Kredit foto: Instagram.com/serinaredzuawan
Baru-baru ini, pelakon Serina Redzuawan (35 tahun), menerusi Instagram miliknya memuatnaik gambar bersama dua orang anaknya, berserta kapsyen luahan penuh sayu.
Secara ringkasnya, Serina mendakwa bekas suaminya, Gavin Edward O'Luanaigh (41 tahun) menyeksa emosi beliau dengan hanya mengizinkannya bertemu dua anak hasil perkahwinan mereka itu pada hari minggu.
Menerusi pendedahan itu lagi, Serina memberitahu Gavin mula perlahan-lahan mengasingkan dirinya dengan anak-anak, walhal mereka berdua bersetuju ingin menjaga dua anak mereka itu dengan cara tersendiri.
Assalamualaikum. Hari ni Serina akan bagi tau apa yg berlaku sebenarnya yg selama ini i pendam & tanggung kesedihan. Mungkin ramai yg dah baca Statement yg My Father keluarkan di IG Dia. Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan Anak Anak Serina. Memang sekarang I melalui Dugaan yg perit Bekas suami cuba membuli dan menyiksa emosi i sebagai Ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak anak. Dulu i boleh jumpa anak anak Hari Hari now dia hanya benarkan jumpa Hujung minggu itupun skejap sahaja. Pelbagai alasan dia kasi..dia busy kan anak anak dengan aktiviti sampai i tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yg dia buat! I bersabar selama ni. Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap Khalwat anak anak di rumah ketika tu.Ini dah malampau. I Risaukan akidah anak anak terjejas, Doakan Serina akan amik semula hak jagaan anak anak.
Dulu kami buat persetujuan bersama Jaga Anak anak tinggal dengan bekas suami utk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian. Setiap kali balik sekolah i boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah,kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah. But Now Dia tak benarkan i naik atas rumah dan amik anak sekolah lagi.
Semua perjanjian bersama syarat & perjanjian di rekodkan di mahkamah Tapi Dia dah langgar perintah Mahkamah & Ubah undang sesuka hati halang i jumpa anak anak. Sekarang biarlah mahkamah yg tentukan segalanya. I hanya nak pembelaan Sebagai seorang Ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang Ayah & Anak Anak. Serina mohon DOAKAN SERINA & KELUARGA. Buat masa ni I perlukan sokongan dari Semua.
Selepas 7 tahun bergelar suami isteri, Serina dan Gavin (Salahudin Ghafar), bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef (8 tahun) dan Isabella Saffiya (6 tahun).
Namun, Serina memberikan hak jagaan sementara kedua-dua anaknya itu kepada Gavin.
Sumber:
1. Myartis.com