Jepun adalah sebuah negara dengan populasi penduduk tua paling ramai di dunia. Menurut laporan negara ini, hampir 30% daripada populasi Jepun berusia lebih daripada 65 tahun.

Walaupun rahsia umur panjang dan sihat adalah sesuatu yang dilihat sebagai positif, namun hakikat negara yang menghadapi masalah populasi semakin tua, Jepun kini berhadapan dengan masalah ekonomi dan sosial.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara salah satu masalah yang diabaikan di negara ini adalah sistem penjara. Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, hampir 1 daripada 5 populasi di penjara Jepun adalah banduan berusia 65 tahun dan ke atas. Statistik yang sangat mengejutkan ini adalah hasil daripada trend yang pelik yang berlaku sejak kebelakangan ini. 

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan

Rupa-rupanya ramai warga emas daripada golongan wanita melakukan jenayah kecil dengan harapan mereka dihantar ke penjara. Mengapa? Ia adalah disebabkan warga-warga tua ini tidak mempunyai hala tuju dan tempat untuk pergi.

Dalam dua dekad yang lalu sahaja, jenayah yang dilakukan oleh mereka yang berusia 65 tahun ke atas adalah 4 kali ganda. Ketika populasi semakin menua, biasanya kewajipan menjaga orang tua jatuh kepada ahli keluarga kerana negara tidak mempunyai sumber untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas kepada populasi yang begitu besar.

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 4

Nama: Puan K, 74 tahun
Kesalahan: Mencuri Coca-Cola dan jus oren
Hukuman: Tidak diberitahu
Keluarga: Mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan
"Saya tinggal di pusat kebajikan. Keadaan amat sukar. Apabila saya dibebaskan nanti, saya mampu hidup dengan hanya 1,000 yen (RM36) sehari. Saya tak ada apa yang saya inginkan di dunia luar,"

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 10

Nama: Puan O, 78 tahun
Kesalahan: Mencuri minuman tenaga, kopi, teh, bebola nasi dan buah mangga
Hukuman: 1 tahun 5 bulan
Keluarga: Mempunyai seorang anak perempuan dan cucu
"Penjara adalah tempat untuk saya bersantai. Saya tak ada kebebasan di sini, tapi saya juga tak ada apa yang perlu dirisaukan. Di sini terdapat ramai yang boleh saya borak, dan mereka menyediakan makanan yang berkhasiat 3 kali sehari. Anak perempuan saya melawat sebulan sekali, dan dia berkata pada saya, "Saya tak kesiankan mak, mak ini menyedihkan.". Saya rasa dia betul.,"

Namun, ramai di antara mereka tidak langsung berhubung dengan keluarga mereka, atau langsung tidak mempunyai ahli keluarga yang mana akan menjadi kebiasaaan kerana hanya rakyat Jepun yang ingin berkahwin dan berkeluarga semakin berkurangan.

Malah, lebih daripada separuh warga emas wanita yang berada di penjara tinggal bersendirian, manakala 40% lagi tidak dihubungi oleh ahli keluarga atau saudara-mara.

Dengan harapan ditangkap dan dipenjarakan, jenayah yang paling biasa dan kerap dilakukan adalah mencuri. Di Jepun, wanita tua adalah yang paling teruk dari segi ekonomi dan kewangan, di mana lebih daripada separuh populasi golongan ini hidup dalam kemiskinan, berbanding golongan-golongan lain.

