Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Mei lalu menjadi titik hitam dalam sejarah kehidupan penyanyi Elizabeth Tan apabila mengalami kemurungan yang teruk selepas ditinggalkan kekasih. Pelbagai dugaan bertimpa-timpa datang sehingga ke satu masa, Elizabeth nyaris membunuh diri. 

elizabeth tan nyaris bunuh diri kerana tekanan jiwa 2

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan

Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya. Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama. Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup. Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya. Saya minta maaf kerana menangis kerana sedikit emosi ketika ini.

Sumber: Astro Gempak

Difahamkan, hubungan Elizabeth bersama teman lelakinya yang merupakan seorang ahli perniagaan hanya bertahan selama enam bulan disebabkan gangguan orang ketiga.

Bagaimanapun hasil bantuan ibunya dan perjumpaan dengan doktor pakar, penyanyi itu kian beransur pulih.

elizabeth tan nyaris bunuh diri kerana tekanan jiwa 3

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan

Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar. Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, Ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu. Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia. Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar.

Sumber: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)