Kredit foto: Instagram El Azman , Facebook El Azman

   

Siapa El Azman? Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman merupakan pengasas jenama baju Melayu popular tempatan, Elrah Exclusive.

   

baju elrah exclusive

   

Jenama ini menjadi tumpuan ramai dan diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial pada tahun-tahun kebelakangan ini.

   

Biodata

Nama sebenar: Muhd Hilmi bin Che Azman

Nama komersial: El Azman

Umur: 35 tahun (2023)

Tarikh lahir: 20 March 1988

Tempat lahir / Asal: Ketereh, Kelantan

Keluarga: Anak kelapan daripada sembilan orang adik beradik

Kerjaya: Usahawan

Instagram (IG): @elazman

   

Latar Belakang

1. Pada tahun yang sama, semasa beliau masih berada di tingkatan tiga dan sebelum menjalani Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), beliau kehilangan kedua orang ibu bapanya. Arwah bapanya merupakan seorang ustaz di surau taman perumahan, manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah yang turut menjalankan pelbagai jenis pekerjaan seperti perniagaan kedai runcit, menjual kuih, katering dan juga tender untuk kantin di sekolah.

2. Setelah kehilangan kedua orang tuanya, kehidupannya sekeluarga bertukar sangat sukar dan mencabar sehingga satu tahap mereka terpaksa memakan semula ikan kering yang diambil dari dalam tong sampah.

   

elrah exclusive

   

3. Pada tahun 2014, beliau memulakan perniagaan jenama Elrah Exclusive selepas mendapat inspirasi semasa menunaikan umrah. Semasa berada di sana, beliau tertarik dengan cara pemakaian jubah lelaki Arab yang terletak kemas di badan. Apabila pulang ke Malaysia, beliau mula menghasilkan beberapa rekaan busana lelaki seperti jubah, kurta dan baju Melayu.

   

elrah owner

   

4. Pada Mac 2023, jenama pakaian beliau mencipta sejarah apabila iklan baju rayanya dipaparkan di papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw, bersebelahan dengan menara TRX. Walaupun beliau enggan mendedahkan kos penghasilan iklan mega tersebut, ianya dianggarkan mencapai jutaan ringgit kerana lokasi iklan di kawasan itu biasanya didominasi oleh jenama antarabangsa dan mewah.

   

elrah exclusive founder

   

5. Pada tahun 2023, seramai lapan bintang terkenal dan berpengaruh telah dipilih sebagai duta untuk mewakili jenama Elrah Exclusive. Mereka adalah Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot. Selain itu, dua lagi bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.

   

el azman wikipedia

El Azman di samping Sass Syed

   

6. Elrah Exclusive juga menggunakan khidmat Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED sebagai salah seorang daripada 36 pengedar dan pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sass Syed yang berusia 26 tahun berasal dari Serdang, Selangor dan mempunyai diploma perakaunan dari sebuah kolej di Kuala Lumpur. Sebelum menjadi pengedar Elrah, pemuda ini memulakan perniagaan Chanrakter, yang menjual air cincau karamel selama dua tahun. Kini, bersama Elrah selama tujuh tahun, Sass Syed berjaya menjana pendapatan yang lumayan.

   

el azman bercerai

   

7. Selain dijual di Malaysia, jenama Elrah Exclusive juga mempunyai 29 cawangan di Thailand, serta dua cawangan di Brunei dan Indonesia masing-masing.

8. Pada permulaan tahun 2023, El Azman menghadapi ujian besar apabila gudang simpanan Elrah terbakar disebabkan oleh perbuatan khianat daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Dia berkongsi rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) semasa kejadian melalui aplikasi TikTok dan menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan individu tersebut.

   

isteri el azman

El Azman dan bekas isterinya, Nur Amirah

   

9. Pada 12 Disember 2014, beliau memasuki alam perkahwinan dengan wanita pilihannya, Nur Amirah Maulat Abdullah. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak yang diberi nama Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.

   

el azman umur

   

10. Pada akhir tahun 2021, konflik antara dia dan isterinya yang juga seorang usahawan produk kecantikan itu menyebabkan pasangan ini bercerai setelah itu.

   

Fakta Menarik

1. El Azman sebelumnya pernah bergelar pelakon pada tahun 2008.

   

el azman

   

2. Dengan nama pengguna @elazman, akaun Instagram beliau kini telah meraih lebih daripada 514,000 pengikut.

   

Baca: Biodata Usahawan Azzim Zahid Azmi (Meri), Founder Jenama Bulan Bintang

   

Gambar

el azman ig

el azman cerai

el azman kahwin

elrah

nur amirah

Kredit foto: Instagram El Azman , Facebook El Azman

      

Video

Kredit video: Bos Elrah Exclusive menjawab kritikan Parpukari

      

Sumber:

1. Elrah Exclusive hiasi papan iklan gergasi sebelah TRX

2. Tauke jubah

3. Instagram El Azman

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)