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 5

Nama: Puan F, 89 tahun.
Kesalahan: Mencuri beras, strawberi dan ubat
Hukuman: 1 tahun 6 bulan
Keluarga: Mempunyai seorang anak perempuan dan cucu
"Saya hidup bersendirian di pusat kebajikan. Saya pernah tinggal bersama keluarga anak perempuan saya dan menggunakan semua wang simpanan saya menjaga menantu lelaki yang pemarah dan ganas. "
ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 9
Nama: Puan N, 80 tahun
Kesalahan: Mencuri buku nota, kipas tangan dan makanan
Hukuman: 3 tahun 2 bulan
Keluarga: Mempunyai suami, 2 anak lelaki dan 6 orang cucu
"Saya bersendirian dan sangat sunyi setiap hari. Suami saya berikan wang yang banyak pada saya dan orang sentiasa beritahu saya ini beruntung. Tapi bukan wang yang saya mahukan, dan ia langsung tak buatkan saya gembira. 13 tahun lalu saya mencuri buat kali pertama, dan ditangkap. Saya disoalsiasat oleh pegawai polis yang sangat baik, dia dengar segalanya yang saya nak cakap. Ketika itu saya rasa saya mendapat perhatian orang buat kali pertama dalam hidup saya. Dan akhirnya pegawai polis tersebut menepuk bahu saya dan berkata, "Saya faham puan kesunyian, tapi jangan ulanginya lagi,'"

Dan disebabkan ini, ramai yang hidup dalam keadaan pergantungan penjara.

Shiho Fukada, seorang wartawan telah masuk ke dalam penjara yang paling tinggi populasi penghuni dan mengambil gambar-gambar banduan warga emas. Gambar-gambar yang diambil menceritakan keterdesakan wanita-wanita ini yang sangat menyayat hati.

Kesunyian, tiada tujuan, faktor masalah kesihatan dan kekurangan sokongan luar adalah antara sebab-sebab wanita-wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di sebalik palang besi.

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 7

Nama: Puan A, 67 tahun.
Kesalahan: Mencuri pakaian
Hukuman: Penjara 2 tahun 3 bulan
Keluarga: Mempunyai suami, 2 anak lelaki dan 3 cucu
"Saya telah mencuri sebanyak 20 kali, kesemuanya pakaian tetapi tak mahal. Saya bukan perlukan wang, pertama kali saya mencuri saya tidak ditangkap. Saya belajar bahawa saya boleh dapatkan apa yang saya mahu tanpa perlu bayar buatkan saya rasa seronok. Suami saya selalu memberi sokongan, dan kerap menulis kepada saya. 2 orang anak saya sangat marah, dan 3 cucu saya tidak tahu saya di penjara, mereka ingat saya berada di hospital,".

ini sebab mengapa semakin ramai wanita warga emas jepun dipenjarakan 8

Nama: Puan T, 80 tahun
Kesalahan: Mencuri telur ikan, benih dan kuali
Hukuman: 2 tahun 6 bulan
Keluarga: Mempunyai suami, seorang anak lelaki dan perempuan
"Saya dipenjarakan buat pertama kali ketika berusia 70 tahun. Ketike mencuri, saya ada wang dalam dompet, kemudian saya fikir tentang hidup saya. Saya tak mahu pulang ke rumah, dan saya tak ada tempat lain untuk pergi. Meminta bantuan di penjara adalah satu-satunya cara. Hidup saya lebih mudah dalam penjara, saya boleh jadi diri sendiri dan beranfas. Namun ini hanya sementara. Anak saya beritahu saya sakit dan perlu dihantar ke hospital sakit jiwa. Tapi saya tak rasa saya sakit,"

Kedua-dua sistem penjara kerajaan dan swasta masih belum berjaya dalam melancarkan penggunaan progam pencegahan residivisme dan pemulihan. Beban kewangan untuk menguruskan tahanan warga emas juga semakin meningkat. 

Bekalan perubatan, penjagaan kesihatan dan semua penambahan kos ini membebankan lagi keadaan kewangan yang mana sudah sedia tinggi. Pada tahun 2016, kerajaan Jepun melaksanakan sistem yang lebih komprehensif untuk memastikan bekas banduan menerima bantuan kebajikan dan perkhidmatan sosial.

Walau bagaimanapun, ia masih sukar untuk mengurangkan kadar yang dipenjarakan, apabila ramai di antara mereka yang ingin dipenjarakan dengan rela hati.

Rujukan:

1. Culture Trip

2. Bloomberg




Hakcipta iluminasi.com (2017)