Oleh pada 11 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @fizoomar

     

Pelakon Fizo Omar menjelaskan punca perceraiannya dengan bekas isteri, Mawar Karim tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perbalahan, sebaliknya hanya membabitkan kelemahan yang datang daripada diri masing-masing.

Sekalipun sudah tidak lagi sebumbung, Fizo melihat keruntuhan rumah tangga itu sebagai permulaan baharu kepada tang­­gungjawab yang bakal dipikul mereka berdua sebagai ibu bapa tanpa gelaran 'suami isteri' terhadap cahaya mata tunggal bernama Wan Maryam, 2 tahun.

     

akhirnya fizo omar dedah punca perceraian 2

Kredit foto: Instagram @fizoomar

      

"Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai 'CO-PARENT' dan sahabat baik.

"Tiada perbalahan di antara kami. Punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.

"Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak," tulisnya.

Bekas peserta Hero Remaja itu membuat kenyataan menerusi laman sosial Instagram, malam tadi, yang pada masa sama, mengucap penghargaan kepada semua pihak, selain menitip doa yang terbaik buat Mawar sekeluarga.

Semalam, Fizo menceraikan bekas isteri yang juga usahawan tudung itu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Pergolakan perkahwinan mereka mula dihidu media apabila Fizo tidak lagi menyambut Aidilfitri bersama isteri seperti lazimnya tahun-tahun lalu.

   

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Fizo Omar

Baca: Kahwin Fazeera Nazri Azrai, Ini 10 Fakta Fizo Omar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Mawar Karim, Bekas Isteri Pelakon Fizo Omar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Azar Azmi

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)