Kredit foto: Instagram @aliffaziz91 & Instagram @bellaastillah
Lagi kontroversi curang membabitkan penyanyi Aliff Aziz, kali ini gambar 'panas' miripnya dengan seorang gadis dikenali sebagai Nismell pula menjadi tular di media sosial.
Tidak berdiam diri, Aliff yang sebelum ini memilih untuk enggan memberikan sebarang ulasan di Instagram, akhirnya tampil meluahkan kenyataan pendek kepada wartawan portal Utusan Online.
Penyanyi kelahiran Singapura itu menerusi aplikasi Whatsapp berkata, apa yang dilalui kini dianggapnya sebagai fasa paling getir sepanjang 28 tahun kehidupannya.
Kredit foto: Instagram @aliffaziz91
“Aliff minta jasa baik ya. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.
“Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi insya-Allah,” dedahnya.
Namun, beliau enggan bercerita lanjut memandangkan dakwanya, baru sahaja selesai menjalani sebuah pembedahan.
“Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang,” katanya ringkas.
Sebagaimana dilaporkan Utusan Online, seorang sumber memberitahu, penyanyi Sayang Sayang itu kini sedang berada di sebuah hotel di ibu negara sebagai lokasi ‘persembunyian’ untuk 10 malam berturut-turut sejak 13 Mei lalu.
Info Aliff Aziz
- Pemilik nama penuh Mohamad Aliff bin Aziz ini merupakan penyanyi kelahiran Singapura pada 16 Februari 1991.
- Selain penyanyi, beliau turut bergelar pelakon dan model.
- Anak sulung daripada tiga beradik ini berasal daripada keluarga berbangsa Melayu, namun mempunyai darah campuran Arab.
- Mendaki tangga populariti selepas memegang takhta juara program realiti, Anugerah pada usia 16 tahun
- Antara lagu-lagu popularnya seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarku, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.
Sumber:
1. Utusan
2. Wikipedia
3. Mstar