Dikenali sebagai 'chikan' (痴 漢) dalam bahasa Jepun, istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan lelaki yang memanfaatkan keadaan yang sesak di sistem transit awam untuk meraba orang.
Pelaku atau peraba biasanya mengambil kesempatan terhadap persekitaran mereka, mengetahui bahawa ketakutan yang dialami mangsa yang akan menyebabkan kekecohan dan keadaan dalam pengangkutan awam yang sentiasa sesak membuatkan mangsa sukar untuk menjerit atau melaporkan insiden tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
Sempena pergerakan #metoo yang mendapat tarikan di Jepun, sebanyak 7 wanita berkongsi kisah mereka berhadapan dengan serangan dan gangguan dalam kereta api Jepun / bas awam Jepun.
Mereka berkongsi kisah-kisah mereka dengan harapan ia akan membantu menghapuskan stigma terhadap isu tersebut dan membawanya ke pengetahuan umum.
Pada April 2018, satu video seorang lelaki asing yang meraba wanita dalam sebuah kereta api Tokyo (Tokyo train) dikongsi alam pelbagai komuniti dan jaringan atas talian di Jepun.
Hal ini telah mencetuskan kemarahan dan membuatkan orang ramai terkejut.
Walaupun respon marah dan perbincangan terbuka merupakan tanda positif sikap awam terhadap serangan seksual, pada hakikatnya, ini adalah satu kejadian yang masih terlalu umum.
Dalam psikologi klinikal, keinginan ini dikenali sebagai "frotteurism". Walaupun wanita dalam kereta api di Jepun adalah sasaran utama bagi chikan, namun pemangsa seksual ini boleh mengambil kesempatan terhadap sesama jantina dalam situasi yang lain juga.
Antara salah satu contoh situasi seperti ini adalah di tempat letak basikal, di mana pelaku akan menunggu sehingga seorang wanita atau lelaki untuk tunduk (seperti rukuk), membuka kunci basikal mereka dan kemudian meraba mangsa dari belakang.
Lebih teruk, chikan sering dipaparkan dalam pornografi Jepun di mana adegan-adegan pelaku meraba dan merogol mangsa berlaku dalam kereta api. Ini secara tidak langsung memberikan fantasi kepada pelaku untuk meniru aksi tersebut dalam dunia nyata.
Sebagai sebahagian daripada usaha memerangi chikan, beberapa syarikat kereta api telah menetapkan gerabak khas kereta api untuk penumpang wanita sahaja, sama seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur.
Selama bertahun-tahun, Jepun terus mencuba untuk memerangi jenayah ini. Beberapa penyelesaian termasuk pengenalan gerabak kereta api wanita sahaja dan menggalakkan penumpang untuk bersuara jika mereka menyaksikan serangan berlaku.
Pada tahun 2010, laluan kereta api Saikyo, sebuah laluan yang sangat terkenal dengan kes meraba meraba-raba telah memasang kamera untuk cuba menghalang serangan di masa depan.
Baru-baru ini, beberapa inisiatif anti-chikan telah dilaksanakan, termasuk pelekat penjenayah siber yang dicipta oleh jabatan Polis Wilayah Saitama dan lencana amaran yang popular, yang dicipta oleh pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun.
Namun, kerja-kerja pembasmian chikan masih sedang berjalan. Seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Polis Metropolitan baru-baru ini, sebanyak 1,750 kes raba atau cabul dilaporkan pada tahun 2017.
30% daripadanya berlaku pada waktu puncak iaitu pada pukul 7 pagi dan 9 pagi. Laporan itu juga menyatakan bahawa 51.3% daripada semua kes chikan berlaku dalam kereta api, manakala 20% lagi berlaku di stesen kereta api.
Memandangkan tingkah laku yang membahayakan ini dan kesukaran dalam mendakwa kes seperti ini, kemungkinan statistik sebenar adalah jauh lebih tinggi.
Laman sesawang Savvy Tokyo menemuramah 5 wanita Jepun dan asing, yang mana sangat berhasrat untuk menceritakan kisah mereka dengan harapan ia akan membantu mendapatkan solidariti daripada pengalaman mereka.
Ini kisah dan pengalaman diserang chikan.
