Sumber foto: INFphoto.com
Penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran melalui akaun Instagram miliknya memberitahu beliau telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Cherry Seaborn awal pagi hari ini.
Penyanyi yang pernah mendapat pengiktirafan Anugerah Grammy itu memuat naik fotonya bersama Seaborn sambil mengumumkan mereka berdua telah mengikat tali pertunangan sebelum tahun baru.
Menurutnya lagi, mereka amat teruja dan tidak mempunyai masalah sepanjang menjalani tempoh percintaan.
Tahun lepas, Sheeran mendedahkan bahawa Seaborn menjadi sumber inspirasinya dalam mencipta lagu "Perfect", yang sekarang berada di kedudukan nombor satu menerusi carta "Billboard Hot 100".
Untuk info, Sheeran dan Seaboran adalah rakan baik sewaktu zaman persekolahan di Suffolk, England. Mereka kemudiannya berkomunikasi semula sejak beberapa tahun lepas.
Sumber berita: AP & Utusan Online