Oleh pada 15 Mar 2021 kategori

 

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Ketua juri Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan punca sebenar lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Noki, dan Loca B ditabalkan sebagai juara AJL musim ini.

Menurut Mokhzani, karya yang disifatkan cukup kuat itu mempunyai kelebihan markah daripada sudut kandungan mesej yang disampaikan, selain melodi segar yang memenuhi kriteria 'pembaharuan karya' yang dicari-cari oleh juri saban tahun.

juara ajl 125

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

"Setiap tahun, kami mencari pembaharuan dalam lagu bertanding tapi 'baharu' yang berkualiti. Gila mengangkat genre rap dan etnik dengan ciptaan teknikal serta elemen komersial yang diterima ramai.

"Lirik dan intipatinya merangkumkan keadaan terkini mengenai pandemik yang kita hadapi. Percaturan meletakkan tiga penyanyinya juga berjaya mencipta keserasian padu sekaligus melonjakkan lagu itu," katanya memetik laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, Mokhzani reda sekiranya ada netizen yang tidak berpuas hati dengan penilaian yang dibuat, lantas menegaskan ia adalah keputusan yang muktamad.

Baca: Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila, Pemenang AJL 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang

Baca: Senarai Kesemua Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 1986 - 2020

Baca: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021

Baca: Senarai Penuh Finalis Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020)

Baca: Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020)

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) 2020

   

ajl 2021 999

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

"Kita perlu ada keberanian untuk cari perubahan dalam hal ini. Tak kisahlah keputusan kami dilabel 'gila', namun ia adalah pilihan terbaik," katanya.

Sementara itu, Ezra selaku pemegang trofi menganggap ketiga-tiga penyanyi yang merakamkan lagu yang diinspirasikan daripada kisah benar itu adalah pilihan yang tepat.

"Idea menulis lagu itu saya dapat sewaktu mendapat mesej daripada seorang individu di Instagram. Individu itu berdepan dugaan untuk merantau di mana, dia takut dengan situasi 'gila' di bandar.

"Ditambah pula dengan lirik rap tulisan Noki dan Loca B yang hebat serta bergabung dengan Kaka, itulah magis sebenar lagu ini," ulasnya.

Lagu Gila dendangan Noki, Loca B, dan Kaka Azraff mengetepikan 11 lagu yang turut sama bersaing.

Manakala Aina Abdul yang mempertaruhkan Semalam ciptaan dan dendangannya, diangkat sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, Belenggu Rindu oleh Wany Hasrita dan Dato' Jamal Abdillah (ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini).

Antara lain, acara muzik berprestij yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu mengiktiraf Ernie Zakri (Gundah) sebagai Vokal Terbaik dan Zizi Kirana (EH) dalam kategori Persembahan Terbaik.

Lain-lain yang bertanding adalah Hutang dendangan kumpulan Floor 88, Hati (Hael Husaini), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), 7 Nasihat (Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir), Peluang Kedua (Nabila Razali), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

   

juara lagu 2021 942

ajl nabila

juara lagu 35 893

anugerah juara lagu 39

pemenang ajl 631

keputusan ajl

ajl 476

juara lagu 797

juara anugerah juara lagu

keputusan ajl 35

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Kredit video: [FULL] Anugerah Juara Lagu 35 | #AJL35​

    

Sumber: 'Kemenangan lagu Gila, pilihan terbaik panel juri!'




Hakcipta iluminasi.com (2017)