Oleh pada 26 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert minggu kedua program realiti Big Stage musim kedua (2019) telah berlangsung dengan meriahnya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebentar tadi.

Kesemua 12 peserta menggalas tanggungjawab membawakan lagu-lagu berentak rancak, sekaligus memberikan cabaran untuk mereka beraksi dengan tugasan lagu yang rata-ratanya berbeza daripada genre asal masing-masing.

Para peserta yang bersaing ialah Santesh, Kucaimars, Irfan Haris, Adzrin, Aziz Harun (Brunei), Han Byul (Korea), Syada Amzah, Neeta Manisha, Sheryl Shazwanie, Fieya Julia, Chaleeda (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).

Di hujung konsert bagaimanapun menyaksikan perjuangan penyanyi Sheryl Shazwanie terhenti apabila diumumkan sebagai peserta pertama meninggalkan pentas untuk musim ini.

Manakala dua lagi bintang yang berada di paras 'bottom three' ialah Aziz Harun dan Chaleeda, sebelum diselamatkan menerusi undian penonton di rumah.

Berikut merupakan carta kedudukan dan markah penuh para peserta selepas melalui proses pengadilan juri profesional di minggu kedua.

   

markah konsert minggu 2 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

   

  1. Han Byul (Vroom Vroom) - 89.33%
  2. Dinda Permata (Temberang) - 82.67%
  3. Santesh (Balqis) - 80.33%
  4. Neeta (Say My Name) - 79.00%
  5. Adzrin (Kau Pun Sama) - 73.33%
  6. Fieya Julia (Jahat) - 70.67%
  7. Irfan Haris (Uptown Funk) - 70.33%
  8. Kucaimars (Aku Penghibur) - 69.00%
  9. Syada Amzah (Rockabye) - 68.33%
  10. Sheryl Shazwanie (Drama) - 63.67%
  11. Aziz Harun (Seberapa Pantas) - 61.83%
  12. Chaleeda (Havana) - 59.00%

   

Dalam pada itu, Han Byul diumumkan sebagai pemenang anugerah 'Vivo BBNU Of The Week' untuk minggu lalu hasil undian peminat.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi popular Indonesia, Judika dan juri undangan mingguan, Syafinaz Selamat.

Konsert Big Stage musim kedua ke udara secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

   

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 2)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)