Apabila memperkatakan mengenai Hutan Amazon, kita pastinya terbayangkan hutan belantara yang dipenuhi dengan binatang-binatang buas. Diisytihar antara hutan tertua di dunia, hutan terletak di kawasan Amerika Selatan yang meliputi 9 buah negara berlainan.

Selain itu, terdapat sebuah sungai yang melintasi kawasan hutan belantara ini yang diberi nama Sungai Amazon. Dengan panjang sekitar 6400 km, sungai ini adalah sungai kedua terpanjang di dunia selepas Sungai Nil. Namun ada juga kajian-kajian terbaru yang menunjukkan Sungai Amazon sebenarnya lebih panjang daripada Sungai Nil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kewujudan pelbagai binatang buas di hutan di sungai Amazon itu sendiri sentiasa menjadikan sebagai kawasan ini penuh misteri. Tiada siapapun yang mengimpikan untuk bersiar-siar di kawasan ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa etnik orang asli yang menjadikan kawasan hutan tebal ini sebagai tempat tinggal mereka sejak bergenerasi lamanya.

Idea gila daripada seorang kawan

ed stafford 368

Namun, pada tahun 2010 seorang lelaki daripada Britain bernama Ed Stafford telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh manusia sebelumnya. Dengan berjalan kaki, beliau telah mencabar dirinya untuk berjalan kaki di sepanjang sungai Amazon dari hujung ke hujung.

Ed Stafford yang pada ketika itu berusia 34 tahun telah menamatkan perjalanan tersebut selama 860 hari iaitu bersamaan 2 tahun 4 bulan dan 8 hari lamanya. Kisah perjalanannya ini turut dicatatkan dalam sebuah dokumentari bertajuk Walking the Amazon yang disiarkan pada tahun 2011.

Ed Stafforddahulunya berkhidma dalam pasukan tentera Britain. Setelah menamatkan khidmatnya dalam pasukan tentera Britain, beliau berasa bosan kerana terpaksa menjalani kehidupan hariannya dengan bekerja di pejabat.

Idea untuk berjalan kaki di sepanjang Sungai Amazon ini lahir dari rakan sekerjanya. Satu hari ketika bertanyakan kepada rakannya mengenai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bagi mengatasi kebosanannya, secara spontan rakannya itu mengatakan tiada manusia pun yang pernah berjalan kaki di sepanjang sungai Amazon.

Pernah berkhidmat sebagai seorang tentera, beliau menganggap kata-kata tersebut sebagai satu cabaran buat dirinya. Dengan segala perancangan rapi, beliau memulakan ekspedisi ini yang telah menelan belanja sekitar AS$100,000 dan sumbangan daripada beberapa buah syarikat penaja.

Pernah ditangkap oleh orang asli di Amazon

ekspedisi sungai amazon 511

Pada awalnya, beliau turut ditemani oleh seorang rakannya yang bernama Luke Collyer. Mereka memulakan perjalanan pada tarikh 2 April 2008 dan beliau pada mulanya menganggarkan dapat menamatkan perjalanan tersebut dalam tempoh 1 tahun. Ternyata tanggapannya meleset sama sekali.

Sepanjang perjalannya di tebing sungai Amazon, beliau telah melalui beberapa kawasan perkampungan orang asli. Pernah 1 kali mereka telah ditangkap dan dikurung selama 2 hari kerana masyarakat orang asli tersebut menyangka mereka berdua ini menceroboh dan ingin membunuh penduduk kampung.

Sepanjang perjalanan di sepanjang Sungai Amazon ini, Ed Stafford dan rakannya terpaksa memakan ikan piranha dan tumbuh-tumbuhan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Rakan tarik diri

sanchez rivera 293

Pelbagai kesukaran dan cabaran yang dialami menyebabkan rakan seperjuangannya itu mengaku kalah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ekspedisi gila itu. Ed Stafford hanya ditemani oleh rakannya itu selama 3 bulan sebelum terpaksa membawa haluan seorang diri.

Nasibnya agak baik apabila bertemu dengan seorang pekerja jabatan perhutanan Peru yang bersetuju untuk menemaninya. Sanchez Rivera yang ketika itu berusia 31 tahun telah bersamanya sebagai penunjuk arah dan berjaya membantunya sehingga ke hujung perjalanannya.

Ternyata perjalannya selama 2 tahun lebih tidak mudah. Ada kalanya beliau terpaksa berenang di tepian sungai dan menggunakan parang untuk menebas hutang bagi membuka laluan. Segalanya terpaksa dilakukan sambil berhati-hati kerana kewujudan haiwan pemangsa buas seperti buaya, ular anaconda dan piranha.

Selain itu, beliau juga terpaksa menghadapi pelbagai ancaman lain seperti penyakit dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Sikap curiga orang asli di Amazon juga menyukarkan perjalannya. Akibat sering dilayan dengan kekerasan oleh penguasa tempatan, masyarakat pribumi disana sana sangat skeptikal dengan orang luar yang datang ke kawasan mereka.

Menanam semangat cintakan alam sekitar

buku walking the amazon

Ed Stafford memulakan ekspedisi ini dengan niat untuk mencabar diri sendiri semata-mata. Namun, setelah menghabiskan lebih 2 tahun di hutan Amazon ini, minat dan kecintaannya terhadap alam sekitar semakin menebal. 

Sepanjang perjalanannya, beliau telah menyaksikan sendiri kerakusan manusia melakukan aktiviti pembalakan di sungai ini. Sedar akan kepentingan hutan ini kepada manusia, beliau berazaman untuk mempromosi dan memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya memelihara hutan ini dan ekosistem yang ada disini.

kisah ed stafford yang berjalan kaki di amazon

Setelah menghabiskan ekspedisi ini, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai pengacara di saluran Discovery Channel. Pihak Guiness World Record turut mengiktiraf  Ed Stafford sebagai manusia pertama yang berjalan kaki di sepanjang Sungai Amazon.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Guardian
  3. Guinness World Record



Hakcipta iluminasi.com (2017)