Penulisan ini ditulis Dr. Muhammad Izzat, seorang pegawai perubatan kesihatan wanita & kehamilan, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang paling kerap berlaku pada sistem pembiakan wanita, melibatkan dinding rahim.
Juga dikenali sebagai "leiomyoma", ia mempunyai pelbagai jenis merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim.
Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni boleh bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan "leiomyosarcoma".
Fibroid adalah perkara sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan terkejut jika doktor beritahu bahawa terdapat fibroid ketika membuat imbasan. Ia boleh tumbuh tanpa disedari dan kekerapannya adalah 1 daripada setiap 3 wanita.
Ia tumbuh dalam pelbagai saiz, daripada saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya.
Perlu tahu fibroid ini lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah kerana kadang kala kewujudannya tak disedari.
Masalah biasa yang boleh disebabkan oleh fibroid termasuklah:
- darah haid yang banyak
- senggugut
- terasa sepert ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rektum menyebabkan rasa ingin kencing yang kerap
- rasa seperti ingin buang air besar tetapi tiada apa-apa
- ada yang melaporkan rasa sakit
Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi apabila sudah menopos atau putus haid, ketiadaan bekalan hormon-hormon ini membuatkan saiz fibroid mengecil.
Namun, jika sudah putus haid dan saiz fibroid masih tidak mengecut malah semakin membesar atau bertambah dari segi jumlah, ini adalah tanda yang tidak bagus iaitu fibroid berbahaya: leiomyosarcoma.
Apakah penyebab ketumbuhan fibroid?
Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkait rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab itu fibroird dan obesiti berkait.
Kenapa obesiti ? Kerana lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan menyimpan hormon wanita. Hormon yang tersimpan dengan banyak ini dikatakan menjadi punca fibroid terjadi.
Gejala-gejala fibroid
Semua gejala dinyatakan ini bukan spesifik kepada orang yang mempunyai fibroid sahaja. Maksudnya, fibroid bukanlah satu-satunya penyebab gejala-gejala.
Jangan terus membuat hipotesis sendiri apabila mengetahui tanda-tanda ini. Antaranya termasuklah:
- Pendarahan haid dalam jumlah yang yang luar biasa
- Sakit haid yang melampau sehingga tidak boleh melakukan aktiviti harian seperti bekerja atau ke kelas, dan juga sakit yang memerlukan cuti
- Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak pada rahim atau ovari. Apabila bercakap camni, semua orang buncit dah risau dan pegang-pegang perut sendiri.
- Kencing yang kerap. Baru sahaja kencing tapi masih terasa nak kencing lagi. Ini kerana fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing.
- Sakit pada bahagian bawah perut. Walaupun tak haid, tetapi tetap rasa sakit. Ia disebabkan oleh perubahan kemerosotan pada fibroid, yang boleh menyebabkan rasa sakit.
- Sukar untuk nmengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran.
- Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu puratan bayi dalam rahim. Kewujudan fibroid yang besar boleh menyebabkan bayi berada dalam keadaan songsang atau melintang, kerana fibroid mengalang bayi daripada berpusing agar kepalanya di bawah.
- Fibroid yang besar, jenis tergantung di luar rahim boleh terpintal menyebabkan rasa sakit
Apa yang perlu dilakukan terhadap fibroid?
- Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri apabila sudah menopos.
- Terdapat pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn pegawai perubatan terlebih dahulu
- Operation membuang fibroid. Terdapat 2 jenis pembedahan:
Buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim, bagi mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu, masih ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.
Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama-sama fibroid, lebih-lebih lagi jika doktor berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak mencegut walaupun sudah menopos.
Ada fibroid kecil yang ganggu kesuburan atau sebabkan haid banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap pembedahan mempunyai risiko dan komplikasi yang boleh timbul.
Adalah lebih baik berbincang dengan doktor terlebih dulu, ikut kesesuaian pesakit.
Pembedahan adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid.
Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati.
Nota: Fibroid dan cyst adalah dua benda yang SANGAT BERBEZA. Jangan jadi makcik bawang dan tuduh fibroid adalah cyst dan cyst adalah fibroid. Baca post saya sebelum ni untuk cyst.