Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsert Big Stage minggu kelima berlangsung dengan meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Bertemakan 'Hot List Digital', tujuh bintang berentap telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsert kali ini menyaksikan Baby Shima diangkat di kedudukan teratas berdasarkan markah keseluruhan juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, bersama juri undangan, bintang hip hop, Altimet.
Dalam pada itu, Tajul diumumkan sebagai peserta keempat meninggalkan pertandingan selepas berada di kedudukan tiga tercorot, juga tidak mendapat undian yang memberansangkan daripada penonton di rumah melalui undian aplikasi Tik Tok.
Lain-lain peserta mara ke konsert minggu hadapan ialah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan dan Wani Kayrie.
Berikut kami kongsikan kedudukan penyanyi berdasarkan markah juri dan undian Tik Tok.
MARKAH JURI PROFESIONAL
- Baby Shima - 82%
- Wani Kayrie - 78.7%
- Sarah Suhairi - 78.2%
- Syafiq Farhain - 78%
- Afieq Shazwan - 77%
- Tajul - 74.3%
- Ariff Bahran - 70.2%
Kredit foto: Youtube Astro Gempak
UNDIAN TIK TOK
- Sarah Suhairi - 17.59%
- Afieq Shazwan - 15.29%
- Syafiq Farhain - 15.13%
- Ariff Bahran - 13.52%
- Tajul - 13.43%
- Baby Shima - 12.94%
- Wani Kayrie - 12.09%
Konsert Big Stage yang dikelola pasangan hos Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad, disiarkan secara langsung, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.