Oleh pada 10 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Di minggu keenam menyaksikan penyanyi Wani Kayrie nyaris terkandas daripada terus beraksi di persaingan separuh akhir Big Stage minggu hadapan.

Berada dalam tiga kedudukan terendah hasil penilaian juri profesional, Wani yang mempertaruhkan lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim, terpaksa akur dengan undian Tik Tok yang tidak menyebelahinya berbanding dua lagi bintang di kedudukan tercorot iaitu Ariff Bahran dan Baby Shima.

Namun beliau sudahnya diselamatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri tetap dengan penggunaan kuasa imuniti, sekaligus melayakkannya bersama yang lain ke minggu hadapan.

Barisan peserta diadili dua juri tetap, Siti Nurhaliza bersama Faizal Tahir, termasuk juri undangan, penyanyi Jaclyn Victor.

Mereka dicabar membawakan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh Siti Nurhaliza.

Berikut kami kongsikan kedudukan kesemua enam penyanyi mengikut markah juri dan undian penonton di rumah menerusi aplikasi Tik Tok.

MARKAH JURI PROFESIONAL

  1. Sarah Suhairi - 81.50%
  2. Syafiq Farhain - 80.33%
  3. Afieq Shazwan - 79.67%
  4. Baby Shima - 79.17%
  5. Ariff Bahran - 72.67%
  6. Wani Kayrie - 71.33%

carta kedudukan peserta konsert keenam big stage 2018 2

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

UNDIAN TIK TOK

  1. Sarah Suhairi - 20.18%
  2. Afieq Shazwan - 18.07%
  3. Syafiq Farhain - 16.61%
  4. Baby Shima - 15.88%
  5. Ariff Bahran - 15.68%
  6. Wani Kayrie - 13.57%

Diacarakan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad, konsert Big Stage yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)