Oleh pada 07 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Facebook Rotikaya 

Baru-baru ini, laman Facebook Rotikaya telah memuat naik foto terkini penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen ringkas berbunyi, "Wah Cantiknya Siti Nurhaliza bergaya ringkas."

Rata-rata netizen memuji kejelitaan dan imej penyanyi itu. Tak kurang ada juga yang mengeji dengan beberapa bentuk komen negatif.

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Facebook yang meletakkan nama profilnya sebagai Nor Nor telah melontarkan komen yang menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini berikutan kritikannya yang dianggap keterlaluan dan biadab.

Lebih mengejutkan, menerusi tinjauan kami pemilik profil tersebut adalah seorang wanita yang sudah berusia.  

hina siti nurhaliza ini padah buruk diterima seorang peminat 2

hina siti nurhaliza ini padah buruk diterima seorang peminat 3

hina siti nurhaliza ini padah buruk diterima seorang peminat 4

Kredit foto: Beritamemey & Facebook Rotikaya 

"Cantikpun tak guna kalau mandul," ujarnya selamba.

Lantas komen Nor Nor menerima reaksi balas kemarahan oleh para peminat Siti Nurhaliza.

hina siti nurhaliza ini padah buruk diterima seorang peminat 5

hina siti nurhaliza ini padah buruk diterima seorang peminat 6

Kredit foto: Beritamemey & Facebook Rotikaya 

Kerana mulut, badan binasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)