Kempen Malaya adalah kempen ketenteraan yang dipertarungkan oleh pasukan Allied dan Axis di Malaya ketika Perang Dunia Kedua dari 8 Disember 1941 hingga 31 Januari 1942.
Ia didominasi oleh pertempuran darat antara unit tentera Komanwel British dan Tentera Jepun Imperial dengan pertempuran kecil pada permulaan kempen antara Komanwel British dan Angkatan Bersenjata Diraja Thai.
BESARKAN TEKS A- A+
Jepun mempunyai ketuanan udara dan tentera laut dari awal pembukaan kempen. Bagi pasukan British, India, Australia dan Malaya yang mempertahankan tanah jajahan, kempen itu dianggap sebagai satu bencana besar.
Operasi ini penting bagi penggunaan infantri basikal Jepun, yang mana membolehkan tentera mereka membawa lebih banyak peralatan dan bergerak dengan cepat ke kawasan hutan tebal.
Jurutera Diraja, yang dilengkapi dengan bahan letupan telah memusnahkan seratus jambatan ketika berundur berundur. Namun usaha ini tidak begitu menjejaskan kemaraan pihak Jepun.
Pada ketika Jepun telah berjaya menawan Singapura, mereka telah kehilangan 9,800 anggota. Tentera Allied kehilangan sebanyak 145,703 orang anggota, termasuk 130,000 yang ditangkap.
iluminasi.com kongsikan antara gambar-gambar ketika pencerobohan di Malaya dan Singapura ketika Perang Dunia Kedua.
Koleksi Gambar Malaysia Ketika Perang Dunia Kedua
Tentera British divisi 2/9th ketika latihan Senapang Gurkha di hutan merentasi laluan berpaya untuk membiasakan diri dengan keadaan muka bumi di Malaya - Malaya, Oktober 1941
Krew mesingan Vickers dari Rejimen Manchester Pertama British sedang menanti musuh (tentera Jepun) yang datang ke kubu - Malaya, 17 Oktober 1941
Tentera dari Rejimen Melayu British melakukan latihan bayonet. Tidak dapat dipastikan di mana latihan ini dijalankan. Hanya maklumat tarikh sahaja yang ada - Oktober 1941
Kapal HMS Prince of Wales diserang di Kuantan. Kelihatan kepulan asap bekas laluan peluru berpandu yang dicetuskan oleh kapal tersebut - Malaya, 10 Disember 1941
Gambar kelasi dan anak kapal HMS Prince of Whales terjun dari kapal yang sedang karam untuk menyelamatkan diri selepas kapal itu dibom oleh Jepun - Malaya 10 Desember 1941
Kepulan asap daripada kebakaran ladang getah kerana ada serangan melibatkan kereta kebal kecil Jepun dengan tentera Malaya British - Malaya, Disember 1941
Bekalan getah yang disimpan oleh sebuah kilang di ladang getah dibakar. Tentera Jepun mengambil kesempatan untuk menyerang kilang ini ketika British berundur ke Singapura - Malaya Disember 1941
Kejuruteraan Diraja UK (individu baring) sedang bersiap sedia untuk meletupkan jambatan di Malaya ketika pengunduran ke Singapura. Kelihatan serbuk bom dibawa menggunakan basikal dan dibungkus dalam guni berwarna putih. - Malaya, Disember 1941
Seorang tentera British tercedera ketika bertempur di Malaya sedang dimasukkan ke dalam trak penyelamat. Tidak dapat dipastikan sama ada individu tersebut selamat atau tidak. - Gambar sekitar Disember 1941 hingga Jan 1942
Tentera Jepun melawat kubur rakan seperjuangan sebelum pulang ke Jepun (selepas menyerah kalah dan penyerahan senjata kepada pihak Malaya Bristish) - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Tentera Jepun sedang mara menggunakan basikal. Mereka kelihatan tenang walaupun melalui jalan yang sedang terbakar dengan kepulan asap. - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Tentera Jepun sedang melucutkan senjata pada tentera British yang ditangkap untuk dijadikan tahanan. Kebanyakan yang menjadi tahanan Jepun akan diseksa dan dibunuh. - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Tentera Jepun menyerang di landasan kereta api selepas mendapat maklumat penyelupan senjata menggunakan kereta api kepada pihak Malaya British - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Kereta kebal Jepun Type 95 dan Type 97 di sekitar bandar. Ini antara kereta kebal saiz kecil milik Jepun - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Tentera Jepun menyerang Kuala Lumpur ketika kemaraan mereka. Kelihatan seorang tentera Jepun tercedera di bahagian kaki kirinya dan tidak dapat berdiri. - Malaya, 11 Januari 1942
