Kredit foto: The Malay Mail Online
Bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif dan isterinya, Malaque Mahlady berkongsi foto-foto comel anak kedua mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
Syarif turut mendedahkan nama anaknya buat pertama kali iaitu Umar Nael.
Koleksi foto yang dimuat naik di laman Instagram pasangan itu turut disertai dengan tiga hashtag iaitu #thesyarifsno2, #umarnael dan #thesyarifs.
Hari ketujuh. Bertemu anak saya, Umar Nael. Yang berani dan makmur. In Shaa Allah.
Kredit foto: Instagram Syarif Sleeq
Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memuji kecomelan Umar.
Tak kurang ada juga yang menganggap bayi itu kacak meskipun masih kecil.
@noradahalan: Hai si kacak Umar. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
@mrzqisyhmi: Kecil-kecil dah kacak.
@therealmamahani: Assalamualaikum Umar Nael. Semoga sentiasa sihat dan membesar jadi anak yang soleh. Insha Allah.
Netizen mendoakan semoga Umar dapat menjadi anak yang berguna dan taat kepada kedua ibu bapanya apabila sudah dewasa kelak.
Khas buat anda, kami kongsikan foto-foto Umar yang pasti buat ramai geram melihat kecomelannya!
Kredit foto: Instagram Syarif Sleeq