Kredit foto: Instagram Anas Zahrin , Facebook Anas Zahrin [1, 2, 3]

        

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Anas Zahrin merupakan seorang usahawan ternama dan bintang TikTok di Malaysia.

         

anas zahrin 479

        

Dalam dunia digital, dia telah mengukir nama sebagai selebriti media sosial, dengan 3.4 juta pengikut di TikTok dan 690,000 pengikut di Instagram, menjadikan namanya terkenal di kalangan pengguna internet.

         

Biodata

Nama penuh: Mohamad Anas Zahrin bin Atan

Nama komersial: Anas Zahrin, Annas Easkey, Abang Anas

Umur: 36 tahun (2024)

Tarikh lahir: 14 Oktober 1988

Asal: Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Keluarga: Anak keenam daripada sembilan orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka Pahang, Sarjana Muda Pentadbiran Pemasaran UiTM Segamat, Kursus Jangka Pendek di Leight Keily (Fotografi di London Fashion School)

Pekerjaan: Usahawan, Pengasas Produk Kosmetik, Personaliti TikTok, Jurugambar

Instagram (IG): @anaszahrin

Tiktok: @anaszahrin

        

Latar Belakang

1. Anas membesar dalam suasana yang serba kekurangan dengan dikelilingi oleh adik-beradik yang ramai. Bapanya bekerja sebagai petani di kebun sayur, manakala ibunya seorang suri rumah. Semenjak kecil, dia sudah dididik dengan semangat berniaga oleh bapanya, yang selalu menekankan agar tidak malu mencari rezeki sendiri. Dia dipertanggungjawabkan menjual sayur-sayuran mengelilingi kampungnya.

2. Nekad untuk mengubah nasib keluarga, dia gigih menimba ilmu. Semasa di universiti, dia mencari peluang menambah pendapatan dengan mengambil upah mengambil gambar rakan-rakannya dengan bayaran serendah RM50 setiap sesi, menggunakan kamera pinjaman. Pendapatannya ketika itu pernah mencecah RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Selepas tamat pengajian, dia membuka studio sendiri dan bekerjasama dengan rakan-rakan artis serta aktif di media sosial.

3. Pada Ogos 2017, dia melancarkan produk kosmetiknya sendiri, ANAS Cosmetics. Selain itu, dia turut menjalankan perniagaan pakaian jenama Ashh & Annas dan perniagaan makanan dan minuman berjenama Levmi By Anas Zahrin. Dia menubukan syarikat Annas Easkey Empire Sdn Bhd.

4. Walaupun telah mencapai kejayaan, perjalanannya tidak sepi daripada cabaran. Anas pernah dibebani hutang hampir RM1 juta dengan pembekal. Pada saat hampir berputus asa, dia bangkit semula. Pada 2023, dia memenangi kategori TikTok Shop Creator of The Year di TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023.

         

Fakta Anas Zahrin

1. Dia dikenali dengan sikap pemurahnya yang selalu membantu sahabat dan masyarakat sekeliling, meletakkanya sebagai seorang yang disayangi ramai. Dia juga merupakan sahabat baik kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan (Che Ta).

2. Dia pernah menyertai cabaran Lathi Challenge di media sosial dengan transformasi solekan yang menjadi tular. Usahanya menarik perhatian Weird Genius dan Sara Fajira, serta mendapat sokongan selebriti Malaysia. Video transformasinya menjadi Putera Jawa dan sosok seram ditonton hampir 600,000 orang, dengan lebih 7,000 komen dan 20 juta reaksi di Twitter dan Instagram.

3. Bapanya, Haji Atan bin Daud telahpun meninggal dunia. Anas mempunyai sembilan adik-beradik, tujuh lelaki dan dua perempuan. Abang sulungnya juga meninggal dunia.

4. Pada November 2020, dia mengumumkan secara rasmi telah menjadi seorang ayah kepada anak lelaki pertamanya, Mika Anas Zahrin menerusi Instagram. Pada Julai 2024, dia melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan, Zinnirah Nur Jameela. Status perkahwinan dan identiti isterinya tidak didedahkan di media sosial.

         

Foto

anas zahrin dulu

anas zahrin didakwa kononnya bercerai

anas zahrin wife

bekas isteri anas zahrin

anas zahrin kahwin

anas zahrin adik beradik

anas zahrin umur

siapa anas zahrin

anas zahrin instagram

anas zahrin tiktok

anas zahrin wikipedia

Kredit foto: Instagram Anas Zahrin , Facebook Anas Zahrin [1, 2, 3]

        

Sumber:

1. Cekal, berani mencuba faktor kejayaan

2. Wajah Putera Jawa video cabaran 'Lathi' curi perhatian negara seberang... Ternyata idea Anas Zahrin bukan kaleng-kaleng!

3. Instagram Anas Zahrin

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)