Pegawai Divisi ke-5 Jepun berdekatan Kuala Lumpur. Antara tentera berpangkat. Katana adalah senjata wajib ada bagi tentera Jepun - Malaya, Januari - Feb 1942
Tahanan Sikh dihukum mati oleh tentera Jepun. Tentera Jepun amat khuatir dengan orang Sikh kerana kebanyakan mereka berbadan sasa dan besar. Juga dikatakan orang Sikh pandai menggunakan senjata - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Kereta kebal Jepun Type 95 ketika Pertempuran Muar di Johor. Tentera Jepun menggunakan ranting dan daun-daun sebagai camouflage. Kereta kebal kecil ini hanya boleh memuatkan 3 individu. Seorang sebagai commander, seorang sebagai pengemudi mesingan, dan seorang lagi sebagai pemandu - Malaya, Januari 1942
Meriam Rejimen Anti-kereta kebal Divisi ke-8 Australia di Jalan Parit Sulong, Muar sedang menghentam kereta kebal Jepun dari jarak jauh - Malaya, 18 Januari 1942
Kereta kebal Jepun Type 95 dimusnahkan oleh Australia di Muar Johor. Kereta kebal kecil ini tidak begitu kuat kerana itu ianya digelar "Ha-Go Light Tank" - Malaya, Disember 1941 hingga Februari 1942
Kereta kebal Jepun type 95, Ha-Go dimusnahkan oleh tembakan anti-kereta kebal Australia ketika Pertempuran Muar - Malaya, penghujung Januari 1942
Tentera Jepun sedang merangkak di jalan di Johor Bharu ketika peringkat akhir Kempen Malaya. Pada ketika ini tentera Jepun sudah tidak banyak bekalan dan sumber senjata kerana banyak laluan disekat dan dirobohkan.
Gambar pesawat Jepun F1M reconnaissance, juruterbang Jepun dan rakan-rakan seperjuangannya di Pulau Rabak yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Rebak, Langkawi Malaysia, 1942
Lagi gambar Kereta Kebal Jenis 95 Ha-Go milik tentera Jepun. Kereta kebal ini boleh bergerak selaju 40km sejam. Jepun telah menghasilkan lebih kurang 2300 kereta kebal ringan ini semasa perang dunia kedua.
Peralatan wajib yang dibawa oleh tentera British untuk masuk ke hutan ketika Malaya Emergency. Hampir sama dengan peralatan komando kita sekarang. - Gambar sekitar 1950an
Tentera laut Jepun sedang bersiap sedia sambil membaca manual arahan "mission briefing" sebelum menakluk kawasan yang ditujui - Malaya 1941
Pasukan Imperial "Heavy machine gun" tentera Jepun bersama mesingan Type 92. Tiada maklumat tarikh dan lokasi untuk gambar ini.
Seorang pegawai Jepun dari Ibu Pejabat 7 Tentera Darat meletakkan pedangnya di samping pedang para pegawainya ketika majlis menyerah kalah yang dipengerusikan oleh Ketua Umum CGG Nicholson CB, CBE, DSO, MC, Divisyen 2 Inggeris. Lokasi Gambar ini di Johor Bahru, Malaya pada sekitar September 1945
Jangan salah sangka, gambar di atas ini bukan gambar kereta kebal. Jentera ini adalah Jentera berperisai pengangkutan universal untuk tentera Jepun. Gambar sekitar January 1942.
Timbunan senjata, perkakasan dan peralatan tentera Jepun yang dilonggokkan selepas menyerah kalah kepada Divisyen India ke-25 di Kuala Lumpur, Malaya, Sept 1945.
Beratur panjang. Kelihatan tentera Jepun menyerahkan pedang katana mereka selepas menyerah kalah kepada divisyen India ke-25di Kuala Lumpur, Malaya 1945. Penyerahan pedang sebagai simbolik menyerah kalah ini adalah sesuatu yang sangat tidak bermaruah dan memalukan bagi tentera Jepun.
Satu-satunya gambar kapal selam jepun jenis "I-10" di Penang, Malaya, 1942
Pasukan Sentai ke 59 Tentera Jepun. Di dalam gambar ini adalah mereka yang mengepalai unit-unit lain dalam jajahan dan serangan udara ke Malaya, China, Burma, Sumatera dan Jawa pada tahun 1941 ke 1942. Ada juga diantara mereka yang mendapat anugerah sebagai 4th Sentai Leading Ace.
kredit gambar kepada 7rangers
Individu yang paling kanan adalah perisik Jepun yang datang ke Malaysia untuk mengumpul maklumat sebelum Jepun menghantar tentera menjajah Malaya. Individu ini dikatakan menyamar sebagai fotografer yang datang ke Malaya untuk mengambil gambar - Gambar sekitar daerah Kinta Perak Malaya 1938
Sumber dan kredit:
2. 7rangers