Oleh pada 20 Oct 2019 kategori

Antara salah satu fakta yang tak dapat dipertikaikan tentang peperangan terutamanya perang di zaman moden adalah ia menelan kos yang tersangat tinggi. 

Dan apabila kita melihat kepada konflik berskala Perang Dunia Kedua yang melibatkan banyak negara, berpuluh-puluh juta tentera dan berjuta-juta kapal, kereta kebal, pesawat dan senjata, kos semua ini mungkin tidak dapat dihadam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanakah negara-negara yang terlibat dalam WW2 membiayai operasi mereka?

Bagi sebilangan daripada negara-negara ini, jawapan kepada soalan ini adalah, berapa banyak daripadanya yang telah membiayai perang mereka melalui penangkapan dan rampasan.

Rejim Nazi Jerman terkenal dengan mencuri kekayaan dan harta benda dari orang-orang Yahudi Eropah, dan tentera Jepun pula merompak China dan Asia Tenggara.

rampasan harta nazi jerman

Tetapi selepas kekalahan angkatan Axis, banyak rampasan ini yang bernilai berbilion-bilion, tidak pernah ditemui dan lokasi terletaknya kekayaan yang hilang ini menjadi obsesi bagi banyak pemburu harta karun. 

Dalam hal ini, kisah kehilangan emas yang mungkin paling terkenal ketika WW2 adalah apa yang dikenali sebagai emas Yamashita.

Dinamakan bersempena Jeneral Jepun iaitu Tomoyuki Yamashita, yang menakluki British Malaya (Malaysia) dan Singapura semasa kemaraan Jepun melalui Asia Tenggara, emas Yamashita didakwa sebagai harta kekayaan bernilai berbilion-bilion yang dirampas oleh pasukan Yamashita semasa kempen mereka.

Walaupun kewujudan tentang kehilangan emas Yamashita ini tidak pernah dibuktikan, idea untuk mencarinya telah memberi inspirasi kepada banyak pemburu harta karun untuk mencuba nasib mereka.

jeneral tomoyuki yamashita

(Jeneral Tomoyuki Yamashita)

Dikhabarkan telah ditanam di seluruh Filipina dalam sistem terowong bawah tanah yang kompleks, percubaan terbaru untuk mencari emas yang hilang sedang didokumentasikan dalam rancangan TV 2019 di History Channel yang dikenali sebagai"Lost Gold of WWII."

Masalahnya utama bagi keseluruhan rancangan TV ini adalah emas Yamashita mungkin bukan tersembunyi di Filipina atau bergantung kepada siapa yang anda percayai, emas ini mungkin sudah dijumpai. 

General Yamashita dijatuhkan hukuman mati dengan tali gantung di atas jenayah perang pada tahun 1946 dan membawa lokasi harta karun itu bersamanya.

Ada yang mendakwa bahawa CIA telah menemuinya dan yang lain menegaskan bahawa ia masih ada di lokasinya.

rogelio roxas

(Rogelio Roxas)

Akan tetapi, seorang bekas tentera Filipina bernama Rogelio Roxas, mendakwa bahawa dia diberikan sebuah peta oleh anak kepada seorang tentera Jepun, yang mana dikatakan menunjukkan lokasi harta karun Yamashita yang tersembunyi.

Dia mendedikasikan hidupnya mencari harta karun tersebut dan pada tahun 1971, dia didakwa telah berjaya. Rogelio mendakwa bahawa dia menggunakan peta dan sumber lain untuk mencari ruang rahsia di hutan berhampiran Baguio City.

Rogelio menemui senapang era WW2, bayonet, radio dan tulang rangka berpakaian seragam tentera Jepun.

Rogelio juga menjumpai dinding setebal 10 kaki yang mana diletupkannya dan menjumpai patung Buddha yang diperbuat daripada emas padat seberat lebih dari 900 kilogram, dikelilingi dengan jongkong-jongkong emas yang tidak diberitahu jumlahnya.

Dan jumlah ini hanyalah sebahagian kecil daripada yang disembunyikan oleh Jeneral Yamashita.

Dia kemudiannya mengambil satu daripada peti jongkong emas dan patung Buddha tersebut, lalu menutup semula ruang tersebut bertujuan untuk merahsiakannya.

ferdinand marcos 34

(Presiden Ferdinand Marcos)

Namun, rahsia penemuannya itu tidak kekal lama apabila presiden atau lebih tepat digelar diktator Filipina pada ketika itu, Ferdinand Marcos, mengetahui tentang penemuannya.

Apabila Rogelio pulang dengan harta karunnya, Ferdinand mengarahkan konco-konconya untuk menyerbu rumah Rogelio di mana sebahagian daripada harta tersebut disimpan.

Mereka mengambil peti jongkong emas dan patung Buddha tersebut, termasuk tabung wang anak-anak Rogelio. Dia kemudiannya dipukul dan diseksa bagi mendapatkan lokasi baki harta karun yang mana semua jongkong emas diambil Ferdinand.

Presiden Ferdinand dan keluarganya terpaksa melarikan diri dari Filipina selepas pemberontakan popular pada tahun 1986.

Selepas ini berlaku, Rogelio dan beberapa pelabur mempercayai dakwaannya terhadap harta itu memfailkan tuntutan mahkamah di Hawaii terhadap harta Marcos, yang pada masa itu bernilai lebih daripada RM40 bilion walaupun Ferdinand sendiri mendakwa ia adalah lebih tinggi yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh emas Yamashita.

Sebelum sempat memberikan keterangan, Rogelio meninggal dunia, kematian di mana ramai orang menggelarkannya sebagai keadaan yang mencurigakan. Namun begitu, perbicaraan tetap diteruskan.

yamashita gold imelda marcos

Pada tahun 1992, isteri Ferdinand, Imelda Marcos mengakui bahawa sebahagian besar daripada kekayaan suaminya datang dari emas Yamashita.

Dan pada tahun 1996, juri memberikan ganjaran kepada Rogelio dan para pelaburnya RM88 bilion, yang terbesar dalam sejarah kehakiman pada masa itu.

Rekod mahkamah menyatakan dengan jelas bahawa Rogelio menemukan sebahagian daripada emas Yamashita dan Presiden Ferdinand mencuri harta tersebut.

Satu lagi teori mengenai emas Yamashita adalah bahawa Amerika Syarikat merampasnya secara diam-diam pada akhir Perang Dunia Kedua.

Sehingga kini, pemburu harta karun masih mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari baki emas Perang Dunia Kedua yang hilang.

Rujukan:

1. War History Online

2. Rappler

3. Unredacted




Hakcipta iluminasi.com (2017)