1. Megumi - 25 tahun (warga Jepun/Amerika)
Ia berlaku kepada saya sebanyak 2 kali. Ketika saya di gred 9, 5 orang budak lelaki dalam kereta api tersebut mula mengambil gambar lali saya dan cuba untuk melihat dalam kain saya, serta ketawa.
Pertama kali ia berlaku, saya sangat kecewa dan berasa seperti tiada harapan. Saya dikelilingi orang dewasa tapi saya tertanya-tanya kenapa tiada seorang pun yang membantu.
Kali kedua, saya berada di sekolah menengah. Ketika itu, seorang senior sekolah menengah yang berdiri di sebelah saya menyentuh punggung saya. Saya tergamam ketakutan. Cara dia menyentuh saya sangat kasual.
Saya keluar 8 hentian lebih awal kerana tidak tahan lagi dengan situasi itu.
2. Ako - 25 tahun (warga Jepun)
Ketika saya di sekolah menengah rendah, saya mengambil masa 1 jam dalam kereta api yang sesak untuk ke sekolah. Chikan berlaku kepada saya hampir setiap hari.
Terdapat insiden yang "halus" seperti terperangkap di sebelah orang yang sedang membaca buku, memegang buku di paras yang sama dengan buah dada saya. Apabila kereta api bergegar, tangan yang memegang buku tersebut menyentuk buah dada saya.
Pada mulanya, saya fikir ia tidak disengajakan tetapi apabila saya mengalihkan badan saya, tangan tersebut mengikuti saya. Apabila saya menyedari ia adalah chikan, saya akan keluar dari kereta api dan menunggu kereta api yang lain. Dengan itu, saya lewat ke sekolah.
Saya tak pernah rasa saya boleh melawannya, sentiasa berasa "kosong" selepas insiden itu dan cuba untuk tidak berfikir tentangnya.
Mengingat kembali insiden-insiden itu, saya rasa ia telah memberikan kesan kepada saya dari segi emosi dan dalam perhubungan. Saya tak ada pengetahuan langsung tentang lelaki ketika itu, jadi saya rasa itu adalah apa yang lelaki mahukan dan ia sesuatu yang normal.
Apabila saya semakin berusia, saya sedar bahawa ia adalah perkara yang salah, tetapi ketika saya berusia 15 tahun, saya mempunyai tanggapan yang salah tentang bagaimana seorang gadis perlu dilayan.
3. Jo - 37 tahun (warga Australian)
Saya adalah warga Australia yang telah tinggal di Jepun selama hampir 13 tahun.
Ketika itu saya tinggal di Osaka dan bekerja dalam pentadbiran untuk syarikat pengambilan pekerja. Saya harus menaiki kereta api bawah tanah dan tidak pernah kisah dengan kewujudan gerabak khas untuk wanita.
Saya lebih tinggi daripada rakan-rakan Jepun saya, jadi saya tidak pernah berasa terancam. Pada suatu hari, saya sedang mendengar lagu menggunakan iPod dan kereta api pada ketika itu agak sesak tetapi tidaklah padat.
Saya memakai skirt dan berada di barisan kedua daripada pintu. Saya sangat rapat sehinggakan dapat melihat wajah saya di cermin tingkap.
Saya berasa sesuatu menyentuh belakang peha saya dan beranggapan bahawa ia adalah beg atau tidak disengajakan. Kemudian sentuhan itu semakin ke dalampeha saya dan kemudiannya ke bahagian atas, dan ke bahagian luar corong seluar dalam saya.
Saya tergamam dan berasa seperti hendak pengsan serta muntah dalam masa yang sama.
Saya dapat melihat pantulan wajah lelaki itu di cermin tingkap, dan dia merenung pada pantulan wajah saya di cermin tanpa sebarang ekspersi. Ia benar-benar kelihatan seperti filem seram.
Saya mengalihkan keseluruhan badan saya sebelum tangannya sempat meraba bahagian lain dan mula terifkir, "Ok, apa yang saya harus lakukan seterusnya".
Kemudian kereta api berhenti dan saya keluar di stesen tersebut. Hari ini saya berasa sangat marah kerana tiada seorang pun termasuk majikan saya yang mencadangkan agar saya menghubungi pihak polis.
Salah seorang rakan kerja lelaki memberitahu bahawa saya perlu lebih berhati-hati kerana saya menarik dan mempunyai kaki yang panjang.
