapa Qabil.
Pada ketika yang sama, Iqbal (Aniq Suhair), seorang ustaz yang sering menyampaikan dakwah melalui media sosial, sedang berduka atas kematian tunangnya, Aishah.
Setelah membuat pertimbangan, ibu dan bapa Iqbal bersetuju untuk menerima Dania sebagai pelajar dan penghuni Wadi Safiyyah. Mereka terkesan dengan persamaan wajah dan penampilan Dania yang menyerupai arwah Aisyah, tunang kepada Iqbal.
Dania menerima sambutan mesra daripada keluarga Wadi Safiyyah, termasuk Ustaz Iqbal. Di situ, dia memulakan perjalanan ilmu agama dan sentiasa mengadu kepada Allah.
Baginya, dia harus meneruskan perjalanan kehidupan hingga anaknya dilahirkan dan redha pada hakikat bahawa dosa yang dilakukan sepanjang ini tidak dapat mengembalikan lelaki yang sepatutnya menanggung tanggungjawab terhadap anak yang dikandungnya.
Meski menolak cinta lelaki lain, Dania menyerahkan hatinya kepada Allah. Kejutan hadirnya Ustaz Iqbal membuka pintu hatinya kembali.
Dalam senyap, perasaannya makin melekat pada Ustaz Iqbal, guru di Wadi Safiyyah itu, disebabkan oleh sifat-sifat mulia lelaki tersebut - walaupun menyedari dia tidak sepadan dengan lelaki sebaik itu. Hinggalah suatu hari, dia mendapat hadiah pemain MP3 yang memuatkan rakaman ayat Al-Quran dan Al-Quran kecil dari lelaki tersebut.
Apakah erti sebenarnya di sebalik ini? Mungkinkah Iqbal juga merahsiakan perasaan cinta terhadapnya?
Iqbal pernah berpesan kepadanya bahawa dia seharusnya menaruh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu sebelum mencintai sesama manusia.
Rasa kebingungan menyelubungi hati Dania kerana takut dirinya bertepuk sebelah tangan - tanpa menyedari adanya ikatan yang menghubungkan mereka.
Dania tidak tahu bahawa Iqbal sebenarnya adalah adik kandung kepada Qabil.
Apabila Iqbal dilantik mengendalikan Wadi Safiyyah, selepas bapanya menyerahkan tanggungjawab, perhatian Iqbal kini lebih kuat kepada Dania. Keadaan ini tidak disenangi oleh Ustazah Umairah yang mencintai Iqbal dan menaruh harapan selepas tunang Iqbal meninggal dunia.
Penghuni lain juga tertarik kepada Iqbal, terutama Nora dan Sheera.
Beberapa bulan berlalu, Qabil muncul di Wadi Safiyyah, mencetuskan konflik dalam nasib hubungan antara Dania, Iqbal dan Qabil.
Baca: 8 Fakta Pelakon Aniq Suhair Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Fakta Biodata Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton!
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pelakon / Cast
Aniq Suhair dan Rita Nadira, yang semakin mendapat tempat di hati penonton drama yang tegar, diberi peranan sebagai pelakon utama.
Kredit foto: Instagram Aniq Suhair
Dalam peranan lakonan yang lain, nama-nama pelakon seperti : Aidit Noh, Zamarul Hisham, Serene Claire, Nafiez Zaidi, Ezany Nizariff, Azza Elite, Lydiawati, Ikhram Juhari, Mas Anizan, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Muhsin Nadzli, Putri Dellyna, Aina Khairi, Natasha Azizan, Zetty Ahmad dan Annisa Azzuddin - turut disenaraikan dalam kredit.
Watak Pelakon
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Rita Nadira sebagai Dania
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Kayra
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
Ikhram Juhari sebagai Bakri
Iman Aneesa sebagai Umairah
Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir
Puteri Dellyna sebagai Nora
Natasha Azizan sebagai Sheera
Aina Khairi sebagai Sofea
Zetty Ahmad sebagai Natrah @ Netty
Annissa Azzuddin sebagai Raqibah
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama ini mendapat sentuhan skrip daripada tangan Sharifah Abu Salem dan penerbitannya diuruskan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Pengarahannya dipegang oleh Shuhaimi Zulkefli.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: HANYA TUHAN YANG TAHU - AWI RAFAEL [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH]
Tajuk: Hanya Tuhan Yang Tahu
Penyanyi: Awi Rafael
Komposer: Manis Helma
Penulis lirik: Manis Alia, Atie
Tajuk: Senyawa
Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Farouk Roman
Penulis lirik: Senna
Waktu Siaran
Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah akan melengkapkan malam-malam penonton bermula 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang di slot Akasia, saluran TV3.
Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
iQIYI turut menjadi platform pilihan untuk menonton drama yang bakal menjadi kegemaran ramai ini.
Dalam masa 1 jam selepas tayangan perdana di TV3, pelanggan VIP akan mendapat akses kepada tontonan, manakala pengguna percuma boleh menontonnya 48 jam selepas tayangan di TV.
Tajuk cerita? Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Berapa episod? 28 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat (Bermula tarikh 9 Januari 2024)
Bila tayang? Jam 7 petang
Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI
Kredit video: Awak perlukan ni | Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah Episod 1 - 5 | iQIYI Malaysia