Oleh pada 10 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @kasisengatbiz

Tindakan aktor dan pengarah Datuk Farid Kamil menekan tanda suka pada foto dan video di laman Instagram Sofi Jikan menimbulkan tanda tanya ramai.

Apatah lagi, tanda suka itu ditujukan kepada kiriman yang memperlihatkan Sofi dikenakan perintah reman sewaktu berada di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 7 Februari lalu.

Entri itu antara lain memuatkan kapsyen adik Sofi iaitu Shaiful Jikan yang berbunyi:

"Di mana ada usaha di situ ada jalan, pada saat ini baru wa tau siapa kawan siapa lawan."

Tanda pagar #kasisengat #mahkamah #mahkamahpetalingjaya mengakhiri kapsyen sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Farid.

adik sofi jikan sindir farid kamil 2

Kredit foto: Instagram @kasisengatbiz

Dalam pada itu, netizen mempertikaikan punca Farid membuat laporan polis terhadap Sofi.

"Aku tak fahamlah. Masa Datuk tu ditahan, Sofi Jikan siap datang mahkamah untuk beri sokongan. Siap datang berkot walaupun cuaca panas. Beri sokongan pada Datuk tu. Sekarang ni, Sofi pula kena dengan Datuk tu. Gila!

"Dia siap boleh like lagi. 

"Yang peliknya, yang suka petik-petik nama tu like status ni," tulis beberapa netizen menerusi ruangan komen.

Sehingga kini, Farid masih belum tampil dengan sebarang penjelasan berkenaan tindakannya mengheret nama sahabat baiknya itu.

Sebelum ini, Sofi menjadi antara rakan selebriti yang menyokong kuat Farid ketika aktor itu direman pada 16 Januari lalu.

Malah Sofi juga membela pelakon 7 Perhentian itu menerusi kenyataan terbuka kepada pihak media.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)