Saya masih sukakan Jepun lebih dari mana-mana tempat, tetapi ini hanya satu perkara yang sangat mengerikan yang pernah berlaku kepada saya.
4. Yuri - 25 tahun (warga Jepun)
Pengalaman saya mengenai chikan berlaku ketika berusia 16 tahun. Seorang lelaki lebih tua mula menggeselkan dirinya pada saya dalam kereta api.
Saya tidak menyedarinya tetapi ia berterusan untuk tempoh yang lama sehinggakan ketika saya mengalihkan badan saya lalu melihat ke belakang, saya ternampak dia mengalami ereksi.
Saya ketakutan sehinggakan tidak dapat berbuat apa-apa. Saya berasa bahawa pakaian seragam sekolah saya menjadikan saya sasaran chikan.
Pengalaman lain yang saya alami, saya disentuh oleh lelaki yang sama sebanyak 3 kali. Selepas kali ketiga dia cuba menyentuh saya, saya mengejarnya. Tetapi dia terlepas kerana stesen itu terlalu sesak dan dia sangat pantas.
Apabila dia cukup jauh dari saya, dia menoleh ke belakang dan ketawa, seolah-olah dia menang.
Saya masih takut untuk menaiki kereta api apabila ia sesak, jadi saya biasanya menaiki gerabak wanita sahaja.
5. Noemi - 26 tahun (warga Jepun)
Ketika berusia 13 atau 14 tahun, saya menaiki kereta api yang penuh sesak dan seorang lelaki di belakang saya mula menggeselkan badannya pada saya.
Dalam satu lagi kejadian, lelaki di sebelah saya bergerak dengan pelik. Tangannya kemudian mencapai dan menyentuh bahagian bawah baju dalam saya.
Dengan perlahan-lahan, jarinya perlahan-lahan disorong dan ditarik ke bawah baju dalam saya. Saya berasa situasi itu seperti tersangat lama. Saya tergamam dan tidak berbuat apa-apa.
Saya keluar daripada kereta api dan pergi ke sekolah. Saya berasa jijik, marah dan keliru, tetapi lebih kepada takut.
Ketakutan untuk bersuara
Satu persamaan dalam yang boleh dilihat dalam kes-kes yang diceritakan oleh wanita-wanita ini adalah bahawa andaian bagaimana tindakan yang mereka akan lakukan ditentang oleh pelaku, ketika mendapati diri mereka diserang.
Megumi memberitahu bahawa keberaniannya hilang ketika insiden tersebut berlaku. Noemi mencadangkan bahawa untuk membanteras isu ini, orang ramai perlu bertanggungjawab dalam mengawasi penumpang lain dan mengambil tindakan jika sesuatu yang tidak senonoh berlaku.
Apa yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan situasi ini?
1. Jika boleh, bersuara
Jika anda diraba, anda mempunyai hak untuk bersuara dan menjerit. Seperti yang diceritakan di atas, untuk seseorang itu mencari keberanian adalah agak sukar.
Namun jika halangan ini dapat diatasi, kemungkinan besar orang di sekeliling akan membantu anda.
2. Cari petugas stesen
Anda boleh melaporkan insiden ini kepada petugas stesen dan juga membawa pelaku bersama anda. Dan jika ada orang yang membantu, kemungkinan besar mereka akan menyerahkan pelaku kepada pihak berkuasa stesen.
3. Jika terlalu takut, beredar dari tempat kejadian
Sebaik-baiknya jika anda terlalu takut adalah dengan beredar secepat mungkin. Berhenti di stesen terdekat, ambil masa untuk tenangkan diri dan jangan berasa malu kerana anda bengang.
Keselamatan anda adalah perkara utama, jadi lakukan apa yang anda rasa selamat.
4. Cerita kepada seseorang
Kadang-kala, cara terbaik untuk mengatasi masalah adalah dengan menceritakan kepada orang lain seperti rakan-rakan atau ahli keluarga.
Serangan seksual sangat kerap berlaku dan biasanya dibiarkan oleh mereka yang tidak berhadapan dengannya. Ini membolehkan pelaku terlepas.
Berkongsi dengan orang lain boleh meningkatkan kesedaran mereka dan memungkinkan mereka untuk membanteras jika melihat perkara ini berlaku.
Rujukan:
1. Savvy Tokyo
2. Japan Today
3. Observers