Oleh pada 26 Nov 2017 kategori

Jepun begitu terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks. Bagi masyarakat dari negara-negara lain, etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat merumitkan tetapi di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah besar.

Memanggil sesorang hanya dengan nama adalah tidak mencukupi di Jepun. Gelaran "san" sebagai tanda hormat adalah salah satu daripadanya . Sebenarnya terdapat banyak lagi gelaran untuk menghormati atau merujuk kepada seseorang:

Panggilan dengan gelaran

BESARKAN TEKS     A-  A+

  • "-kun" - penghormatn yang tidak formal berbanding "-san". Penggunaan umum untuk gelaran "-kun"  bermaksud "kawan."
  • "-chan" - biasanya digunakan untuk kanak-kanak, ahli keluarga wanita, orang penyayang dan rakan-rakan rapat.
  • "-sama" - versi penghormatan paling tinggi ("tuan," "yang mulia"). Ia digunakan untuk merujuk kepada para raja dan dewa. Pada masa kini, ia kadang-kadang digunakan untuk menyatakan sindiran.
  • "-senpai" - untuk menyapa rakan sekerja atau rakan sekolah yang lebih tua.
  • "-kōhai" - bertentangan dengan "senpai."
  • "-sensei" - untuk menyapa guru, doktor, saintis, ahli politik, dan tokoh-tokoh lain.
  • "-shi" - untuk penulisan rasmi.

Bertukar-tukar kad perniagaan

etika kad perniagaan jepun

Ia merupakan satu upacara yang menyeluruh. Inilah yang perlu anda lakukan:

  • Pastikan bahagian hadapan kad anda menghadap rakan sejawatan anda.
  • Hulurkan dengan kedua-dua tangan.
  • Sekiranya pangkat anda lebih rendah daripada rakan sejawatan anda, pegang kad dengan lebih rendah daripada mereka.
  • Jika anda diberi kad perniagaan, letakkannya pada 'cardholder', dan ambil beberapa saat untuk melihatnya.
  • Jangan lupa tunduk.
  • Sekiranya anda tidak memiliki 'cardholder', ia adalah satu yang tidak bagus.

Sangat berbeza dengan negara kita- hanya meletakkan kad perniagaan di dalam poket!

Di dalam lif

gadis jepun jadi kapten lif 164

Walaupun tidak ada kenyataan yang rasmi, tetapi peraturan di sini adalah jelas. Jika anda adalah orang pertama yang masuk ke dalam lif yang kosong, anda akan menjadi "kapten" lif, dan anda perlu berdiri berdekatan dengan panel kawalan. Anda perlu memastikan pintu dibuka sehingga semua orang telah memasuki lif. Ia perlu diulang di setiap tingkat di mana lif tersebut berhenti. Anda juga perlu menjadi orang terakhir yang keluar dari lif, dan perlu melakukan semua itu dengan cepat. Jika anda seorang pelancong di Jepun, elakkan dari menjadi orang pertama yang menaiki lif!

Keretapi bawah tanah

jepun baca buku dalam train

Di dalam keretapi bawah tanah, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh orang Jepun: bercakap/berbual tidak dibenarkan (termasuk bercakap di telefon), dan  adalah tidak sopan untuk menatap wajah penumpang lain.

Bukan kebiasaan orang Jepun untuk memberi tempat duduk mereka untuk warga tua, walaupun mereka hampir tidak boleh berdiri. Jadi terdapat kerusi khas yang telah dilabelkan untuk mereka serta untuk orang-orang kurang upaya dan wanita hamil. Kerusi-kerusi ini tidak akan diduduki jika anda tidak tergolong dalam kategori yang disebutkan.

Minuman beralkohol

jepun mabuk tak kira pangkat

Apabila orang Jepun menikmati arak, tiada lagi perbezaan taraf atau pangkat diambil kira. Dan mereka minum dalam kuantiti yang sangat banyak. Seorang profesor tempatan boleh minum dengan pelajarnya, dan kemudian mereka akan menyeretnya ke rumah apabila sudah mabuk. Seorang kerani yang memberi tunduk hormat kepada rakan perniagaannya pada siang hari boleh mabuk di bar karaoke dan muntah pada bajunya. Semua ini adalah perkara biasa.

