"Sis, awak dah baca pasal fatwa Mufti Pulau Pinang yang mengatakan GST itu haram?"
"Sudah. Kenapa?"
"Apa pandangan awak?"
"Bagus pandangan dia tu. Perspektif yang sangat berlawanan berbanding pandangan Mufti Kelantan."
"Jadi, sepatutnya dimansuh, kan?"
"Pada saya, tak akan dimansuhkan. Penambah baikan tu mungkin kerajaan akan lakukan."
"Tetapi pandangan Mufti itu mengharamkan."
BESARKAN TEKS A- A+
"Saya faham pandangan dia tu, tapi tak boleh kita tolak pandangan Mufti-Mufti lain yang mengatakan hukum GST harus."
"Bukan menurut Islam sendiri, kerajaan tak boleh cukaikan orang ramai selagi tidak ada keperluan. Kita masih ada zakat yang perlu kita bayar lagi."
"Seperti kata Mufti Kelantan, duit zakat hanya boleh digunakan untuk kegunaan asnaf. Kerajaan hendak dapat duit siapa pula hendak buat jalan raya?"
"Kita boleh ubah sistem cukai, cukaikan orang korporat sahaja. Cukaikan orang berada sahaja. Sepatutnya kita kena tekankan kepada pembayaran zakat sahaja bagi orang Islam."
"Maksud awak, orang Islam hanya diwajibkan bayar zakat, orang bukan Islam pula dicukaikan untuk bangunkan negara??"
"Eh, tak adil pula bunyinya, kan? Awak ada baca tak, cukai ni sebenarnya boleh atau tidak ke atas orang Islam?"
"Saya takut nak beri pandangan tapi banyak pendapat kata dibenarkan."
"Jadi mengapa timbul pula hukum haram berkenaan GST ini?"
"Bacalah Tuan Mufti Pulau Pinang punya penerangan untuk faham kenapa dia berpendapat demikian. Kebanyakan Mufti yang kata harus GST ini, hujahnya berpegang kepada asas sistem GST tu sendiri sebenarnya baik jika dilaksanakan dengan betul dan cukai kutipan GST diagihkan semula kepada orang ramai dengan jujur."
"Hujah Mufti Pulau Pinang pula apa tafsiran sis?"
"Pada pandangan dia, GST ni sistem yang mencukaikan semua orang termasuklah yang fakir miskin dan kurang berkemampuan. Itulah isu sebenarnya ketika ini yang boleh menjadikan GST itu hukumnya haram dikutip."
"Kalau cukai tu dari segi syariah tak wujud, patutnya kita hapuskan, gantikan dengan zakat, tak begitu?"
"Jika begitu, kita perlu lihat balik kepada isu tadi, kalau orang bukan Islam persoalkan apa yang orang Islam sumbang untuk bangunkan negara, bagaimana? Segala kemudahan ditanggung oleh orang bukan Islam sementara orang Islam hanya dikenakan zakat untuk membantu fakir dan asnaf. Jika saya bukan Islam, saya sendiri rasa itu tidak adil."
"Maknanya kita perlu perhalusi GST supaya sistemnya hanya akan dikenakan kepada orang yang mampu."
"Itulah yang sedang dilakukan melalui pemberian BR1M. BR1M ini diberikan supaya boleh menampung semula cukai yang sudah dibayar oleh golongan berkemampuan. Lagipun, kebiasaannya jumlah BR1M yang diterima melebihi jumlah bayaran GST yang sudah dikeluarkan untuk golongan sasar. Awak tau tak statistik individu wajib bayar cukai pendapatan negara kita berapa peratus?"
"Tidak. Berapa peratus?"
"27% daripada kesemua jumlah pekerja di Malaysia sahaja yang perlu membayar cukai pendapatan. Angkanya, 1.7 juta orang daripada 30 juta orang."
"Rendahnya."
"Jadi jika GST dihapuskan, dari sumber mana kerajaan boleh jana pendapatan? Orang makin ramai. Usia kita makin panjang kerana perubatan makin bagus. Kualiti hidup pula lebih baik. Kos klinik kerajaan kita masih lagi RM2 walaupun harga ubat sebenarnya meningkat banyak."
"Pada saya kesihatan itu penting. Bagus. Sebagai ganti GST, kan Kerajaan jual minyak negara kita. Takkanlah hasil jualan itu tak cukup nak tampung perbelanjaan negara? Lagipun seperti kata pihak pembangkang, jika dapat dibuang ketirisan yang berlaku, tak perlu pun GST ni semua."
"Kalau begitu, kita ni tak perlu sumbang apa-apa? Tak perlu bayar cukai, hidup macam biasa sambil berharap semua fasiliti tersedia. Kita nak ada polis jaga kita, nak askar ada, bomba ada, sekolah ada. Daripada siapa nak datangnya peruntukan nak tampung kos operasi semuanya?"
"Kerajaan kita kan sebenarnya banyak duit. Mereka di atas kaya belaka."
"Betul, tapi tak elok kita menyimpan syak wasangka."
"Kerajaan perlu memastikan rakyat hidup selesa kerana diorang dah diberi mandat untuk memastikan kebajikan orang terjaga. Kita perlu sebuah kerajaan yang akan buat apa saja untuk lindungi kepentingan masyarakat mereka. Macam..."
"Macam negara mana?"
"Seperti negara-negara Eropah. Mereka boleh berikan bermacam fasiliti dan kemudahan untuk rakyat mereka, kenapa kita tak boleh sama?"
"Tak adil jika kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang mereka ada. Mereka dah melalui proses yang sedang kita lalui. Kita tak boleh harap semuanya ada sekelip mata."
"Jadi, berbalik kepada perbincangan awal kita tadi, GST perlu diharamkan kerana mencukai orang susah, setuju?"
"Tidak. Sistem lama yang kita guna iaitu SST juga sebenarnya mencukai orang susah, cuma cukainya tidak kelihatan seperti sistem GST. Jadi, pada saya sistem GST lebih bersifat transparensi cuma seperti kata Mufti Pulau Pinang, perlu dicari jalan yang lebih baik untuk membantu golongan susah daripada dikenakan cukai."
"BR1M kan ada seperti awak kata."
"Iya, cuma sistem BR1M itu nampak seperti hanya mampu bersifat sementara. Takkanlah tiap-tiap tahun kerajaan kena bagi tunai selamanya."
Rujukan