Pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan pengasas kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin telah sah bergelar suami isteri dengan cuma sekali lafaz pada sekitar pukul 3.20 petang Isnin yang lalu.

Majlis akad nikah pasangan yang diadakan di Dewan Masjid Negeri, Shah Alam itu dimeriahkan dengan kehadiran keluarga serta kawan rapat kedua-dua belah pihak.

Joy Revfa menerima mas kahwin sebanyak RM1000 namun jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran dibalas dengan 9 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Pasangan serasi ini mengenakan busana serba putih hasil rekaan Cosry.

hafiz hamidun dan joy revfa selamat bernikah 1

hafiz hamidun dan joy revfa selamat bernikah 2

Kredit foto: Instagram @rioproduction

Sumber: mStar Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)