Kredit foto: Instagram Serina Redzuawan
Meskipun diasak dengan pelbagai dakwaan tentang berita keruntuhan rumah tangganya, pelakon Serina Redzuawan masih bertindak mengunci mulut daripada membuat sebarang kenyataan.
Bagaimanapun menerusi sebuah kiriman terbaru di Instagram, beliau mendedahkan terpaksa tampil memberi respon kerana ingin berkongsi perasaannya yang bergelut dengan isu tersebut.
Kredit foto: Twitter Serina Redzuawan
Banyak sangat berita keluar mengenai rumah tangga saya kebelakangan ini. Saya sebenarnya tak berminat nak sensasikan rumah tangga kami. Sebab itu saya hanya berdiam diri. Tidak ada insan yang mendirikan masjid ingin merobohkannya dan saya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga ini, malangnya banyak perkara yang terlalu sensitif dan tak boleh diceritakan menjadi punca saya memfailkan perceraian. Apa yang anda semua baca, menerusi Instagram papa saya dan apa yang Gavin jawab, realitinya hanya Serina yang tahu dan menanggungnya. Papa juga mempunyai hak untuk bersuara kerana dia merupakan ayah saya dan saya berharap agar perkara ini tidak dibesarkan lagi kerana masih dalam proses mahkamah.
Sumber: Astro Gempak & Instagram Serina Redzuawan
Menurut Serina lagi, isu itu turut membuatkan dirinya bimbang akan kesan yang bakal dihadapi oleh anak-anaknya bila mereka cukup dewasa untuk mengerti situasi sebenar yang berlaku.
Memang saya sangat sedih. Apabila saya menjemput anak-anak balik dari sekolah, saya mesti menangis. Mereka sentiasa senyum dan masih kecil untuk mengetahui apa yang berlaku. Saya tak mahu mereka menjadi trauma apabila membaca macam-macam komen negatif. Doakan semuanya selesai dengan baik.
Sumber: Astro Gempak & Instagram Serina Redzuawan
Serina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Gavin Edward atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Kredit foto: suria.my