Oleh pada 09 Sep 2019 kategori

Pernahkah anda amati simbol-simbol yang ada pada matawang dollar Amerika Syarikat yang digunakan negara tersebut?

Wujud beberapa simbol yang pada asasnya tidak membawa sebarang makna, tetapi apabila dilihat dengan lebih mendalam - anda akan mendapati wujudnya satu simbol mata berbentuk segitiga yang terletak pada sebuah piramid; yang sangat terkenal di kalangan pengkaji teori konspirasi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah makna simbol itu dan kenapakah simbol mata itu diletakkan ke dalam matawang negara Amerika Syarikat?

Logo 'The Eye of Providence'

constitution

Simbol mata dalam bentuk segitiga yang tertera pada matawang 1 dollar USD dinamakan sebagai 'The Eye of Providence.' Dari segi istilahnya, simbol itu mewakili 'mata kuasa Tuhan yang melihat dan mengawasi segala perihal kebajikan di bumi.'

Istilah 'providence' mempunyai beberapa makna yang berkait tetapi membawa berbezaan sendiri, dengan kata akarnya 'provident' merupakan satu adjektif mewakili sifat atau kemampuan merancang masa depan, dari segala aspek dengan teliti.

Sementara 'providence' pula merupakan satu kata nama mewakili Tuhan atau kuasa yang mempengaruhi alam, berkuasa ke atas seluruh makhluk yang memberikan kebaikan kepada semua manusia.

Rekaan wang kertas 1 dollar Amerika Syarikat merupakan rekaan matawang terawal bagi negara tersebut.

Dalam wang kertas tersebut, nombor 13 memainkan peranan yang sangat besar dalam rekaan yang digunakan tanpa kita sedari.

Sekiranya kita mengira jumlah anak tangga piramid yang belum siap dipaparkan menongkat simbol mata itu, jumlah anak tangganya keseluruhan adalah 13 anak tangga.

Helang yang dipaparkan memegang 13 anak panah. Tangkai zaitun yang ada juga seandainya kita kira mempunyai 13 biji buah dan 13 helai daun. Perisai yang dipaparkan juga mempunyai 13 jalur menegak dan 13 jalur melintang.

Ttulisan dalam bahasa Latin yang berbunyi 'Annuit Coeptis' juga dihasilkan dengan 13 huruf. Makna istilah tersebut dalam bahasa Melayu lebih kurang seperti 'memberikan persetujuan' (annuo) dan 'untuk menjayakan rancangan' atau 'menjayakan usaha' (coeptum).

Jadi 'Annuit Coeptis' bermakna 'memberikan kerjasama untuk menjayakan rancangan.'

Selain itu, tulisan 'e pluribus unum' yang terletak di bahagian jata negara Amerika Syarikat juga mempunyai 13 huruf kesemuanya dengan makna perkataan itu membawa makna 'daripada banyak, hanya ada satu.'

Secara akademiknya, bilangan 13 menjadi elemen penting dalam rekaan wang kertas 1 dollar itu kerana pada mulanya Amerika Syarikat ditubuhkan hasil daripada gabungan 13 koloni.

Bagaimanapun, dalam sejarah orang Barat, nombor 13 memainkan peranan yang lebih besar. Untuk artikel ini, mari kita kembali memfokuskan kepada The Eye of Providence dahulu.

Makna rasmi The Eye of Providence

eyeallseeingmoney450

Secara rasmi, The Eye of Providence diletakkan ke dalam rekaan wang kertas Amerika Syarikat kerana mereka merasakan apa yang berlaku sepanjang pembentukan negara Amerika Syarikat, merupakan satu perkara yang mendapat bantuan Tuhan.

Ini adalah penjelasan rasmi pereka logo yang digunakan di dalam wang kertas itu sendiri, seorang tokoh bernama Charles Thompson. Thompson menyifatkan setiap simbol yang ada dalam logo tersebut mempunyai makna tersendiri.

Piramid 13 anak tangga yang belum siap itu menandakan kekuatan dan kecekalan hasrat Amerika. Mata itu pula menandakan bantuan atau pertolongan daripada Tuhan dalam membantu menjayakan impian mereka membangunkan visi Amerika yang ingin dipenuhi.

Dalam penerangan Thompson bagi menjelaskan kenapa simbol itu harus digunakan, beliau menggunakan istilah 'interpositions of providence'; sempena beberapa peristiwa atau kejadian yang berlaku ketika penubuhan negara Amerika Syarikat, dipercayai sebagai bukti hadirnya bantuan Tuhan ke atas apa yang mereka usahakan ketika itu.

Elemen agama dalam pembentukan negara Amerika Syarikat

george washington natural born soldier

Satu perkara yang jarang diperkatakan berkenaan pembentukan Amerika Syarikat, adalah pengaruh elemen agama dalam pembentukan minda pemimpin terawal negara tersebut.

Dalam hal ini, George Washington merupakan antara individu paling kuat berpegang kepada kepercayaan yang disebutkan sebagai 'Providence' ini.

Sepanjang hidup beliau, Washington seringkali berdoa kepada apa yang dinamakan sebagai Providence, untuk memberikan dia kekuatan dalam mengepalai tentera semasa dia memegang jawatan Komander.

Beliau juga kerap menggunakan kata-kata memuji kuasa Providence sebagai unsur memperkuatkan barisan tenteranya sehinggakan semasa zaman perang Revolusi tahun 1778, Washington menyifatkan mereka yang tidak mempercayai Tuhan atau unsur Providence ini sebagai mereka yang sesat.

george washington farming 759x500

Bagi meraikan kemenangan beliau dalam peperangan menentang askar British yang diketuai oleh Lord Cornwallis pada bulan Oktober 1781, Washington menyifatkan kemenangan yang mereka kecapi adalah ibarat 'astonishing interpositions of Providence' atau 'bantuan menakjubkan Providence'.

Kemenangan tentera Amerika mencapai pembebasan mereka daripada penjajahan British merupakan satu perkara yang dianggap 'suci' oleh Washington.

Selepas naik sebagai presiden pertama Amerika Syarikat, pengaruh agama yang dibawa Washington dijadikan sebagai asas serta tulang belakang kepada pembentukan ideologi dan identiti negara tersebut.

Kuasa Providence yang kerap kali dipuja menjadi salah satu elemen yang wajib ada dalam sistem pemerintahan mereka.

Atas sebab itulah The Eye of Providence dijadikan salah satu ikon yang akan terus diangkat masyarakat Amerika Syarikat, sebagai simbol penting mewakili kepercayaan mereka kepada kuasa besar yang memenangkan mereka.

Persoalan sama ada wujud kaitan di antara simbol itu, gerakan Illuminati dan gerakan Freemason dalam barisan pemimpin terawal kerajaan Amerika Syarikat tidak dapat kami jawab dalam artikel ini.

Kami menulis artikel ini hanya dengan satu tujuan; untuk membuktikan The Eye of Providence bukan hanya simbol kosong semata-mata, tetapi sangat berkait dengan kepercayaan agama bekas pemimpin yang membentuk Amerika Syarikat.

Yang menjadi persoalannya di sini - agama apa sebenarnya dianuti George Washington jika dia menyembah Providence?

Rujukan

The Interposition of Providence

Religion and American Presidency

Explanation of the Great Seal's Symbolism




Hakcipta iluminasi.com (2017)