Walaupun stereotaip wujud untuk hampir setiap agama, kaum, negara atau budaya, namun Jepun tersangat malang menjadi antara negara yang paling banyak distereotaip di dunia. 

Apabila terdengar nama "Jepun" pasti pelbagai perkara datang ke minda anda dan tahukah anda, ia sangat tidak disukai oleh rakyat Jepun. iluminasi.com ingin kongsikan 9 stereotaip yang dibenci oleh orang Jepun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Semua orang Jepun makan sushi setiap hari

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 6

Adakah orang Melayu makan nasi lemak dan roti canai hari-hari? Adakah orang cina makan dimsum hari-hari? Adakah orang India makan tose hari-hari? Tidak. Mungkin ada yang makan sushi hari-hari, namun peratusannya sangatlah sedikit.

Dan ya, memang sushi adalah makanan ruji bagi Jepun, namun ia bukanlah satu-satunya makanan ruji di negara ini. Antara makanan lain adalah tempura, gyoza, okonomiyaki dan yakisoba.

Malah, mungkin anda akan terkejut dengan fakta ini, iaitu sesetengah orang Jepun tak sukakan ikan mentah. 

2. Semua gadis Jepun sukakan "Kawaii"

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 2

Kawaii adalah satu budaya comel di Jepun. Walaupun Jepun terkenal dengan benda-benda yang comel, namun tak semua gadis-gadis Jepun suka berhias seperti anak patung dan bercakap dalam nada yang kecil dan tinggi.

Bagi mereka yang mengenali negara ini melalui drama TV dan anime sahaja, pasti akan terkejut apabila sampai ke Jepun dan mengetahui penduduknya adalah seperti negara-negara lain.

3. Semua orang Jepun tersangat sopan setiap masa

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 3

Biasanya, ini yang berlaku di Jepun di mana orang akan senyap ketika berada dalam kereta api, mereka tak buang sampah merata-rata dan rakan-rakan akan tunduk hormat ketika bertemu dan berpisah.

Namun, mereka juga manusia seperti rakyat negara lain dan sebahagian daripada mereka ada yang sopan dan tidak sopan dalam pertemuan kasual. Amat mustahil untuk wujudnya keseluruhan populasi sesebuah negara yang sangat sopan pada setiap masa.

4. Semua orang Jepun sukakan manga, anime dan cosplay

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun

Ini seperti mengganggap semua rakyat Malaysia meminati sukan badminton. Hanya disebabkan kita mempunyai juara dunia seperti Dato Lee Chong Wei, tak semestinya semua rakyat Malaysia meminati sukan ini.

Walaupun Jepun sering dikaitkan dengan perkara-perkara ini, namun tak semua di antara mereka sukakannya. 

5. Jepun masih berdendam terhadap Amerika Syarikat disebabkan oleh Perang Dunia Kedua

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 4

Ini adalah satu persepsi yang sangat jauh menyimpang. Malah, kebanyakan orang Jepun terutamanya golongan belia berkongsi rasa ingin tahu dan penghargaan terhadap dunia Barat.

Dan jika anda menghormati adat dan budaya mereka, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Malah, ramai orang Jepun yang kini boleh bercakap dan fasih dalam berbahasa Inggeris, membuktikan stereotaip ini tidak benar.

6. Jepun adalah negara paling pelik di dunia

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 7

Disebabkan beberapa berita sensasi mengenai negara ini, Jepun telah mendapat reputasi sebagai pusat kepada perkara pelik di dunia. Namun, ia tak semestinya betul. Kebanyakan fesyen dan hobi yang pelik yang anda baca online hanya dihargai dalam kalangan yang sangat kecil di Jepun, dan tidak mewakili keseluruhan penduduk Jepun.

7. Semua pelajar Jepun sangat rajin

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 8

Disebabkan persepsi terhadap pekerja di Jepun yang bekerja lebih masa, kita berasakan mereka adalah tersangat rajin. Dan dengan ini, kita beranggapan bahawa semua pelajar mereka juga adalah rajin. Namun, jika anda belajar di Jepun, atau lebih baik, mengajar di Jepun, pasti pandangan anda terhadap perkara ini akan berubah.

8. Jepun adalah syurga teknologi tinggi

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 9

Ini mungkin benar ketika tahun 70 dan 80an, namun jangan biarkan lampu-lampu terang di Shibuya Crossing memperbodohkan anda. Ketika ini Jepun jauh ketinggalan berbanding jiran-jirannya iaitu China dan Korea Selatan.

Diplomat dan pekerja asing di Japan tidak percaya apabila mengetahui pejabat-pejabat di Jepun masih menggunakan mesin faks.

9. Orang Jepun tidak pandai dalam sukan selain gusti sumo

9 stereotaip yang dibenci oleh orang jepun 10

Besbol adalah antara sukan paling popular di Jepun, termasuklah bola sepak, tenis, renang, bola keranjang, acara balapan dan banyak lagi. Hanya disebabkan ia berasal dari Jepun, tak ada sebab untuk anda membuat andaian bahawa orang Jepun hanya hebat dalam gusti sumo dan karate sahaja.

Rujukan:

1. Culture Trip

2. Japan Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)