Kredit foto: edisiviral.com
Pelakon Rozita Che Wan (44 tahun) mendedahkan anak perempuan kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana (2 tahun 4 bulan) lebih berminat dengan barang-barang seperti alat solek, tas tangan dan kasut berbanding alat permainan yang biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak seusianya.
Jika hendak diikutkan banyak permainan yang saya beli untuknya tetapi dia memang tak berminat.
Tapi kalau beg, kasut, gincu dia memang suka sangat sehingga saya memang tak boleh bawa dia ke kedai beg tangan kerana semua benda dia nak suruh beli.
Sebuah program realiti berjudul Little Princess Aaisyah akan memulakan siaran bermula 12 April ini setiap hari Rabu pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Oleh itu, Rozita dikatakan terpaksa mengupah seorang guru ke rumahnya untuk Aaishah bermain menggunakan alat permainan kanak-kanak.
Cikgu itu datang sekali seminggu hanya untuk bermain dengan Aaisyah dan sambil-sambil itu pun banyak juga maklumat yang saya dapat demi kebaikannya.
Alhamdulillah reaksinya sangat positif kerana pada usianya sekarang dia cepat ikut dan bertindak balas terhadap apa yang didengar dan lihat.
Sementara itu, Che Ta menyifatkan tawaran berkenaan sebagi rezeki selain boleh berkongsi kehidupan dan perkembangan seharian Aaisyah bersama peminat.
Walaupun saya sering memuat naik gambar dan video Aaisyah di Instagram tetapi ia tidak menggambarkan secara keseluruhan diri anak saya itu.
Menerusi program ini banyak perkara eksklusif dan menarik yang akan dipaparkan tentang kehidupan sehariannya dengan penonton.
Pada saya ini adalah rezekinya namun tidaklah semua perkara kita dedahkan kepada umum.
Ini rezeki Aaisyah dan sekurang-kurangnya pendapatan daripada program ini dapat saya simpan dalam akaunnya untuk kegunaan dia pada masa depan.
Saya harap program ini bukan sahaja menghiburkan dengan aksi Aaisyah yang lincah tetapi dapat memberi manfaat kepada ibu-bapa menerusi perkongsian tip daripada saya dan suami.
Perkara-perkara negatif itu memang tidak dapat dielakkan dan jika kita mahu fokus hanya kepada apa orang cakap memang tak akan jadi apa.
Sumber berita: mStar Online