Kredit foto: Instagram Khalieda Yusra

      

Dengan kuasa viral, usahawan dari Pulau Pinang, seorang peniaga makanan terkenal yang juga pemilik dan pengasas jenama Kieda Crepe, dikenali kerana mengendalikan sebuah kedai makanan yang khusus dalam penjualan pencuci mulut.

        

kieda crepe

        

Dari kedai pencuci mulut yang terkenal ini, pengusaha manisan ini menyediakan pelbagai pilihan hidangan ‘dessert’ yang telah mendapat perhatian pelanggan.

        

kieda

        

Kini, crepe Kieda menerima penggemar di seluruh negara dan perniagaan yang dijalankan menjadi topik perbualan ramai dan viral di media sosial, sehingga dia terpanggil untuk mengadakan tour di beberapa negeri, dengan sambutan yang luar biasa.

       

Biodata Kieda Crepe

Nama sebenar: Siti Nur Khalieda Yusra binti Mohd Jais

Nama komersial: Kieda Crepe, Kieda

Umur: 26 tahun (2023)

Tarikh lahir: 1 Disember 1997

Asal: Kepala Batas, Pulau Pinang

Keluarga: Anak kedua daripada lima orang adik-beradik

Pekerjaan: Usahawan

Instagram (IG): @kiedx_ & @hqkiedacrepe_penang

Tiktok: @kiedacrepepenang

      

Siapa Kieda?

1. Seorang pengusaha dessert dari Pulau Pinang yang menguruskan perniagaan crepe di kedai pencuci mulut di Kepala Batas, Pulau Pinang, dengan rangkaian manisan dan pemanis mulut hasil air tangannya.

2. Sejak tahun 2019 dia mula aktif dalam perniagaan makanan, kini dengan lebih 60 jenis menu termasuk crepe, kek, puding, biskut dan kerepek.

3. Dia berkahwin dengan suaminya, Mohd Hilmy Mohd Zaki atau Hilmi Zaki pada 12 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka adalah dua orang anak yang bernama Muhammad Aqeef Fayyadh dan Muhammad Hadif Fairel.

       

Fakta Kieda Crepe

1. Seorang ibu muda yang juga usahawan, menghasilkan crepe ciptaan sendiri dan menamakannya sebagai Kieda Crepe.

2. Melangsungkan pertunangan dengan suami di usia 18 tahun, setahun kemudian berkahwin pada usia 19 tahun dan dianugerahkan anak pada umur 20 tahun.

3. Menerapkan sistem 'Kedai support vendor, baru support Kieda' yang dinyatakan pada banner kedainya, di mana pelanggan diwajibkan membeli produk keluaran vendor terlebih dahulu sebelum dapat membeli produk makanan Kieda.

4. Mohd Jais bin Saleh, bapanya, telah pergi meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, pada 25 Julai 2023.

        

Kisah Kieda

Kisah kebaikan suaminya yang begitu menginspirasikan pernah tular dan mendapat perhatian pada tahun 2021 kerana banyak berkorban semasa Kieda melahirkan anak.

Yang paling dikenang adalah ketika suaminya dengan sukarela mencuci najis Kieda semasa dia hampir melahirkan bayi kedua pada November 2019.

         

kieda crepe penang

         

Suaminya tidak hanya menjaga proses berpantang, malah membersihkan luka sewaktu dia bersalin.

           

kieda crepe viral

        

Di samping itu, kisah jatuh bangun Kieda sendiri sebelum berjaya, menjadi topik perbualan. Pada awal perkahwinan, dia terpaksa menjual cincin nikahnya untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Dia tinggal bersama ibu mentua sebelum berpindah ke rumah ibunya sendiri. Semasa di rumah sewa, dia dan suami hanya memiliki dapur dan tong gas yang merupakan milik arwah datuknya, dengan pendapatan maksimum RM800 sebulan.

          

kieda crepe umur

        

Untuk menampung kehidupan dalam tahun kedua perkahwinan, bersama anak yang berusia kira-kira setahun, Kieda membantu ibu mentuanya dalam perniagaan menjual nangka madu, sementara suaminya pula menjalankan pekerjaan dengan imbuhan upah, sebagai pemotong rumput.

         

hq kieda crepe

        

Untuk membeli mesin basuh dan barang keperluan asas di rumah, Kieda menjual cincin nikah dan cincin tunangnya. Suaminya kemudian 'menebus' semula dengan membeli yang baru, yang bernilai lebih daripada RM1,000, setelah mereka mencapai kekayaan berlimpah.

         

Foto

isu kieda crepe

kieda crepe ig

crepe kieda

Ibu bapa Kieda

kieda crepe age

Ibu Kieda

kieda crepe owner

kieda crepe wikipedia

suami kieda crepe

kieda crepe instagram

kieda crepe menu

Suami Kieda kecil tubuhnya. Kredit foto: Instagram Khalieda Yusra

        

Video

Kredit video: Jiwa SME | Kieda Crepe 'meletup' selepas viral di media sosial

        

Sumber:

1. Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe ‘kencang’

2. Jiwa SME | Kieda Crepe 'meletup' selepas viral di media sosial

3. Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki... Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!

3. Instagram Khalieda Yusra

4. TikTok Kieda Crepe

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)