Itali merupakan salah satu lokasi pelancongan paling menarik di dunia. Bandar Venice pula, antara salah satu tarikan popular di Itali yang dikatakan tempat yang wajib dilawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Namun, bagi yang tak berkesempatan untuk ke Eropah, tak lama lagi anda boleh menikmati keindahan Venice, bukan di Itali, tetapi di Dubai. Pemaju dari Timur Tengah sedang membangunkan Venice di Dubai, yang diberi nama "Floating Venice".
BESARKAN TEKS A- A+
Floating Venice
Ia dibina di The Heart of Europe, sekumpulan pulau di The World Dubai, bersama 6 pulau yang lain iaitu Main Europe, Sweden, Germany, Monaco, St Petersburg dan Switzerland.
The Heart of Europe
Ia yang akan menjadi replika bandar Itali popular dilengkapi dengan terusan serta gondola, membuatkan anda benar-benar seperti di Venice. Menelan kos belanja AED 2.5 billion atau RM2.856 billion, projek oleh Kleindeinst Group ini akan menjadi destinasi terapung 5 bintang pertama di dunia.
Resort yang akan dibina benar-benar menyerupai Venice, termasuklah dataran terkenal Piazza San Marco. Tak cukup dengan itu, Floating Venice ini juga akan dilengkapi dengan kabin, bar, kolam renang, spa, kedai dan restoran bawah laut yang menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia.
Resort 4 tingkat ini direka dengan memuatkan 414 kabin (180 daripadanya di bawah laut) yang mampu untuk menampung 3,000 tetamu dan Floating Venice boleh diakses melalui beberapa cara termasuklah dengan bot, pesawat laut dan juga helikopter. Anda boleh pilih untuk menikmati kawasan sekitar sama ada dengan berjalan kaki, atau menaiki gondola.
Festival dan perayaan tradisional penduduk Venice juga akan diadakan bagi menaikkan "mood" sebenar di Venice.
Projek yang bakal siap pada 2020 ini disempurnakan dengan penanaman 4,000 meter persegi batu karang di sekitar resort ini, bertujuan untuk menambahkan lagi kehidupan marin dan terumbu karang menjadikan ia lokasi terbaik untuk bergambar.
Rujukan :
1. The News
2. Luxatic
3. Telegraph