Kredit foto: Instagram Azzim Zahid Azmi , Facebook Azzim Zahid

   

Siapa Azzim Zahid? Azzim atau nama sebenarnya, Azzim Zahid Azmi adalah pengasas jenama baju Melayu yang bernama Bulan Bintang, yang hangat diperkatakan di kalangan pengguna media sosial dalam kebelakangan tahun ini.

Biodata

Nama penuh: Azzim Zahid bin Azmi

Nama komersial: Azzim Zahid Azmi

Umur: 26 tahun (2023)

Tarikh lahir: 29 Januari 1997

Asal: Ipoh, Perak

Keluarga: Datin Siti Zabidah (ibu)

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

Kerjaya: Usahawan

Instagram (IG): @meripergibulat

Latar Belakang

1. Azzim atau lebih mesra dipanggil sebagai Meri, merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Dia merupakan adik kepada pengasas produk minuman popular Hausboom, iaitu John Lemon atau nama sebenarnya Azri Zahier Azmi.

2. Ibu Azzim merupakan seorang bekas pengetua sekolah dan juga peniaga yang gemar mengambil tempahan kuih sempena Hari Raya.

3. Bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur ini telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan meraih perolehan A dalam kesemua subjek.

4. Empayar perniagaan Bulan Bintang yang dibina olehnya sejak berusia 19 tahun pada tahun 2016 adalah hasil dari pengalamannya menjual baju T semasa zaman persekolahan dahulu.

   

Fakta Menarik

1. Melalui akaun Instagramnya @meripergibulat yang diikuti oleh 36,000 pengguna, selain daripada mempromosikan perniagaan, Azzim juga gemar berkongsi gambar-gambar hobinya berkaitan fotografi dan pengembaraan.

2. Ibunya pernah menafikan dakwaan netizen yang mengatakan kejayaan bisnes Bulan Bintang atas bantuan ibu bapa Azzim yang kaya raya yang mempunyai status Datuk dan Datin, kerana ia adalah hasil usaha sendiri anaknya.

3. Bulan Bintang yang pernah bergantung pada khidmat Luqman Podolski sebagai model kurta pada tahun 2016, kini mampu membayar selebriti terkemuka seperti Shukri Yahya dan Sharnaaz Ahmad sebagai wajah jenamanya.

4. Dengan bajet sebanyak RM2 juta, Bulan Bintang mengadakan pertunjukan fesyen 'Takes The Sky' pada Februari 2023 yang menggunakan 350 unit dron, terbanyak dalam sejarah dan berjaya dimasukkan ke dalam senarai Malaysia Book of Records (MBOR).

5. Pada 4 Mac 2023, satu konsert mega bertemakan muzik Islamik kontemporari akan diadakan mereka, di mana ia akan menampilkan beberapa artis terkenal dari dalam dan luar negara termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato’ M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, Opick.

Kisah Di Sebalik Kejayaan Bulan Bintang

Idea untuk memulakan perniagaan Bulan Bintang timbul apabila Azzim menghadapi kesulitan mencari Kurta dengan rekaan minimal yang tidak dipenuhi dengan logo jenama. Setelah menamatkan pengajian persekolahan, dia bercadang untuk meneroka pasaran dan memperkenalkan rekaan Kurta 'kosong' tersebut.

   

azzim zahid azmi

Setelah membeli beberapa gulung kain, untuk menyiapkan hasil rekaannya, dia menaip "Kilang Jahit Pukal" atau tag "#JahitPukalMurah" di Instagram. Dia berjaya mendapatkan pekerja warga Bangladesh yang dapat menjahit dan mampu menyiapkan 200 hingga 300 helai Kurta. Dari jumlah kecil itu, produksinya mula meningkat sehingga mencapai ribuan helai Kurta.

   

baju bulan bintang

Azzim yang tekun menambah stok produknya apabila jualannya meningkat pesat semasa bulan Ramadan kemudian menyedari bahawa koleksi produknya bersifat 'bermusim'. Selepas tamatnya Hari Raya, permintaan daripada pelanggannya menurun dan sebahagian stok produknya tidak terjual. Oleh itu, dia memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pengajian di peringkat degree untuk dua tahun akan datang.

   

bapa azzim zahid azmi

Tiga tahun selepas menamatkan pengajian, semangat Azzim untuk meneruskan perniagaan Bulan Bintang kembali pulih. Namun, kali ini dia memilih untuk meneroka pasaran baju Melayu yang berbeza daripada kebiasaan pada masa itu. Dia menawarkan baju Melayu sedikit longgar, tanpa logo dan dikenali sebagai 'Tailored-fit', berlainan dengan kebanyakan pengusaha yang mengeluarkan Baju Melayu 'slim fit'.

   

azzim zahid azmi wikipedia

Kali ini, stok produknya terjual dengan begitu pantas sehingga menambah kuantiti daripada 3000 helai pada tahun 2019 kepada 10,000 pada tahun 2020. Azzim juga menggunakan konsep 'Next Day Delivery' semasa pandemik untuk mengatasi masalah penghantaran demi memenuhi janji "Order Hari Ini, Esok Sampai".

   

pemilik bulan bintang

Pada tahun 2021, dia memasarkan puluhan ribu stok baju Melayu termasuk koleksi Kurta yang dikeluarkan semula dengan rekaan dan kualiti yang lebih baik.

     

Baca: Biodata Usahawan El Azman, Founder Jenama Elrah Exclusive

     

Gambar

founder bulan bintang

azzim zahid azmi umur

owner bulan bintang

meri bulan bintang

azzim zahid azmi instagram

azzim zahid azmi anak siapa

bulan bintang

Kredit foto: Instagram Azzim Zahid Azmi , Facebook Azzim Zahid

   

Video

Kredit video: Kisah Kejayaan Anak Muda Pemilik Bulan Bintang

Sumber:

1. Niat nak bakar semangat... pemuda simpan gambar pikul seterika stim sambil bonceng motosikal, siapa sangka tak sampai 2 tahun pencapaian pemuda ini memang wow!

2. Belanja RM2 juta demi Bulan Bintang Takes The Sky

3. Instagram Azzim Zahid Azmi

4. Kisah Kejayaan Anak Muda Bina Empayar Bulan Bintang




Hakcipta iluminasi.com (2017)