Oleh pada 02 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @hawarizwana & Instagram @fizoomar

     

Pembaca berita Hawa Rizwana menyifatkan pujian dilontarkan pelakon Fizo Omar di ruangan komen Instagramnya hanyalah berlandaskan hubungan mereka yang umpama abang dan adik.

Mengulas lanjut, Hawa, 24, memberitahu, bekas peserta Hero Remaja itu juga merupakan kenalan rapat kepada bapanya.

"Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.

"Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya," kata pemilik nama penuh Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini.

    

bapa hawa rizwana

Kredit foto: Instagram @hawarizwana

     

Hawa membuat kenyataan selepas diajukan pertanyaan mengenai dakwaan kononnya Fizo cuba memikatnya rentetan pujian dilayangkan atas tugasan baik dilaksanakan selaku wartawan.

Fizo dalam komennya sebelum ini mengucapkan tahniah kepada Hawa sekaligus mencuri tumpuan umum yang mengandaikan bekas suami Mawar Karim itu sedang cuba menggoda personaliti televisyen iras Neelofa ini.

Dalam pada itu, Hawa berkata, pertalian antara bapanya dan Fizo juga rapat sejak dahulu sementelah pernah bermain sukan bola sepak bersama.

"Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.

"Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana.

"Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama," katanya.

Imbas kembali, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka menimang seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berumur dua tahun.

    

Sumber berita: Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)