Gambar di atas adalah gambar kumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menghasilkan logo Universiti mereka menggunakan 19,300 biji donut. Kami tidak tahu apa berlaku pada donut-donut yang digunakan, selepas rekod telah dicatatkan.
Kami harap tidak berlaku pembaziran makanan selepas itu.
Hari Makanan Sedunia disambut setiap 16 Oktober setiap tahun dan di Malaysia, kita juga menyambutnya pada tarikh tersebut secara kecil-kecilan. Tarikh ini dipilih bersempena penubuhan Organisasi Makanan dan Pertanian dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 16 Oktober 1945.
BESARKAN TEKS
A-A+
Berikut adalah beberapa fakta dan trivia berkaitan Malaysia dan makanan yang dapat kami kongsikan, sempena Hari Makanan Sedunia ini.
1. Orang Malaysia membazirkan 15 ribu tan (15,000,000 kg) makanan sehari dengan 3 ribu tan (3,000,000 kg) daripadanya, sebenarnya masih boleh dimakan.
2. Secara purata, 28.5% nasi yang dihasilkan daripada padi dibuang dan 20-50% buah yang dipetik tidak dimakan.
3. Setiap isi rumah di Malaysia secara purata membelanjakan RM900 untuk makanan setiap bulan dengan RM225 dibuang sebegitu saja. Ini bermakna, dalam setahun, setiap keluarga membuang RM2700 dalam bentuk makanan.
4. Di salah sebuah negeri paling terkenal dengan makanan iaitu Pulau Pinang, sebanyak 700,000kg makanan dibuang setiap hari bersamaan dengan berat 4 buah kapal terbang model Boeing 747.
5. Di Malaysia, terdapat 170 lokasi pengumpulan sampah di seluruh negara. Hanya 14 daripadanya mempunyai kelayakan 'tapak pelupusan sampah sanitari' yang memerlukan tapak pelupusan sampah mengasingkan bahan-bahan berbahaya daripada longgokan sampah terlebih dahulu.
6. Jumlah makanan yang dibuang meningkat ketika tibanya musim perayaan, tidak kiralah Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali ataupun sambutan-sambutan lain.
7. Salah satu statistik yang cukup menakutkan, sebenarnya pada tahun 2009 negara kita hanya mencatatkan pembuangan makanan sebanyak 450 tan sehari dan 930 tan pada 2011 yang kemudiannya meningkat 15 kali ganda pada 2016.
8. Setiap seorang individu di negara kita membuang secara purata 0.5-0.8kg bahan makanan dan ini dijangka meningkat berikutan perkembangan perubahan tahap hidup negara kita.