Kredit foto: Instagram Fizo Omar 

Bayi Fizo Omar yang baru dilahirkan terkena demam kuning.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol bin Wan Omar, 33, mendedahkan berita itu  menerusi laman Instagramnya, @fizoomar.

"Daddy dan Tok Ma bawa baby check up hari ni. Baby kena demam kuning. Tapi tak teruk sangat. Doktor cakap, itu normal untuk bayi.

"Siapa tahu petua atau tips nak kurangkan kuning pada baby ini? Tolong kongsi. Terima kasih saya dahulukan," tulis Fizo dalam kiriman berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bermurah hati berkongsi petua tentang cara meredakan demam kuning.

Antara petua tersebut termasuk menyusukan bayi dengan susu badan sekerap mungkin.

Malah, ada segelintir yang mencadangkan supaya mereka memberi susu kambing kepada bayi berkenaan.

Fizo dan Mawar Karim yang berkahwin pada November 2013, dikurniakan zuriat pertama baru-baru ini selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan rahim, tahun lalu.

Bayi berjantina perempuan itu dilahirkan pada 29 Disember lalu. 

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)