Mahkamah Filipina telah menjatuhkan hukuman ke atas balu bekas Presiden negara iatu, Imelda R. Marcos, sekurang-kurangnya 42 tahun penjara kerana menubuhkan yayasan persendirian untuk menyembunyikan kekayaannya yang tak dapat dijelaskan.

Walaubagaimanapun kemungkinan untuk melihat Imelda dipenjarakan agak tipis kerana mahkamah tersebut yang mengendalikan kes rasuah berkata rayuan boleh dibuat terhadap keputusan itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, pakar undang-undang juga memberitahu bahawa Imelda boleh melawan hukuman penjara disebabkan oleh faktor usianya yang semakin lanjut.

Hukuman itu dikenakan ketika mana Imelda Marcos dan keluarganya melihat kebangkitan politik di Filipina, setelah dipimpin Presiden Rodrigo Duterte.

imelda marcos dijatuhkan hukuman 42 tahun penjara

Mahkamah anti rasuah Sandiganbayan mengarahkan Imelda Marcos yang berusia 89 tahun untuk menjalani hukuman penjara 6 hingga 11 tahun untuk setiap tujuh pertuduhan kerana melanggar undang-undang anti-rasuah apabila dia secara haram menyalurkan wang kira-kira RM837 juta ke yayasan Swiss pada tahun 1970-an sebagai gabenor Metropolitan Manila .

Keputusan itu juga secara automatik menggugurkan Imelda daripada memegang apa-apa jawatan awam. Ketika hukuman dibacakan, Imelda tidak hadir di mahkamah dan waran dikeluarkan untuk penangkapannya.

Dalam satu kenyataan, Imelda Marcos berkata peguamnya sedang mengkaji keputusan itu dan berhasrat memfailkan usul yang meminta mahkamah menimbang semula keputusan yang dibuat.

Hukuman penjara yang agak panjang ini menerima pujian daripada beberapa penentang utama Presiden Rodrigo Duterte, individu memuji kediktatoran suami Imelda yang sangat brutal, Ferdinand Marcos, satu ketika dahulu.

rodrigo duterte

Loretta Ann Rosales, bekas pesuruhjaya hak asasi manusia negara itu yang telah diseksa sebagai aktivis pada tahun 1970-an kerana menentang Ferdinand Marcos, menggelarkan hukuman itu sebagai kemenangan simbolik bagi beribu-ribu orang yang mati dalam menentang kediktatoran Ferdinand.

Loretta berkata keputusan itu menunjukkan bahawa masih ada hakim rasuah awam "yang telah membantu mengekalkan lilin-lilin dalam malam-malam gelap dan mengejar kebenaran."

Tambah beliau lagi, hukuman ini membuktikan bahawa keluarga Marcos dan kroni mereka bersalah kerana menyalahgunakan tabung kerajaan untuk menikmati gaya hidup mewah manakala berjuta-juta rakyat Filipina hidup dalam kemiskinan.

Tuduhan terhadap Imelda Marcos mengambil masa lebih daripada suku abad untuk didakwa, sebahagian besarnya kerana ramai orang yang mungkin boleh menjadi saksi telah mati atau terlalu tua untuk memberi keterangan.

ferdinand marcos 60

Tuduhan itu difailkan pada tahun 1991, ketika pendakwa negara menuduh Imelda Marcos mencipta yayasan persendirian di Switzerland dan memiliki kepentingan kewangan di beberapa perusahaan ketika dia menjadi gabenor Manila antara tahun 1978 dan 1984. 

Pihak pendakwa mengatakan perusahaan palsu tersebut menyembunyikan wang kerajaan yang dicuri keluarganya.

Pihak pendakwa menamatkan pendakwaan mereka pada tahun 2015, tetapi peguam Imelda Marcos berjaya menangguhkan perbicaraan dengan tidak hadir ke mahkamah.

Antara mereka yang memberi keterangan terhadap Imelda ialah Frank Chaves, bekas peguam cara umum negara, yang memfailkan kenyataan bersumpah bahawa Imelda Marcos telah menggunakan yayasan-yayasan di Switzerland untuk menyembunyikan berjuta-juta dolar kekayaan yang dicuri.

Kerajaan Filipina berjaya memperoleh semula wang kira-kira RM2.75 bilion yang dimiliki oleh keluarga Marcos yang disimpan di institusi kewangan Switzerland.

Namun pihak berkuasa percaya bahawa ia hanya sebahagian kecil daripada kira-kira RM41.8 bilion yang dikatakan telah dicuri oleh keluarga ini dari kerajaan Filipina.

revolusi kuasa rakyat filipina 1986

Mahkamah di Hawaii mendapati Ferdinand Marcos bertangunggjawab ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan memberikan wang pampasan RM8.4 bilion kepada lebih 9,000 warga Filipina yang memfailkan saman terhadapnya atas jenayah penyeksaan, penahanan, pembunuhan dan juga kehilangan individu.

Pemerintahan dua dekad Ferdinand Markos diakhiri oleh revolusi "kuasa rakyat" pada tahun 1986, dan keluarga Marcos dibuang negara ke Hawaii, Amerika Syarikat di mana bekas presiden itu meninggal dunia tiga tahun kemudian.

Keluarga itu kemudiannya dibenarkan pulang, di mana mereka membangunkan semula pangkalan politik di kampung halaman mereka, Ilocos Norte, di utara Filipina.

Kekayaan politik Keluarga Marcos muncul selepas Rodrigo Duterte dipilih menjadi presiden dua tahun lalu.

Rodrigo yang sering menggambarkan dirinya sebagai peminat kepada diktator terakhir Filipina itu telah memuji keluarga Marcos yang mengukuhkan sokongan terhadapnya di utara Filipina.

ferdinand dan imelda marcos

Pada tahun 2016, Rodrigo membenarkan jenazah Ferdinand Marcos ditanam semula di tanah perkuburan wira di Manila, yang membawa bantahan besar.

Rodrigo Duterte juga telah menyokong rayuan Ferdinand Marcos Jr tentang kekalahan tipisnya dalam pemilihan naib presiden pada tahun yang sama.

Jurucakap Rodrigo Duterte, Salvador Panelo, berkata bahawa presiden Filipina menghormati keputusan mahkamah.

"Walaupun kami perhatikan bahawa masih terdapat peluang undang-undang yang tersedia untuk Imelda Marcos, namun perkembangan terbaru ini menggariskan bahawa negara kita pada masa ini mempunyai sistem keadilan yang adil dan tidak memihak kepada siapa pun," jelas Salvador Panelo.

Salah seorang daripada anak perempuan Ferdinand dan Imelda Marcos, Imee Marcos, bakal bertanding dalam pemilihan Senat Filipina pada tahun hadapan.

Imee baru-baru ini menolak tuntutan oleh kumpulan hak agar dia memohon maaf di atas kekejaman bapanya dan meminta orang ramai supaya meneruskan hidup seperti biasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)