Apa yang menarik, apabila mereka semua sedar, mereka akan berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Di Jepun, soal kerja dan soal selain darinya langsung tidak dicampur aduk.

Wang/Duit

sampul duit jepun

Orang Jepun mempunyai amalan yang aneh berkaitan dengan wang: atas sebab yang tertentu, mereka malu untuk mempamerkannya di khalayak ramai. Oleh itu, sampul wang yang dihiasi dengan cara tradisional sangat popular di sana. Dan jika anda tidak mempunyai sampul wang tersebut, anda perlu membungkus wang itu di dalam sekeping kertas sebelum memberikannya kepada sesiapa sahaja.

Sudah tentu, anda tidak perlu berbuat demikian di pasar raya, tetapi anda masih perlu mempertimbangkan peraturan ini: anda tidak boleh menyerahkan wang anda terus kepada juruwang, hanya masukkannya di dalam bekas wang tunai. Itu semua demi kepentingan peribadi.

Seni duduk yang sopan

cara duduk orang jepun

Cara duduk dengan melipat kaki di bawah peha dipanggil "seiza", dan orang Jepun hanya duduk di lantai dengan cara ini. Mereka berasa selesa duduk dengan gaya "seiza". Tetapi disebabkan orang Eropah tidak biasa dengan cara ini, kaki mereka menjadi kebas hanya dalam beberapa minit.

Tetapi jika anda seorang pelancong atau seorang yang lebih tua dan duduk dengan kaki anda dilebarkan, ia tidak menjadi masalah, dan tiada sesiapa yang akan menegurnya. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sangat tidak sopan bagi orang Jepun untuk duduk dengan cara sebegitu.

Pemberian hadiah

hadiah jepun

Di Jepun, budaya pemberian hadiah sangat kuat, dan terdapat dua musim pemberian hadiah yang istimewa setiap tahun: o-chugen (musim panas) dan o-seibo (musim sejuk).

Di kebanyakan negara, membuka hadiah yang baru diterima secara serta-merta adalah perkara biasa. Di Jepun, itu adalah tanda sifat tamak dan tidak sabar. Selain itu, bagaimana perasaan pemberi hadiah jika hadiah mereka yang sederhana membuatkan raut wajah penerima seperti agak kecewa atau tidak suka dengan hadiah tersebut? Sudah pasti mereka berasa segan dan malu.

Tunduk

tunduk hormat berlainan makna di jepun

Seni tunduk begitu penting di negara ini dimana kanak-kanak mempelajarinya dari usia muda. Terdapat banyak cara yang berbeza untuk tunduk di Jepun: berdiri, duduk, dan lain-lain. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:

  • Tunduk sapaan("eshaku") 15° untuk orang-orang yang sama taraf atau pangkat.
  • Tunduk hormat("keirei") 30° adalah untuk guru atau bos.
  • Tunduk hormat yang mendalam("saikeirei") 45° harus digunakan jika anda memohon maaf atau melihat Maharaja.
  • Tunduk "merayu untuk hidup" mungkin hanya digunakan pada masa kini jika anda telah melakukan sesuatu yang benar-benar dahsyat.

Sudah tentu, warga asing dijangka tidak akan melakukannya, tetapi orang Jepun akan berasa gembira jika anda kembali tunduk kepada mereka.

Cara ucap selamat jalan

tunduk hormat selamat tinggal cara jepun

Di Jepun, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan dianggap seperti tuhan/dewa dan dilayan dengan cara yang luar biasa. Apabila mereka meninggalkan tempat yang dilawati, seluruh pekerja syarikat berkenaan mengekori mereka hingga ke pintu keluar atau lif dan kekal tunduk sehingga pintu ditutup. Sangat sukar jika hal ini berlaku di pusat perniagaan dengan mereka berkumpul dan menimbulkan kesesakan pada masa yang sama. Di samping itu, ia juga membuatkan pelanggan asing berasa malu. Orang Jepun generasi baru percaya bahawa perkara ini adalah sedikit keterlaluan dan sering mengabaikan tradisi ini. Tidak dapat diramalkan bagaimana pula dengan nasib tradisi Jepun ini di masa hadapan.

Rujukan: japanese-etiquette-that-would-drive-us-crazy




Hakcipta iluminasi.com (2017)