Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza nekad untuk menyanyikan lagu 'Hang Pi Mana’ dendangan asal kumpulan Khalifah sekiranya Pahang gagal membawa pulang Piala FA pada tahun ini.

'Ikrar' tersebut dilafazkan Siti ketika memenuhi undangan di konti Era FM bersama penyampai radio Dina dan Mamak.

Asalnya kehadiran Siri adalah untuk mempromosikan album terbarunya ‘SimetriSiti’, namun peminat dikejutkan dengan pengumuman perjanjian itu.

Malah, momen tersebut turut dirakamkan Siti menerusi telefon bimbit dan kemudiannya dimuat naik oleh seorang peminat beliau menerusi laman Youtube.

Dalam video tersebut Siti mendedahkan ramalannya tentang pasukan Tok Gajah yang akan menang 2-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun Siti memberitahu dia tidak dapat 'turun stadium' dan hanya akan mengikuti perlawanan tersebut daripada kaca televisyen rumah.

Tahun 2014 menjadi tahun terakhir skuad kendalian Dollah Salleh bergelar juara Piala FA dalam perlawanan menentang Felda United menerusi jaringan 2-1. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)