Kredit foto: rotikaya.com
Baru-baru ini, Chef Wan telah membuat pendedahan melalui Instagramnya yang dia sudah hampir setahun tidak bercakap dengan anak lelakinya, Chef Riz.
Lebih mengejutkan, Chef Wan hampir memukul Chef Riz kerana didakwa telah menzalimi bekas isterinya, Shikin Maembong yang juga merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong.
Menurutnya, beliau sanggup membuang anaknya sendiri asalkan bekas menantunya itu tidak dianiaya.
Tambahnya lagi, walaupun beliau sendiri pernah bercerai, namun nafkah bekas isterinya itu masih terjaga sejak 32 tahun yang lepas.
Pendedahan tersebut dilakukan ekoran kecaman segelintir netizen terhadap tindakan Chef Wan yang dikatakan cuba mencampuri urusan perceraian anak perempuannya, Serina Redzuawan sedangkan beliau sendiri pernah bercerai.
Sumber: suria.my